You are here: Home > Novel Bersiri > Setulus Kasih Maisara (11)

Setulus Kasih Maisara (11)

 

Setelah mereka menikmati minuman petang ditepi pantai, Shahrul mengajak Maisara untuk berjalan-jalan sebentar. Maisara agak keberatan untuk menemani Shahrul. Entah mengapa sejak kebelakangan ini Maisara seperti ingin menjauhkan diri dari Shahrul. Maisara yakin dia tidak lagi ada perasaan marah terhadap Shahrul apatah lagi untuk berdendam. Maisara bukan seperti itu. Walaupun Shahrul telah banyak menyakiti hatinya namun tidak pernah sekalipun wujud rasa benci dalam hatinya. Pada Maisara, tiada manusia yang sempurna. Semua orang melakukan kesilapan dan semua orang harus diberi peluang kedua.

Suatu ketika dulu, Maisara pernah mengharapkan Shahrul kembali semula dalam hidupnya. Dan kini Shahrul telah pun kembali, tapi mengapa hati Maisara pula yang berbelah bagi. Sudah terpadamkah cinta untuk Shahrul dalam hatinya? Atau dia masih rindukan Hazli? Jejaka yang pernah mengubati kekecewaan hatinya semasa Shahrul tinggalkannya dulu. Hazli jugalah jejaka yang hampir menjadi bakal suaminya.

“Hazli, dimanakah kamu saat ini? Betulkah kamu telah pergi buat selamanya seperti yang mereka semua jangkakan? Atau dirimu masih hidup seperti yang aku harapkan? Adakah mimpi-mimpi ku selama ini suatu petunjuk yang dikau masih bersama ku? Adakah Putera Hazli itu jelmaan dirimu dalam mimpiku?”, tanpa Maisara sedar, airmatanya berguguran.

“Eh Mai kenapa ni? Mai ok tak? Mai tak sihat ke?”, Shahrul terkejut melihat Maisara menangis. Maisara segera mengesat air matanya. “Erm jomlah kita berjalan kat sana”, Maisara sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Shahrul.

Mereka berjalan bersama menikmati keindahan pantai. Puan Mona dan Encik Ahmad sekadar duduk bersantai, manakala Along dan tunangnya pula sibuk mencari kulit siput. Along memang gemar mengumpul kulit-kulit siput dan tunangnya juga berkongsi minat yang sama.

Sepanjang mereka berjalan bersama, Maisara asyik menyepi. Hanya sekali sekala Shahrul cuma melawak untuk menghiburkan hati Maisara namun Maisara hanya tersenyum. Tiada lagi terdengar gelak tawa manja dari Maisara seperti saat mereka menjadi pasangan kekasih dulu.

“Benar kata orang, sekali kita buat kesilapan, seumur hidup terasa sesalannya”, Shahrul amat menyesali setiap kesilapannya dulu. Namun dia tahu sekadar meminta maaf dari Maisara, tidak mungkin akan dapat memadamkan setiap perbuataannya. Dia yakin dia telah banyak melukai hati Maisara dan pasti gadis yang pernah menjadi bidadari hatinya suatu tika dulu telah mula membencikan dirinya.

Tapi sejak bersembang dengan Papa dan Mama Maisara, Shahrul menjadi semakin keliru. Dia tertanya-tanya siapakah jejaka yang bernama Hazli? Maisara telah berpunya ke? Tapi mengapa dia tidak pernah sekalipun melihat jejaka yang bernama Hazli itu? Jangan kata orangnya, gambarnya pun tak pernah kelihatan sedangkan dah berbulan-bulan dia tinggal di rumah Pak Ngah dan Mak Ngahnya itu.

Semuanya masih menjadi persoalan di hati Shahrul. Ingin sahaja dia bertanyakan pada Maisara, namun dia pasti gadis itu tidak akan menceritakannya. Tak sabar rasanya dia ingin bersembang dengan Pak Ngah dan Mak Ngah semula untuk mendapatkan satu jawapan yang pasti.

“Dah nak masuk senja dah ni, jom la kita balik”, Maisara mengajak Shahrul pulang. Rupanya dah jauh Shahrul mengelamun.

——————————————————————————————————————-

Maisara memilih untuk pulang menaiki kereta Alongnya. Dia sebaik mungkin ingin sahaja mengelak dari bersama Shahrul. Alasan yang diberi, dah lama tak bersembang dengan bakal kakak iparnya. Encik Ahmad dan Puan Mona pula menaiki kereta Shahrul. Shahrul tersenyum sendirian, inilah peluang untuknya bersembang dan mendapatkan jawapan yang pasti tentang Hazli. Dia tak sanggup lagi berteka-teki sendiri.

 


About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

24 comments

  1. Terlalu indah, imajinasimu bagus Puteri

  2. Silap pastilah ada pada diri insan
    Semua pasti pernah mengalami
    Akankah kesilapan akan selalu membekas di hati selamanya atau tidak tergantung dari diri insan itu sendiri.

    Silap terjadi kata maaf harus segera dilontarkan tanpa menunggu waktu kalau bisa biar hidup tidak terbebani

  3. klu takde teka teki segala ni takleh ke sis? adehh~

  4. ooo..dah dpt petunjuk dah..hehehe

  5. menarik… pandai puteri mengarang…

  6. OOOO..RUPA2NYA ADA KAITAN ANTARA HAZLI DI ALAM NYATA DGN PUTERA HAZLI YG BERPAKAIAN PUTIH DAN MENUNGGANG KUDA PUTIH DI DLM MIMPI MAISARA…ERMMM… :)

    KALI NI TIADA SALAH TAIP..HEHEHE…:p

  7. Baru boleh baca semuanya hari ini setelah beberapa hari mempunyai masa singkat berbw..

    Sekarang tinggal misteri siapakah Hazli sebenarnya la pilak :)

  8. suatu tika dulu( bukan kan suatu ketika dulu)hehheh..by the way bab 11 mmg tip top

  9. makin matang dik…dah makin maju dah ni…( maaf lewat ke sini..)
    teruskan yaaa…hingga part yg terakhir..

  10. semakin menarik cerita ni jalancerita pun jelas

  11. best best..tk sabar tunggu selanjutnye…bole laku novel tn puteri ni mcm sambal ikn bilis tu.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top