Drama Di Shoutbox

 

Semalam aku dah berjanji nak bercerita dengan you all sebuah ‘drama’ yang telah berlaku di shoutbox di blog ku ini. ‘Drama’ yang ku katakan ini ada kaitan dengan trend “I follow U…U follow me”. Nak tahu apa kisah drama tu..cuba tengok gambar kat bawah ni

Pada pandangan aku ada segelintir bloggers di luar sana yang amat mengejar bilangan followers. Dan mereka akan sedaya upaya follow setiap blog yang mereka singgah. Itu hak masing-masing kan. Tapi jangan nanti lepas follow, ada pula yang paksa pula tuan blog tu untuk follow dia balik. Bila tuan blog tu tak follow, mulalah marah-marah dan akhirnya unfollow. Nampak sangat follow tanpa keihklasan.

Ada yang beranggapan bila blog ramai followers maknanya blog tu famous. Kalau followers meningkat kerana orang suka hasil entri kita dan mereka follow kita dengan iklas, itu satu penghargaan dan kepuasan dalam berblog tapi jika followers kita beribu riban kerana kita asyik duk follow je setiap blog yang kita kunjung dan memaksa orang tu follow kita balik, memang tak ada gunanya sebab tiada keihklasan di situ. Dan bila kita paksa orang follow blog kita, orang itu hanya akan sekadar follow tapi adakah dia akan baca entri-entri kita?

Tak guna kan kalau followers beribu-ribu tapi tak ada siapa yang nak baca entri-entri yang kita publish.

Jadi kepada yang masih mengamalkan prinsip ‘I follow U…U follow Me” tu fikir-fikirkan la. Kita ni berblog kerana kita nak berkongsi cerita dengan pembaca dan bukannya kita berblog untuk mengumpul followers. Kalau kita follow blog orang dan orang tak follow kita balik, janganlah marah dan jangan lah sampai ambil tindakan nak unfollow. Kalau kita nak berjaya, kita perlu sentiasa ikhlas. Jangan buat sesuatu kerana mengharapkan balasan, kita pasti akan kecewa.

Happy Blogging :)

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Related Posts

berangan

Cabaran 14: Who Am I In T...

tidur

Cabaran 10: Things That I...

ppg

Kenali Puteri Kasih...

About Puteri Kasih

I am not a princess but I am full of love

Comments

  1. Antara follower dengan komen aku pilih komen

    • Puteri Kasih on September 2, 2011 at 1:22 pm said:

      saya pun akan pilih komen, sebab dari komen yang diterima kita boleh dapat feedback..sama ada entri kita ni berkesan atau tak…betul tak?

  2. ada jugak kadang jmpe blogger camnie buat drama kat shoutmix box.tapi buat donno je..ushalah jugak kadang..tapi klu rasa blog dia tak berkenan dihati..tak follow kot ;)

  3. Macam2 ada dlm dunia ni.

  4. Biasa blogger baru je buat camni. Noobs, biasa le. Aku ingat dah 88 kali aku pernah terangkan dulu, option follow untuk kemudahan orang yang follow, supaya senang dia nak tahu bila sesuatu blog tu update, senang, bukannya nak menunjukkan blog tu famous atau tak.

  5. owh paklan dah buat shoutbox lama dulu lagi..
    nak baca blog..baca..
    nak chat install ym or twitter..aci?
    haha

  6. kt shoutbox pun leh jd mcm tu ek.. huhu

  7. Nice entry, I like it.

  8. biarlah ikhlas kalau nak follow…lagipun betul ker follow atau cuma nak tambah bilangan follower saja..:)

  9. setuju dengan putri ,, xda guna,, lau rmai follower tpi entri xda org baca^^

  10. hahaha..lawak lak baca drama kat atas tue..
    macam2 la..

  11. setuju sgt! setakat follow tapi xbaca post baik xyah

  12. hahaha puteri.sape gerangan budak tu ye?tak pernah singgah lagi blog saya.hehe :P

    • Puteri Kasih on September 5, 2011 at 12:07 pm said:

      entah la awk, saya pun tak kenal..rasanya sekali dua je dia jejak blog saya dan saya pun membalas kunjungan. tapi nampak gayanya dia lebih pentingkan untuk mengumpul followers.

  13. Nampak benar xikhlasnya kan.. farah selalu kalau ada yg shout pegi jengok la blog tu..org dtg lawat kita lawat la blk kan.. Tapi tak penah mntk follow blk. Kalau pnulisan blog tu best tak yah suruh automatik kita nak follow kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge