You are here: Home / Sharing / Cara Terbaik Menulis Entri Untuk Blog

Cara Terbaik Menulis Entri Untuk Blog

Aku jarang berasa puas dengan apa yang aku buat. Selalunya akulah pengkritik yang paling hebat untuk diri aku sendiri. Dalam setiap apa yang aku lakukan, aku akan cuba mencari kelemahan dan cuba memperbaikinya. Sejak aku berpindah ke ‘rumah’ baru ku ini, aku dah nekad untuk memperbaiki setiap entri yang aku publish kat sini.

Jadi untuk memperbaiki setiap entri aku, aku cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan penulisan blog. Setelah membaca kesemua artikel itu, dapat aku buat rumusan seperti ini:

Cara-cara menulis sebuah entri blog yang lengkap:-

1) Tajuk yang simple tapi straight to the point -  Tak perlu tulis tajuk yang gempak sedangkan langsung tak ada kaitan dengan entri. Kalau boleh elakkan dari tajuk yang panjang berjela, cukuplah tajuk short and sweet yang dapat menarik minat pembaca. Yang paling penting tajuk dan kandungan entri tersebut perlu ada kaitan. Jangan nanti tajuknya tentang kucing tapi kandungan entri semuanya tentang makeup. Takkan kucing guna makeup lak kan…hehe

2) Main point perlu ada - perlu ada info-info yang berkaitan dengan tajuk. Jangan asyik duk ulang benda yang sama dari mula sampai akhir entri tu. Aku ambil contoh tajuk kucing tadi, cuba huraikan tentang rupa kucing, makanan kegemarannya, karakter dia dan sebagainya. Jangan dari permulaan sampai ke akhir entri tu asyik ulang kucing suka makan ikan je. Pasti pembaca akan jemu.

3) Perenggan - kalau entri agak panjang, tulis dalam bentuk perenggan. Cara ini lebih mudah di baca dan mudah difahami. Jangan nanti entri yang panjang macam kacang panjang tu semuanya ditulis dalam satu perenggan, mata boleh rabun tau kalau hari-hari baca camtu. Cuba bayangkan kalau kacang panjang tu kita tak potong, masak semua panjang-panjang camtu, mau tak tercekik time makan. Lain kali surrender dah tak nak makan kacang panjang yang tak dipotong.

4) Rumusan/Kesimpulan - jangan biarkan hujung entri tergantung tanpa ada penutup pada story you all tu. Nanti pembaca dah syok baca entri you all, tapi last-last tak ada ending. Macam drama bersiri yang tiada tayangan last episod. Pembaca akan rasa mereka membuang masa je membaca entri itu.

Kesemua di atas tu aku buat rumusan sendiri. Mungkin pandangan you all berbeza. Anyway aku hanya nak share apa yang aku tahu. Sharing is Caring kan.  Harapnya cara-cara yang aku berikan ini dapat membantu meningkatkan entri you all dan juga entri-entri aku juga.

Happy Blogging

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

21 comments

  1. Nice sharing…
    I pun skrg ni kalau bleh tak nak rosakkan blog dengan benda2 yang tak perlu..even contest or segmen pun i tak join…ngeh3

    • Thank you. contest n segmen saya still join kot tapi dah tak nak membebel tak tentu pasal lam blog dah…heheheh

  2. setuju2. ramai yang tak nak buat perenggan. berjela macam baca thesis.

  3. caya lah putri..dah guna dot com…tq kongsi tip ni..tapi sedih putri dtg blog saya dan hanya tinggalkan jejak dkt shoutmix..rasa nk buang je shoutmix tu

    • :)..welcome..harapnya apa yang saya kongsi ni berguna untuk yang lain juga :)

      ala jangan la majok sampai nak buang shoutmix tu…

  4. That y kadang I sanggup biar blog I tak berupdate..kah kah kah

  5. Thank you for the tips. :-)

  6. sgt suka tips tu,mmg useful :)

  7. wah.. gerun la tengok puteri sekarang nie… risau dah nie

  8. perenggan adalah salah satu perkara yg bloggers selalu terlepas pandang. pentingnya perenggan ni dalam nak asingkan point2 yg kita nak bgtau kt reader. psychologically pon reader lebih suka bc entry yg byk perenggan sbb terasa mcm sket je nk bc compare yg pjg berjela tnpa perenggan :)

    • dulu saya selalu tulis entri panjang tanpa berperenggan..sekarang saya cuba nak memperbaikinya. Kesian pembaca blog saya dulu, harap tiada siapa yang rabun. hehehe.

  9. Sabahan Bloggers Club

    Waaaaah.
    Tips yang simple tapi memang boleh digunakan nanti ni…. ;)

  10. Bab perenggan tu memang setuju sangat.. Pening baca kalau entry tanpa perenggan. X sempat bernafas nak baca.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top