Sebagai seorang blogger, ada kemungkinan kita akan surf ‘Mr Google’ untuk mencari tips-tips yang sesuai untuk memperbaiki hasil penulisan blog kita. Ada di antara kita yang akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti segala tips yang diberikan. Tapi apa yang aku perhatikan, tips-tips yang diberikan, sebenarnya hanya mampu kita jadikan panduan dan tidak boleh dituruti 100 %. Kenapa?
Aku cuba ambil contoh tips-tips yang diberikan:
- Masa mengupdate perlu konsisten setiap hari.
- Blog perlu diupdate sekerap mungkin.
- Setiap entri perlu ada pengisian yang penting.
- Pastikan blog diupdate setiap hari.
- Perlu kekalkan pada satu topik yang khusus di setiap entri.
Di atas ni cuma sebahagian antara ratusan malah ribuan tips yang ada. Mampukah kita mengikuti setiap satu antaranya? Sehari dua?..mungkin. Semingu dua?..juga ada kemungkinannya. Tetapi lepastu?
Bukan mudah kalau setiap hari kita nak update pada masa yang sama. Malah lebih sukar untuk memastikan setiap entri yang dihasilkan itu ada pengisian penting, kerana ada kalanya kita menulis entri hanya sekadar ingin berkongsi apa yang kita lalui dan rasai.
Jadi apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah, “tips tu hanya sebagai panduan dan selebihnya adalah terpulang kepada kita untuk mencorakkan sendiri blog kita.
Happy Blogging You All
loading...
loading...
sangat setuju! =)
Bagi I….tak kisah sgt..sebab I sgt pentingkan isi blog.. peace nor war
isi blog tu memang penting…tulah nyawa sesebuah blog
yup, setuju! bagi yg baru nak start blogging tu, try la dulu tips2 tu then pilih mana yg sesuai dan berkesan
yup betul tu..lepas dah biasa berblog nanti pasti ada cara tersendiri
mak setuju dgn puteri..sebanyk mana pun tips yg ada, lastly is semuanya bergantung kpd kreativiti tuan punya blog.
Perlu ada kelainan untuk menarik minat reader dan perlu mempunyai identiti sendiri utk mengekalkan reader yg ada.
betul tu mak..yang penting keoriginaliti sesebuah blog
apa yang penting pengisi blog dan cara kita layan tetamu…
betul tu..saya setuju.
satu lagi themes juga main peranan…
themes yang macamana tu wrizuan? ce citer
semuanya bergantung pada kita untuk mengolah tip-tip yang diberikan mengikut kesesuaian… ^_^
yer betul…cara kita baru kita selesa kan
blog kena ada pengisian walaupun entri ringkas..
betul tu nizam saya setuju…ada yang suka tulis panjang berjela tapi tiada pengisian..malah saya juga pernah melakukan kesilapan seperti itu ketika mula berblog
KA jarang update blog, kadang tu smpai seminggu baru nak update tapi hari² buka nak aaprve komen orang yang melawat blog KA
yang penting pembaca faham dengan style KA
lain blog..lain caranya kan
itu la, walaupun sekadar hobi masa lapang, kadang² terfikir jua, “ini ke cara KA menulis?..” apa² pun setiap orang/blogger ada cara tersendiri untuk menulis entri² mereka…
identiti tersendiri tu yg penting kan KA
Hye slm knl,
Mmg betul blog perlu diupdate setiap hari.
Walaupun hanya sepatah perkataan
hye..salam kenal kembali…
yang penting sepatah perkataan tu bermakna dan berkesan di hati pembaca
aku tak cukup tegar untuk update blog tiap2 hari…sbb blog aku more to my life, not my opinion/thought hehehe!
idea ade, tp bile start taip, baru bbrp baris dah ilang idea hoho….tp kalo bab komen mengomen ni…aku memang suke komen panjang2 hahaha
takpe-takpe..cik dibenarkan komen sepanjang mana pun kat sini..sebab i memang suka berbalas-balas komen..hehehe
kalau tak cukup tegar utk update blog, cik jadi top commentator blog ni je…hehehehe