You are here: Home / Petua & Tips / Tips Tangani Obesiti

Tips Tangani Obesiti

 

Baru sebentar tadi puteri layan berita secara online dan terjumpa gambar ini kat HARIAN METRO ONLINE.

Kalaulah mereka berdua ni adik puteri, hari-hari puteri cubit diorang. Geram betul tengok diorang ni. Cute sangat kan.

Tapi puteri bukan nak cerita tentang mereka yer. Puteri nak bercerita tentang obesiti.

Apa itu obesiti?

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Pada pandangan puteri, masalah obesiti ini perlu di beri perhatian sewaktu peringkat kanak-kanak lagi. Ibu bapa perlu prihatin dalam pemilihan makanan untuk anak-anak. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya kan. Kalau dari kecil, ibu bapa dah mendidik anak-anak memilih makanan yang seimbang, puteri yakin masalah obesiti ini dapat dibendung.

Sememangnya seseorang kanak-kanak akan nampak comel kalau dia tembam semasa kecil. Semua orang akan puji kanak-kanak itu kan. Akan tetapi bila umur kanak-kanak itu semakin meningkat dewasa, berat badannya harus dikurangkan kepada tahap yang ideal. Sekiranya hal ini tidak terjadi, kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan masalah obesiti di masa akan datang.

Pastikan mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan hari-hari asyik makan fast food sahaja. Rajin-rajin la bersenam untuk mengeluarkan peluh dalam badan. Dan yang penting minum air suam yang mencukupi bukan air yang berwarna warni yer. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman tetapi tambahkan kemanisan  dalam kehidupan seharian you all.

Amalkan cara pemakanan yang sihat. Badan sihat, mood pun pasti ceria.

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

24 comments

  1. anak cazen sy lg gemuk dr 2..makan sedap bese la budak2 skung

  2. kadang2 xmakan apa pun badan boleh jadi macam pic tu..hehe..

  3. Setuju dengan entry ni. Ramai kanak-kanak di Malaysis sekarang obes..selain itu Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi. Dah beberapa tahun ini rasanya kerajaan juga memandang masalah obesiti ini serius terutama di kalangan kanak-kanan antara 7 hingga 10 tahun.

    Sis, selain dari menjaga pemakanan untuk mengelak obesiti, pemilihan makanan juga penting kerana makanan akan mempengaruhi struktur otak, tingkah laku dan cara kita berfikir.

    P/s : Alamak panjang la pulak..maaf, dah leh jadi entry dah ni :P

  4. KESIAN PULAK BILA AYIE TENGOK BUDAK YANG BERBAJU MERAH tu…KECIK2 LAGI DAH OBESITI SEBEGITU RUPA…TENTU BANYAK AKTIVITI YG TAK DAPAT DILAKUKANNYA DGN KEADAAN BADAN DAN BERAT SEBEGITU…TAK SEPERTI KANAK2 LAIN YG SEUSIA DGNNYA.

    • betul tu ayie. Kanak-kanak itu tidak memahaminya. Sebagai kanak-kanak dia akan menikmati apa sahaja makanan yang dihidangkan kepadanya. Ibu bapa perlu memainkan peranan

      • soal makanan kanak2 selalu main makan saja puteri. mereka mana laa tau apa itu kalori…lemak…kabohidrat…pada mereka asalkan makanan tu sedap ajer terus makan dan mahu lagi.

  5. tips tangani kekurusan cmne plak??

  6. klau x kawal mamam mmg risiko tinggi utk obes…

  7. nice tips..
    boleh anna ikut..
    anna pon makin gemokk dah ni..
    huhuhu

  8. saya suka kata2 yang last sekali itu..badan yang sihat boleh menjadikan kita ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top