Wah nampaknya blog aku ni dah jadi macam blog resipi. Semalam entri resipi, harini pun entri resipi. Tak apa la you all layankan saje yer. Lagipun ramai kan yang dah rajin masak sekarang ni. Sesekali teringin juga aku nak jadi chef dan mengajar you all memasak..hehehe.
Ok untuk resipi hari ini, nak share ngan you all buat bergedel tauhu. Siapa suka bergedel…sila angkat tangan. Dah dah turunkan tangan tu, bukannya aku nampak pun..hehehe. Ok tak nak celoteh panjang, terus ke resipi :-
BERGEDEL TAUHU
BAHAN-BAHAN
3 keping tauhu lembut (dihancurkan)
3 ubi kentang (direbus dan di hancurkan)
udang (dibuang kulit dan dipotong kecil)
1 biji cili merah (dihiris halus)
Daun bawang (dicincang halus)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
2 biji telur (dipukul)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali telur dan minyak. Sebatikan.
2)Bentukkan adunan menjadi bulat. Celup ke dalam telur.
3) Panaskan minyak dan gorengkan dengan api yang kecil.
4) Angkat dan toskan.
Siap dah. Sedap dimakan dengan sos cili.
Ha macamana, ada sesiapa yang nak mencubanya?
loading...
loading...

yes!! jijah nak mencuba..mcm dah terbau2 dah ni sis…hehe
sedap tau jah…cubalah
waaahh begedil feveret sy !
feveret saya juga
serius paklan suka makan bagedel
fav saya juga pak lan…sedapppppppppp
x suke sgt begedel ni..pnh mkn ckit je dulu..hehe
la kenapa tak suka? baru nak kirim kat rumah td
cunndaa pernah try wat begedil dlu, tapi tak letak tepung jagung..bila pas goreng jadi lembik…
cunndaa mintak izin ambil resepi akak ni ye..
patutla lembik…boleh je cunndaa..ok cunndaa try resipi ni plak yer…akak buat semalam memang jadi
nie kan kalau dapat makan dengan meehon sup.. memang sedap… tapi saya x suka ada tahu tu rasa dia masam2 sikit..
rasa masam-masam sikit tu yang sedap tu..hehehe
tepung jagung tu kan boleh tak tukar pkai tepung gandum?
baru nak belajaq masak ni hehe
FarhanahAdzlan recently posted..Oh My ImamKu! Oh My MakmumKu!
tepung gandung tak boleh tapi boleh digantikan dengan tepung ubi.
good luck memasak…nanti nak rasa..hehe