Amboi aku ni, mentang-mentang line dah laju, rajin bebenar aku ni nak mengupdate..hehe. Hope la berterusan macamni kan. Ok untuk entri ni pula, aku nak share another resipi ngan you all. Resipi yang menggunakan udang sebagai ramuan utama. Anyone like prawns? Sila angkat perut…eh bolehke angkat perut?…hehehehe
Tak nak melalut dah..straight to the recipe :-
UDANG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN
Udang (dibersihkan tapi jangan dibuang kulit)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
Daun bawang (dipotong pendek)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
Minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan hirisan sehingga wangi.
2) Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
3) Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
4) Akhir sekali masukkan cili.
Udang sos lada hitam dah pun siap. Simple namun menyelerakan . Selamat mencuba
loading...
loading...

sedap dan menyelerakan kalau makan semasa bersahur…
boleh bertambah2 lagi nasi nie…
tapi nasi panas ler.. kalau dah sejuk… uh.. putus selera… he he he
betul..makan ape pun nasi kena panas…baru menyelerakan
x jugak PK.. makan ice cream panas – Boleh ker ? he he he he.. kena sejuk… buat lawak yer PK.. jangan marah
takkan makan ice cream ngan nasi kot
hehehehe
tepung jagung tu untuk buat ape kak? hehe
untuk memekatkan sos
Pergg Sedapnyee!Pu3 ajar acid mask nih!
Acid cuba masak tak ni?
Pak lan masih dengan sambal udang..hehe..jgn marah
lepas ni nak masak sambal udang plak la
hehe..macam tuh la..
dah buat nanti..saya letak resipi k
okay , tuka udang dgn ayam , tak boleh makan udang sbb allergic , haha .
boleh je..sedap juga tu