You are here: Home / Petua & Tips / Tips Kekal Sihat Dan Cantik Selalu

Tips Kekal Sihat Dan Cantik Selalu

Kita sering mengabaikan penjagaan dari hujung rambut ke hujung kaki. Kita menganggapnya remeh dan tidak penting. Tapi cuba fikirkan balik, kalau kita sendiri tak menjaga kebersihan dan kesihatan badan kita, takkan orang lain pula yang nak tolong jagakan…iya tak? Penampilan perlu sentiasa dijaga. Tak perlu pakaian yang mewah atau solekan yang tebal, cukuplah dengan wajah yang berseri dan badan yang wangi. First Impression tu penting kan. Cuba bayangkan kalau rambut kita berserabai dan badan bau macam sepuluh tahun tak mandi, pasti orang akan hilang keyakinan pada kita. Malah kita sendiri pun akan hilang keyakinan pada diri sendiri

Sebenarnya bukan sukar untuk menjaga kesihatan dan kecantikkan. Sebaliknya ia amat mudah sekali. Ikuti tips-tips ini :-

Kepala – Pastikan rambut sentiasa bersih. Gunakan syampu yang sesuai dengan rambut you all. Kalau ada masalah rambut, boleh mencuba tips-tips yang pernah ku berikan di entri TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Wajah – Gunakan pembersih wajah yang sesuai, yang mampu menanggalkan segala kekotoran di muka. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tubuh – Mandi dan bersihkan segala kekotoran di badan. Buang daki-daki di badan tu. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit. Lepas mandi sapukan losen di badan agar kulit tidak kering. Jangan lupa guna deodran untuk menghindari bau yang tidak diingini.

Kaki – Untuk mereka yang terlalu lama memakai kasut, gunakan semburan di kaki untuk mencegah bau kaki.

Jaga Pemakanan – Pastikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan juga minum air yang mencukupi supaya kulit sentiasa cantik dan menawan.

Beri penghargaan kepada diri sendiri. Love yourself and take some time for your own. Sekali-sekala bercuti tu bagus juga untuk kesihatan. Harap tips-tips yang mudah ini dapat membantu you all tampil yakin selalu dan dihargai.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

11 comments

  1. rehat adalah tips yang paling berkesan..hehe

  2. kena mandi air panas, cucu muka pun guna air panas …haaa…bukan panas menggelegak, melecur kulit..

  3. Bagus tips2 ni…
    saya nak try nanti…
    pasti vogue hheehe

  4. sangat berguna tips nie … ishh nk praktikkanlah

  5. orang yang jaga kesihatan tandanya dia seorang yang bersyukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top