You are here: Home > Novel Bersiri > Setulus Kasih Maisara (Akhir)

Setulus Kasih Maisara (Akhir)

 

“Mai, bangun Mai. Kenapa ni?”, Puan Mona mengejutkan Maisara dari tidurnya apabila Maisara meronta-ronta memanggil nama Hazli.

Maisara terus terjaga. “Mama, Hazli dah pergi. Dia dah tinggalkan Mai”, Maisara mula menangis semula.

“Mai, dengar cakap mama, Hazli dah lama pergi tinggalkan kita. Mai kena terima hakikat tu nak”, Puan Mona memeluk anak gadisnya.

“Tapi ma, Hazli baru pergi tingalkan Mai tadi. Hazli cakap dia tak akan kembali lagi. Dia suruh Mai mulakan hidup baru. Dia kata ada seseorang sedang menunggu Mai”, Maisara mula bercerita dalam tangisan yang masih belum reda.

“Mai, dah sampai masanya Mai cuba maafkan Shahrul dan cuba bukakan pintu hati Mai untuk menerimanya semula. Mama tengok Shahrul pun dah banyak berubah. Mama yakin dia dah insaf dan dia tengah mencuba untuk mendapatkan cinta kamu semula”, Puan Mona mula menasihati.

“Mama, dalam mimpi Mai tadi Hazli dah bawakan seseorang yang akan menjaga dan menyayangi Mai. Kata Hazli orang itulah yang akan membawa kebahagiaan semula dalam hidup Mai”, Maisara menjelaskan mimpinya tadi.

“Sudah la tu Mai, mimpi hanya mainan tidur. Jangan percayakan sangat mimpi tu”, Puan Mona menggelengkan kepala. Rungsing melihat Maisara yang terlalu taksub dengan mimpi yang dialaminya

“Lepas ni, Mai cubalah bukakan hati untuk Shahrul. Berilah dia peluang untuk memperbetulkan segala kesilapannya itu. Mama yakin Shahrul mampu menjaga dan membahagiakan Mai”, Puan Mona memberikan pandangannya.

“Tidak mama, Mai tak mungkin dapat terima Shahrul semula. Shahrul dah banyak lukakan hati Mai. Lagipun dah tak ada perasaan cinta lagi di hati Mai buatnya. Cukuplah segala penderitaan yang telah Mai lalui bersamanya. Lagipun Mai pasti lelaki yang muncul dalam mimpi Mai tadi bukan Shahrul. Walaupun Mai tak kenal lelaki tersebut tapi Mai yakin, suatu hari nanti dia akan muncul”, Maisara mula meluahkan segala yang dipendamnya selama ini. Jelas kelihatan ketenangan mula terukir di wajah Maisara. Seolah satu sinar baru muncul dalam dirinya.

————————————————————————————————————————

Semakin hari Maisara mula menjadi gadis yang periang semula. Mimpi-mimpi yang asyik bersambung setiap malam tidak lagi dialaminya. Maisara kini telah boleh menerima pemergian Hazli dengan redha. Dia yakin Hazli telah kembali menemui penciptaNYA. Walaupun cinta buat Hazli masih tebal di hati Maisara, namun Maisara sedar Hazli tidak mungkin akan kembali lagi. Setiap kali Maisara tidak lupa untuk berdoa agar roh Hazli tenang di sana.

Kedai Bunga yang diuruskan Maisara semakin maju dan telah pun mempunyai sebuah cawangan. Cawangan yang baru itu diuruskan oleh Shahrul. Shahrul pun dah boleh menerima hakikat yang Maisara tidak mungkin akan mencintainya semula. Malah Maisara juga mendapat tahu yang Shahrul telah pun menemui pengganti. Maisara sentiasa berdoa agar Shahrul bahagia dengan insan baru di hatinya.

Along telah pun selamat menjadi suami orang. Encik Ahmad dan Puan Mona insan yang paling gembira apabila mendapat tahu along bakal menjadi ayah tidak lama lagi. Tak sabar nak menunggu kelahiran cucu sulung kata Puan Mona. Angah pula sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang peguam yang berjaya. Sibuk sehinggakan tiada masa untuk mencari bakal isteri.

Maisara pula kembali menjadi dirinya yang dulu. Seorang gadis periang yang suka tersenyum. Lenyap segala penderitaan yang pernah dialaminya. Semuanya tersimpan kemas di sudut memori dengan harapan segala keperitan itu tak akan kembali.

