You are here: Home / Resipi / Rendang Ayam

Rendang Ayam

 

Dari malam tadi terasa macam nak makan rendang ayam. Macam terbau-bau je bau rendang ayam kat hidung ku yang agak kurang mancung ni..hehe. Memandangkan harini aku agak free, dan ada ayam pula dalam peti sejuk. Jadi apa lagi, terus la tadi gi dapur dan sediakan rempahnya. Nasib baik semua bahan-bahannya ada kat rumah, tak perlu nak susah-susah pergi beli kat pasar. Cuma terpaksa pergi kedai je tadi untuk membeli santan.

So untuk entri ni, daku nak share ngan you all resipi rendang ayam pula. Jom kita masak.

 

RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (dipotong)

2 cawan santan pekat

1/2 cawan kerisik

2 helai daun kunyit

2 keping asam gelugur

3 batang serai (diketuk)

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN Untuk Dikisar

10 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci lengkuas

2 inci kunyit hidup

10 tangkai cili kering

10 biji cili api

2 biji cili merah

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak dan tumiskan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telas dikisar

2) Apabila telah pecah minyak, masukkan daun kunyit dan asam gelugur.

3) Masukkan ayam dan santan.

4) Apabila mendidih, tambahkan kerisik dan garam secukup rasa.

 

Dah pun siap. Sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning ataupun lemang.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. kihkihkih baru nak share rendang ayam+pulut kuning jijah buat tadi. tapi sis dah share ok la ni..haha

    kahkahkah akhirnya sis buat rendang jugak sbb malam tadi teringin nak makan kan..hikhik

  2. menjak belakangan ni rajin puteri up-load resepi….

  3. Assalam Puteri,
    minta izin ye… kakak ambil blog Puteri sebagai salah 1 blog do antara 10 blog pilihan http://salamisimon1.blogspot.com/2011/08/blog-anda-telah-menjadi-pilihan-saya_20.html

  4. wah .. tgh bw ni.. tgk rendang pulak.. nak meleleh dah ayaq liuq ni

  5. tunggu ry br dpt mkn kot..ehhehe

  6. Pak lan kurang sket rendang ayam..lebih kepada ayam masak merah(ayam sambal)

  7. hemm sedap lah.. tapi sejak duduk n9 nie aku lebih suka rendang itik.. lain dari pada biasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top