Sekarang ni memang ramai yang dah berblog dan pastinya setiap blogger mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Setiap kali berblogwalking, kita akan dapat melihat pelbagai blog yang berbeza dari warna, style dan juga topik.
Apa ciri-ciri blog yang hebat?
Blog Bersuara – bukan blog tu boleh berkata-kata ok, tapi maksudnya di sini ialah apabila pembaca membaca blog kita, mereka dapat merasakan seperti kita sedang berkomunikasi dengan mereka.
Fokus – kita perlu menyelitkan maksud tertentu di setiap entri, bukan sekadar membebel tak tentu pasal. Walaupun entri kita tu sekadar bercerita tentang sesuatu yang remeh tapi perlu ada maksud tersirat agar pembaca tidak rasa rugi membaca entri kita. Entri yang berinfo adalah entri yang sentiasa dicari.
Tersusun – bila pembaca singgah di blog kita, hasrat utama mereka adalah untuk membaca entri dan bukannya untuk melihat kecanggihan blog kita. Adakalanya blog kita dah berselerak dengan pelbagai jenis widget yang tidak diperlukan. Ini akan memberatkan blog dan membuatkan pembaca hilang mood untuk membaca entri.
Gaya Tersendiri - jangan asyik copy paste. Blog kita perlu ada identiti tersendiri. Barulah pembaca akan sentiasa singgah ke blog kita. Sebab apa yang kita hasilkan tiada di blog lain. Tapi jangan pula buat-buat cerita yang bukan-bukan semata-mata ingin menarik pembaca.
Dengan ciri-ciri sebegini, pastinya ia mampu menarik lebih ramai pembaca untuk singgah ke blog kita dan seterusnya menjadi follower yang setia kepada blog kita.
Semua ini dapat ku rumuskan dari pemerhatian ku ketika berblogwalking ke berbagai jenis blog yang berbeza.
Happy Blogging
loading...
loading...
betul…blog perlu ade identiti..;)
bila dah ade identiti tersendiri senang orang nak kenal kan
setuju dgn ciri2 yg dinyatakan tu, setiap blog perlu ada identiti sendiri dan lebih baik ada niche. baru ada hala tuju dan pembaca tau apa yg hendak disampai oleh pemilik blog.
hala tuju tu memang penting…
Wah..makin matang nmpknya penulisan puteri ni yea..good job beybeh!
Thanks mak…sekadar berkongsi ilmu
betol betol betol…gaya tersendiri tu amat2lah saya dititik beratkan.
W.HabibuRahman recently posted..Wordless Wednesday #1 – Fight With Me Dude
bila ada gaya tersendiri baru unik kan
best …
Razif recently posted..Kisah Merasuah Allah SWT
Anyway…puteri, Niche tu apa yer?
mohdridzwan recently posted..Nuffnang #1: Reply Dari Laura Lee
niche tu maksudnya, blog wan tu dikhususkan untuk topik apa. Contohnya macam ada blog sukan. blog politik…. dan sebagainya. Niche blog puteri ni dah macam rojak…macam macam topik ada..haha
Oo…yaka. Hehe, samalah ngan wan pun. Main bubuh jerk entry. Sebab wan takut nnt idea limited kalau nk fokus dlm satu2 bab. Huhuhu…thanks yer atas explanation.

mohdridzwan recently posted..Work Hard Atau Work Smart?
kalau nak fokus satu niche je…pengetahuan kena luas dalam niche tu kan
Itula pasalnya…huhu. Dgn masa yg terhad, mesti susah. Anyway, thanks atas penerangan.

mohdridzwan recently posted..Work Hard Atau Work Smart?
ha ah memang betul tu..kalau fulltime blogger mungkin boleh la kot..hehe
Terimahkasih banyak infonya? Mudah2han admin sukses selalu
terima kasih kembali