———————————————————————————————————-

Maisara sedang tekun menyemak segala akaun kedai bunga tersebut. Seorang lelaki muda berjalan masuk ke kedai itu. Maisara mengangkat mukanya dan segera bertanya” Yer encik, boleh saya bantu?” Tiba-tiba hati Maisara berdegup kencang. Dia pasti lelaki di depannya itu pernah ditemuinya sebelum ini dan dia yakin itulah lelaki yang sama dengan lelaki yang dimaksudkan oleh Puteri Hazli. Walaupun dalam mimpinya wajah lelaki tersebut tidak jelas kelihatan. Namun nalurinya kuat menyatakan lelaki yang didepannya kini sama dengan lelaki dalam mimpinya.

“Cik, cik ok ke?”, lelaki itu menegur, agak terkejut juga kerana begitu lama Maisara merenungnya tanpa kata. “Er er, saya ok. Maaf ya. Encik nak cari apa?”, Maisara segera bertanya. Malu pula rasanya apabila lelaki itu tersenyum memandangnya.

“Boleh pilihkan bunga yang sesuai untuk dihadiahkan pada mak saya sempena harijadinya”, lelaki itu bersuara. Senyuman masih melekat dibibirnya.

Setelah memilih bunga yang sesuai, Maisara mengubahnya.

“Wah pandai awak mengubanya ya”, lelaki itu memuji.

Maisara tersenyum lalu berkata “Saya dah agak biasa mengubah bunga ini encik.”

“Eh tak perlu berencik-encik dengan saya. Panggil saja Firdaus”, senyuman masih tidak lekang dari bibir lelaki itu.

Maisara hanya sekadar membalas senyumannya.

“Nama awak pula siapa?” Firdaus bertanya.

“Saya Maisara”, pendek sahaja jawapan Maisara. Entah mengapa hatinya terus berdebar-debar.

“Manis nama itu, semanis orangnya”, Firdaus memuji.

———————————————————————————————————-

Kedai Bunga menjadi saksi pada pertemuan dua hati yang bakal bersatu suatu hari nanti. Maisara berdoa agar apa yang disampaikan Putera Hazli dalam mimpinya dulu menjadi kenyataan. Moga suatu hari nanti dia dan Firdaus bersatu di alam perkahwinan.

 

——————————————TAMAT—————————————

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

32 comments

  1. Maisara jatuh cinta lagi. Yeeeeeeee

  2. hahahhaahaha..akhirnye firdaus jugak yg muncul..nak royalti..hehehehehe..

  3. Akhirnya..dah tamat..terjawab sudah.. :)

  4. hahahaha..kak puteri. cepat habis. btw. ending dia menarik. kiwi mmg x nak mai dgn shahrul tu..kih kih~

  5. wah.. dah tamat? akhirnya, terbukak jugak aty mai tu ye… sweet2!

    hihi

  6. yes yes yes!penantianku berakhir kt sini..hahahaha
    dina la org plg gembira..pergh.sweet jugak kn

    gud job sis <3

  7. PUTERI ADA KESILAPAN KECIL UTK AYAT INI : “Wah pandai awak mengubanya ya”, lelaki itu memuji.(spttnya mengubahnya) :)

    laaa…DAH HABIS KE NOVEL BERSIRI ni…TERASA PENDEK laa PULAK. MASIH BYK YG BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI JALAN CERITANYA..ERMMM.

    APA PUN SIRI INI BERAKHIR DGN HARAPAN. BELUM LAGI HAPPY ENDING. MASIH BOLEH BUAT SAMBUNGAN LAGI NOVEL BERSIRI ni..heheh… :)

    • opss ada typo ke..ok nanti saya perbetulkannya. :)

      puteri tak nak drag novel ni lama-lama nanti perasaan suspen tu akan terhakis..hehehe

      Setiap antara kita pasti akan mengharap dan selagi bernafas kita tak pasti mendapat happy ending atau tak…sebab itulah puteri akhiri novel ini juga begitu…

      “Satu Pengharapan ke arah kebahagiaan” :)

  8. yang bermula pasti berakhir :)

  9. abis da..tk puas baca lgi..apapun hapy ending..best3..

  10. bertambah sedih kalau sad ending :(

  11. good ending tapi mcm agak tergesa gesa

  12. lom puas dah tamat..:)

  13. Akhirnya….tamatlah sudah..legaaaa…terjawab semua persoalan…satu penceritaan yang menarik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top