You are here: Home / Sharing / Apakah itu Google Page Rank (PR)?

Apakah itu Google Page Rank (PR)?

 

Semalam aku telah meletakkan entri mengenai Google Page Rank blog ini, dan aku telah menerima beberapa pertanyaan mengenai ‘Apakah itu Google Page Rank’ ?

Jujurnya aku pun bukan la pro sangat dalam bab ini, aku sendiri masih baru, dan ini juga kali pertama blog aku mendapat page rank. Namun sebab ada yang dah bertanya dan aku sendiri yang agak blur dalam bab ini, jadi aku pun surf  la Mr.Google untuk mendapat sedikit info mengenai ‘Apakah itu Google Page Rank’

Page Rank atau PR merupakan satu kaedah yang digunakan oleh enjin carian terbesar dunia Google, untuk mengukur sejauh mana  kepentingan dan nilai sesebuah laman web.

Mengikut pihak Google, page rank mengambarkan kepentingan sesebuah laman web dengan mengambil kira 500juta variables dan 2 billion terms. Laman web yang dipercayai lebih penting akan mendapat page rank yang lebih tinggi dan mempunyai peluang yang lebih besar untuk berada di tangga teratas Google Search.

Apa yang dapat aku simpulkan disini, kalau blog atau laman web you all dapat page rank yang tinggi bermakna lebih tinggi peluang untuk entri you all berada di tangga atas Google Search.

Kalau ada sesiapa yang nak share info..silalah share disini. Harap info ini dapat membantu mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Google Page Rank (PR)

P/s Untuk mereka yang masih tidak tahu caranya untuk check PR blog…boleh klik entri PAGE RANK


About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. info yang bagus utk newbie yang msih tak tau apa itu PR ni :)

  2. sy lg la xtau ape2 psl ni awk..xpnh ambi tau pun..hehehe

  3. PR dr 2 jatuh ke 1…x phm2.. :P

  4. Thanks for share dech sob ….
    klo saya blogging y blogging aja, Pg bukan jadi masalah …

  5. terima kasih PK…saya dah faham…

  6. dulu tak kesah.. sekarang nak ambik tahu dan nak kejar PR ni… :)

    Safee Sali Dirisik Kelab Jerman

  7. PR2 blog shida alhamdllah hehe ^_^

  8. Agak PR blog paklan brapa la ye? (orang yang malaih nak ambik tahu sebab iklan dalam blog pun tak dak..hahaha)

  9. oh memeng lah bagi yang memerlukan blog sebagai media side income memang perlukan ini.. tapi bagi aku x der hal lah sebab tak kisah sangat.. sebab aku rasa dan aku kata di blog.. sebab kat tempat lain siapa sudi dengar ? betul tak ?

    • pada PK apa jua yang PK usahakan Pk akan pastikan benda itu ada peningkatan. sebab PK tak akan buat sesuatu tanpa matlamat dan pencapaian. Lain orang lain tanggapannya kan :)

  10. blogger picisan macam saya kurang amik tau pasal page rank ni..lum sempat nak explore g. anyway, thanks 4 sharing PK

  11. Biasanya blogger leh dapat PR2 . Page Rank nie kepentingannya bila peniklan nak letak iklan di blog kita . Sesetengah akan tengok PR kita dahulu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top