You are here: Home / Petua & Tips / 5 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik

5 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik

 

Ramai di antara kita yang gagal menjadi pendengar yang baik. Apabila keluarga atau rakan atau sesiapa sekalipun meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, kita lebih cenderung kepada ‘memotong’  kata-kata mereka. Ini akan mengakibatkan seseorang itu menjauhkan diri dan tidak mahu berkongsi masalah dengan kita.

Bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik? Berikut adalah tips yang boleh di praktikkan oleh kita semua.

1. Berikan perhatian sepenuhnya – Apabila seseorang mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan kita di saat itu dan dengar dengan teliti setiap apa yang ingin disampaikannya.

2. Jangan berikan pendapat – Apabila seseorang meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian.  Contohnya, “Tadi aku nampak seekor kucing kat tepi jalan. Kesian sangat tengok kucing tu.” Jangan pula korang berikan pendapat, “Ala…biarlah kucing tu. Tak ada kena mengena ngan awak pun”. Pendapat sebegitu akan mematikan mood seseorang untuk becerita. Jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

3. Bertanyakan soalan – Untuk menaikkan lagi mood seseorang itu untuk bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Ini menunjukkan yang korang juga berminat dengan cerita yang disampaikan itu. Ingat tanya soalan yang berkaitan je. Jangan main tukar topik pula.

4. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya seseorang yang bercerita itu sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang dia marahkan. Berikan sokongan tapi jangan pula korang menambahkan api kemarahan itu.

5. Diam dan jangan berkata apa-apa – Sekiranya topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan korang, adalah lebih baik korang berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik korang tahan telinga dulu dan mendengar apa saja yang dia katakan. Biarkan dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. Lepas itu barulah korang cuba menjernihkan keadaan.

Mudah je kalau nak jadi pendengar yang baik, cuma perlu pasang telinga je. Jimat air liur sementara menunggu orang tu habis bercerita..hehehe

 

Snap Your Style Contest

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

22 comments

  1. mama ni memang pendengar yg setia..kwn2 selalu dtg mengadu hal masin2…dh mcmkaunselor la pulak..huhuhu sendiri punye problem pun x setel2..hahahah. .apa2 pun mendgr itu sudah cukup melegakan org yg mengadu hal kpd kita…..
    dlm meeting td memang mama pendengar yang baik….

    • lepas ni nak ngadu pape, nak gi cari mama la …hehehehe

      adakalanya bila mendengar masalah orang lain dalam masa yang sama kita dapat juga cari jalan penyelesaian untuk masalah kita kan mama

  2. the good friend is the good listener..kan puteri…;))

  3. kpah seorang pendengar yang setia…hmmmmmm…

  4. sy mmg pndengar yg baek. bkn nk msuk bakul agkt sndri. tapi mmg cm nih. kawan2 mmg slalu citer kt sy. tapi saya ? jrg skli. sy nih jenis yg pendam.. suke dgr luahan kawn2.. tp luahan sndri? yg pnting2 bru mnx pndpt.. heh3 :)

    • Puteri yakin miela ni pasti sahabat yang baik kan. Sebab kawan-kawan akan mudah bercerita apabila mereka betul-betul yakin kita sudi nak mendengar luahan mereka.

      Dan apa yang puteri perhatikan, mereka yang menjadi pendengar yang baik sering kali suka memendamkan masalah sendiri.

  5. kena ada telinga besar cam kat gambar tu….ada best friend la…ada setengah tak mau dgr masaalah org lain….

    • kalau kena ada telinga besar cam tu, maksudnya gajah adalah pendengar yang baik. Puteri nak cari gajah lepas ni untuk bercerita…hahahaha :P

      bukan semua yang bleh menjadi pendengar yang baik tau

  6. sometimes by listening to people problem you can help them to solve their problem

  7. Hi puteri,
    lama tak singgah blog puteri. sorry ea. miza skrg di KL ade training kat sini.
    Emm cakap pasal menjadi pendengar yg baik nie, mmg penting. Bagus lah puteri buat entry nie. Ramai yg Allah anugerahkan telinga untuk mendengar, tapi hanya segelintir yang ada kelebihan untuk menjadi pendengar yg baik. Walau apepun, untuk menjadi a good listener, we can practice *=)

  8. saya ade belajar ni masa kat plkn kak..:P

  9. tipsnya bagus, bisa diterapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top