Hari ni aku nak share lagi satu resipi dengan you all semua. Resipi ni mudah sahaja nak buat tapi sedap. Aku ni memang jenis yang suka memasak resipi-resipi yang simple janji puas bila makan. Anyway memandangkan aku ni anak jati nogori sembilan, jadi memang tak dapat nak dipisahkan dengan resipi Lomak Cili Api, dan untuk entri ni aku nak kongsikan resipi :-
AYAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
ubi kentang (di potong 4)
sehelai daun kunyit
3 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN untuk dikisar
10 biji cili padi (terpulang pada citarasa sendiri)
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 cawan air
CARA MEMASAK
1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan pekat dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
2) Masukkan santan dan sentiasa kacau sehingga mendidih semula.
3) Tambahkan garam secukup rasa.
4) Siap dan sedia dihidangkan.
Hah mudah je kan resipi ni. Apa kata you all masak untuk resipi berbuka nanti. Selamat Mencuba
P/S : Resipi ni khas untuk YANA..hope yana cuba masak yer.
loading...
loading...

wahh lauk feveret ni
resepi dia ringkas dan mudah
hehe
favourite saya juga…ringkas, mudah dan menyelerakan
nyam nyam nyam… tapi nampak kering sikit.. kalau banyak kuah lagi best…
saya tak suka kuah byk sangat…saya suka pekat..hehehe
febret ni msak lomak cili api hehehe
mine too sis
wow sedapnya…suka2….
nanti saya poskan
masak utk berbuka ye..rajin2..
wanie tak pernah try masak lemak cili api..
org rumah tak sume suke pedas..huhu
kalau tak nak pedas..kurangkan cili tu
wahh, nampak macam sedap ajerr…
bukan nampak je…memang sedap pun
sedap tu
memang sedap…cubalah
Aduhhhhh!! lauk favourite tuuuu..! masak lomak cili api. abis lar puteri.. dah meleleh air liur ni. camne tu?
hahaha
la yer ke…heheh…jap lagi saya pos ke rumah bro
Still can be improvise..tang part ambik gambaq..haha..cuba hias and ambik menarik…nanti mesti orang suka tgk..hehe
sometimes tak ada masa nak hias cantik-cantik…lagipun guna kamera tepon je..
sodap……….. perghhhhh
Hyz ni mesti suka makan ayam kan
klu xletak daun kunyit,xpe ker?
boleh juga..daun kunyit tu sekadar untuk menambahkan aroma
tpi ayam nak letak waktu biler????
takut ayam tak empuk atau apapa ajer???
ayam di masukkan bersama kesemua bahan2 di awal sekali