You are here: Home > Love Talk > Kerana Cinta

Kerana Cinta

 

“Demi cinta lautan api diseberangi”

Korang sanggup nak seberangi lautan api? Puteri tak sanggup, nanti puteri akan hangus. Cinta tak dapat digapai, puteri pula yang rentung.

Kata orang (bukan kata puteri yer), demi cinta dia sanggup buat apa sahaja. Kononnya ‘You jump…I jump’. Begitu hebatnya penangan cinta kan. Tapi berbaloi ke?

Pada puteri, cinta hanya sementara di dunia ini. Jadi kenapa nak berkorban nyawa demi cinta. Cukupla sekadar kasih sayang yang tulus dan ikhlas tanpa mengharap balasan. Cinta yang kekal hanya padaNYA.

Kita semua ingin menyayangi dan juga disayangi, malah ramai yang  sanggup berkorban apa-apa saja demi cinta. Bergadai, bergolek, putus persaudaraan dan putus persahabatan.

Tapi untuk mendapatkan cinta yang berkekalan, ini bergantung kepada sikap dari diri kita sendiri. Kita yang mengatur setiap langkah dalam perhubungan kita. Cinta ibarat kertas putih. Kita yang mencoraknya.

Kita perlu sentiasa mengawal tindakan kita, jangan biarkannya melampai batas. Jangan terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti, nanti diri sendiri akan kecewa.

Cintailah dari hati, fahamilah dari jiwa dan pertimbangkannya dengan akal yang waras.

Selamat Bercinta :)

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

23 comments

  1. cinta itu buta,jangan mencuba jika masih belum bersedia untuk terima dugaan,..hahahah,..

  2. Wah…soal hati dan cinta memang terlalu sukar untuk dimengerti sis.. :)

  3. owh ini ka cinta? tak tahu pun

  4. Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan… walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua…

    eceh… mcm kenal je ayat ni.. hehe

  5. cinta yg sejati adalah cinta yg tak mengharapkan apa2 balasan… :) hanya sekadar ikhlas mahu mencintai…dan dicintai.

    selamat bercinta :)

  6. hahaha..sebab tu kita kena bercinta dengan ikhlas. Manusia kan sentiasa berubah hatinya

  7. cinta pada yang Esa akan kekal abadi…..

  8. saya bercinta iklas popuan lari gak.. padahal dia ngorat saya.. hehehe

  9. demi cinta kelombok pun diseberangi…

  10. cinta hakiki hanya kpd Allah yang esa

  11. mula2 bercinta, pastu jadi BENCInta, huh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top