You are here: Home / Petua & Tips / Tips Penjagaan Rambut

Tips Penjagaan Rambut

 

Tiba-tiba terasa nak share ngan you all cara-cara nak menjaga rambut. Bab ni memang aku pro sebab dari zaman budak-budak aku memang suka berambut panjang. Masih aku ingat lagi time sekolah rendah aku suka ikat dua rambut ku. Memang comel aku. Terperasan jap yer. Ok straight to the point, rambut ikal mayang memang menjadi idaman kaum wanita. Orang laki pun sekarang ni ramai yang suka simpan rambut panjang. Tapi aku tak suka la tengok laki yang rambut panjang, sebab nampak cam tak kemas. Lelaki berambut pendek adalah lebih kacak dan bergaya.

Anyway rambut panjang ataupun pendek memang perlu dijaga dengan elok. Namun kalau nak pergi salun hari-hari, lama-lama poket leh kering yer. So di sini aku nak berkongsi petua-petua penjagaan rambut yang boleh you all amalkan untuk memastikan rambut you all tu sihat selalu yer.

1) Untuk mencantikkan rambut – perah santan pekat dari buah kelapa tua. Biarkan santan tu selama sejam agar naik patinya. Ambil pati yang pekat tu dan sapu pada rambut dengan menggunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut rambut dengan tuala dan perap selama 1/2 jam. Lepas tu barulah dibasuh dengan air. Amalkan sekali seminggu.

2) Untuk menghilangkan kelemumur – campurkan jus perahan limau nipis dengan sedikit air. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 1/2 jam. Lepas tu basuh sehingga bersih. Boleh di amalkan satu atau dua kali seminggu.

3) Untuk mengelakkan rambut gugur – Ambil beberapa helai daun bunga raya dan campurkan dengan air. Biarkan seketika sehingga keluar lendirnya. Sapukan lendir tersebut pada kulit kepala. Biarkan seketika kemudian basuhkan rambut. Ini juga bertindak sebagai perapi.

4)Untuk melebatkan rambut – Campurkan pati santan dan asam jawa. Kacau sehingga sebati. Sapukan pada kulit kepala. Balutkan dengan tuala dan biar selama sejam. Kemudian basuh dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Pastikan you all tidak menyikat rambut ketika ia masih basah. Ini akan merosakkan rambut. Jangan asyik menggunakan pengering rambut juga. Ia akan menyebabkan rambut kering dan mudah bercabang. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.

Hope tips-tips ini dapat membantu you all mendapat rambut yang cantik berseri dan bermaya.

Mengikut petua orang barat, teh juga dikatakan bagus untuk kesihatan rambut. Jom minum teh

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

32 comments

  1. dulu masa sekolah rajin jugak ramas bunga raya yang direndam dalam air kat kepala… sekarang dah kurang rajin… hehehe

  2. amboi-amboi..ni mesti suka duk depan cermin ni…hehehe

  3. ada petuanya kat atas tu nizam :)

  4. bagus la petua tu…patut la lawa je rambut puteri.haha

  5. bro sekarang dah buat rambut pendek.. xde la serabut sgt sekarang nie

  6. good info..dulu mmg slalu amalkan petua2 tu..skang ni ssh dah..huhuhu…

  7. aku tak penah jaga rambut aku elok2…nk ikat pon malas…tp kne gak panjangkn sikit rambut ni sbb kalo pendek nng effect personaliti aku! perangai aku berhubung kait ngn kepanjangan rambut aku tau…jgn tak caye…

    hah! ape gelak-gelak tu…ingt org tipu ke?

  8. like this tips.

    keep it up

    :)

  9. saya ade 1 persoalan.santan yang kak kata tu kena sapu pada bahagian rambut sahajake @ pada permukaan kulit kepala?

    my hair is very tin..so i wanna try your tips..

  10. Thank you puteri kasih ..but i have some another quet too.

    1.bilakah masa yang sesuai untuk sapukan santan(pagi,tghr,petang)?

    2.bolahkah kita sapu santan itu pada waktu petang lebih pkl 6pm dan mandi dekat pkl 7pm?adakah itu sihat untuk kulit kepala dan rambut kita?

    • masa yang sesuai terpulang kepada anda sendiri..bila-bila pun boleh :)

      boleh sahaja..sapukan bila-bila anda rasa sesuai :)

  11. thanks for this tips.balik kang nak cari santan..huhu~

  12. Nk bagi rambut kerinting sentiasa lembut mcm ne??maksud sye rambut yg mcm afro..coz rmbut sye mcm tu tapi pendek jelah..rimas klau rmbut kembang and pnjg.. :)

  13. nice sharing… bab2 pjagaan rambut jgn amek remeh…
    coz kesan dye kite tak tahu lau awal2 tiada ksedarannn…
    Am paling kurang pi cuci rambut 3 kali 1 bulan kat sallon…
    bukan awek je nak kena jg rambut..boy pun perlu..kan jadi abg botak..
    lau botak trend takpe…yang tak tu yg susah… ;)

    • betul..penjagaan rambut memang sangat penting, tak kira lelaki atau wanita kan.

      Tapi tulah, lelaki botak takpe sangat, sebab memang trend. Kalau wanita yang botak, mulalah mata keliling liar memandang…hehe

  14. wanita patut cuba tips ini

  15. Hang Tuah dulu pun rambut panjang. Hensem orangnyaaaa. Kacak bergaya lagi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top