You are here: Home > Novel Bersiri > Setulus Kasih Maisara (2)

Setulus Kasih Maisara (2)

 

Bunyi hon kereta mengejutkan Maisara dari lamunan yang panjang. Dia segera ke laman untuk membuka pintu pagar. Jelas ternampak senyuman di wajah Maisara, bersyukur papa dan ahli keluarganya yang lain dah selamat sampai dari Kuantan.

“Apa khabar mak long?” Maisara mencium tangan ibu saudaranya. Puan Mona yang baru selesai solat Asar keluar menyambut tetamu yang sampai. “Eh masuklah, apa sembang-sembang kat luar ni.” Along, Angah dan Shahrul segera membawa beg-beg ke dalam rumah. Encik Ahmad pula mempelawa abang longnya untuk masuk bersama. “Mai, pergi buat air”, arah puan mona. Tanpa berlengah panjang Maisara terus ke dapur.

Seketika kemudian dia muncul semula dengan dulang ditangan. Minuman dihulurkan kepada semua yang ada di ruang tamu itu. “Jemput minum semua” pelawa Maisara dengan senyuman.  Sepinggan kek coklat turut dihidangkan di atas meja. “Dah besar Maisara ni yer dan semakin manis mak long tengok” puji mak longnya. Maisara tersenyum simpul mendengar pujian Mak Long. “Nampak je besar mak long, tapi perangai manjanya mengalahkan budak-budak”, Along menyakat adik bongsunya itu. Muncung je mulut Maisara mendengar usikkan Alongnya. “Tengok tu mak long, saya usik sikit je, mucung tu dah sepuluh inci panjangnya”, Along terus mengusik adiknya.  Semua yang ada di ruang tamu tu gelak mendengar usikkan Along. Cuma Maisara yang merah padam mukanya, merajuk dengan usikkan along yang memalukannya di depan mak long, pak long dan abang Shahrulnya.

Sambil menikmati minuman petang yang terhidang, masing-masing mula riuh bersembang. Pelbagai topik yang dibualkan. Maklumlah jarang sekali mereka semua dapat berkumpul begitu. Sekali sekala terdengar juga gelak tawa mereka apabila ada cerita kelakar yang di timbulkan. “Bila majlis pertunangan Along akan diadakan?” pak long mula bersuara setelah agak lama menjadi pendengar yang setia. “Insyaallah bulan depan abg long”, balas Encik Ahmad. Along cuma tersengih apabila cerita peribadinya menjadi topik perbualan. “Bertuah kau Mona, tak lama lagi nak dapat menantu sulung”, mak long pula mencelah. “Ala kak long, baru majlis bertunang je, kahwinnya entah bila”, jawab puan Mona pula. Angah dan Shahrul sekadar memasang telinga. Malas nak masuk campur dalam topik yang dibualkan itu. Namun keadaan riuh itu seperti tidak wujud pada pandangan Maisara.

Suasana agak gelap ketika itu, hanya diterangi cahaya bulan yang suram. Maisara terus berjalan, tidak pasti arah mana yang hendak ditujuinya. “Aku ni sesat ke? Macam mana aku boleh sampai ke sini?” Maisara terfikir sendiri. Seingat Maisara tadi dia sedang berjalan bermain dengan Kimi, kucing kesayangannya di laman rumah dua tingkat itu. Tiba-tiba Kimi berlari dan Maisara cuba untuk menangkapnya semula. Tapi dengan sekelip mata Kimi hilang dari pandangan dan kini Maisara keseorangan di tempat yang begitu asing buatnya.

“Kimi, Kimiiiiii, mana kamu sembunyi ni?”, suara maisara bergema dalam kesunyian malam itu. Maisara sedar yang dia kini telah tersesat.  Kimi langsung tidak kelihatan. Rasanya ingin sahaja dia menjerit meminta tolong namun entah mengapa hatinya begitu yakin mengatakan bahawa tiada insan lain di situ yang akan membantunya. Tiba-tiba matanya melirik pada suatu bayangan yang kelihatan tidak jauh darinya.

“Bayang apakah itu?” detik hati Maisara.

 


About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

35 comments

  1. Erk..bayang apa tu sis? Takkan la antu kot..tak pun msti pak we ensem kan..hehehe :P

  2. kita tunggu sambungan setulus kasih maisara selanjut…:)

  3. bagai anjing dan bayang2. haha
    mesti la bayang2 kimi

  4. terima kasih sudi singgah :)

  5. jeng jeng jeng..
    suprise je sis nk tunggu esok
    kimi kan? kan?

  6. maisara selalu mimpi mcm tu ke puteri?hehehe (saja ni nak korek)

  7. CERITA BERSAMBUNG DENGAN SUSPEN…WAHHH…APAKAH YG AKAN BERLAKU…? BAYANGAN APAKAH YG MAISARA NAMPAK…?

    HURMMM..KARYA PUTERI SEMAKIN MENDEBARKAN…WALAU BARU PERINGKAT AWAL SIRI… :)

  8. raksasa muncul.. masa utk kamen rider bertempur, hukk…

  9. tak sabo nk tunggu sambungan

  10. bayang apakah itu?

    ~cepat2 sambung sis! huhu

  11. Bayangan apekah??? walau ngantuk tetap gak bca :)

  12. dia macam bermimpi ke. berhalusinasi ni kak puteri?. seronokk. nak baca yang ketiga pulak ni..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top