You are here: Home > Novel Bersiri > Setulus Kasih Maisara (1)

Setulus Kasih Maisara (1)

 

Bunyi ketukkan di pintu mengejutkan Maisara dari tidurnya. “Mai bangun cepat, dah pukul berapa dah ni?” kedengaran suara Puan Mona dari luar pintu. Maisara segara bangun dan mengosokkan matanya, pandangannya segera beralih pada jam berbentuk bulat di dinding. Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi. Rupanya sekali lagi Maisara terlewat bangun.

Setelah selesai mandi dan menyalin pakaian, Maisara keluar dari bilik tidurnya. Suasana rumah dua tingkat tu terasa begitu sunyi. Bau nasi lemak dan sambal ikan bilis menusuk hidungnya. Tiba-tiba terasa perutnya berbunyi minta di isi. Dia segera ke dapur.

Puan Mona berhenti memotong sayur apabila terdengar bunyi tapak kaki menghala ke dapur. Dia tersenyum melihat anak gadisnya itu berjalan menuju ke meja makan. “Amboi anak dara mama ni, masuk dapur je terus nak cari makan”, puan Mona mengusik manja anak daranya. “Nak buat macamana, dah masakkan mama kita ni sedap sangat”, Maisara pula mengusik mamanya. Mereka dua beranak mula bergelak bersama.

Selesai bersarapan, Maisara membantu ibunya di dapur. Sejak kecil dia telah dilatih oleh mamanya untuk melaksanakan kerja-kerja di rumah. Kata puan Mona, setinggi mana pun kelulusan seorang wanita, dia tetap perlu pandai melaksanakan kerja-kerja di rumah. Barulah ada package yang lengkap sebagai seorang wanita.

“Mama, kenapa rumah sunyi sepi je harini? Mana yang lain?” Maisara bersuara. “Ish kamu ni, muda-muda dah lupa”, Puan Mona mengusik anak daranya lagi. “Papa, Along dan Angah kan dah ke Kuantan malam tadi untuk menjemput Mak Long, Pak Long dan Abang Shahrul kamu tu” Puan Mona menjelaskan.

Sejak kebelakangan ni Maisara sering lupa. Pelbagai perkara yang menggangu fikirannya, terutama sekali mimpi-mimpi pelik yang menggangu tidurnya setiap malam. Dia sendiri tidak mengerti maksud disebalik mimpi-mimpi itu, tapi ia seolah sebuah cerita yang bersambung setiap kali dia tidur.

“Eh, anak dara tak elok mengelamun kat dapur. La tengok tu, dah nak hangus ikan dalam kuali tu” Puan Mona menegur sambil mengeleng kepalanya. Risau melihat anak daranya itu yang sejak kebelakangan ini sering mengelamun.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

50 comments

  1. perghh sekali dia buat cerpen la!!superb la wak :)

  2. tudia dah keluar dah novel dia

  3. menarik juga jln bahasanya..pergghh boleh la jadi novelis…

  4. WAHHHH….BACA INTRO NYA AJE PUN DAH MENARIK & TERTARIK…HAHAHA..ERMMM. :)

    DIALOG SPONTAN…TERASA SUASANA DI LOKASI DI MANA WATAK BERADA…ERMM…NAK BACA KISAH SELANJUTNYA… :)

  5. terima kasih…salam kenal juga buat kamu :)

  6. x sbr tunggu smbungan nye ni.. =)

  7. Hrmm..betul tekaan diana semalam..Intro yang baik dan membuatkan diana nak baca seterusnya. cepat-cepat sikit sambung

  8. wah ada bakat ni… chaiyok! chaiyok!

  9. tak apa..boleh je :)

  10. cepat2 sambung sis ! weeeeeeeeee :D

  11. esok cepat sikit ye..hehehe :)

  12. citer kuda yg berwawasan ni :)

  13. Members (1285)follow balik puterikasih

  14. Tahniah Puteri, harap Kak Amie punya masa untuk ikuti perkembangan Puteri dalam bidang penulisan ini, teruskan usaha berkarya kerana ‘penulis itu jurubina bangsa’

  15. wah.. ammboi pon tertarik nak baca.. ammboi bukan kaki novel atau sebagainya tp kira penulisan puteri ni mudah bagi amm nk ikut.. hehehe…

  16. terima kasih nabil :)

  17. done part 1..agak lewat ke sini..tak dpt imformasi…heee…

  18. nice sy harap awk lebih telus bila meluakan ideologi kamu ya..moga berjaya lg..

  19. not bad,,,terliur bab sambal ikn bilis tu…mcm bole rasa sedapnyeee…hehee…like3!

  20. adoi! ni yang lemah bila dah terbaca ni… lagi-lagi dengan ayat yang simple dan mudah difahami… mesti rasa nak sambung…. hehehe

  21. boleh pergi jauh nie tuan puteri. Siyesly, kemas susunan ayat dan jalan cerita yg menarik walaupun ringkas….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top