Hari ni puteri rasa macam nak buat tips berblog. Puteri pun masih baru dalam dunia blog. Adakalanya puteri suka mencari tips berblog untuk memperbaiki penulisan puteri. Dan apa salahnya kalau puteri berkongsi pengetahuan dengan korang semua kan.
Cara-cara menaip sebuah entri blog yang lengkap:-
1) Tajuk yang simple tapi straight to the point - Tak perlu tulis tajuk yang gempak sedangkan langsung tak ada kaitan dengan entri. Kalau boleh elakkan dari tajuk yang panjang berjela, cukuplah tajuk short and sweet yang dapat menarik minat pembaca. Yang paling penting tajuk dan kandungan entri tersebut perlu ada kaitan. Jangan nanti tajuknya tentang kucing tapi kandungan entri semuanya tentang makeup. Takkan kucing guna makeup lak kan…hehe
2) Main point perlu ada - perlu ada info-info yang berkaitan dengan tajuk. Jangan asyik duk ulang benda yang sama dari mula sampai akhir entri tu. Puteri ambil contoh tajuk kucing tadi, cuba huraikan tentang rupa kucing, makanan kegemarannya, karakter dia dan sebagainya. Jangan dari permulaan sampai ke akhir entri tu asyik ulang kucing suka makan ikan je. Pasti pembaca akan jemu.
3) Perenggan - kalau entri agak panjang, tulis dalam bentuk perenggan. Cara ini lebih mudah di baca dan mudah difahami. Jangan nanti entri yang panjang macam kacang panjang tu semuanya ditulis dalam satu perenggan, mata boleh rabun tau kalau hari-hari baca camtu. Cuba bayangkan kalau kacang panjang tu kita tak potong, masak semua panjang-panjang camtu, mau tak tercekik time makan. Lain kali surrender dah tak nak makan kacang panjang yang tak dipotong.
4) Rumusan/Kesimpulan - jangan biarkan hujung entri tergantung tanpa ada penutup pada cerita korang. Nanti pembaca dah syok baca entri korang, tapi last-last tak ada ending. Macam drama bersiri yang tiada tayangan last episod. Pembaca akan rasa mereka membuang masa je membaca entri itu.
Kesemua di atas tu puteri buat rumusan sendiri. Mungkin pandangan you all berbeza. Anyway puteri hanya nak share apa yang puteri tahu. Sharing is Caring kan. Harapnya cara-cara yang puteri berikan ini dapat membantu meningkatkan entri korang dan juga entri-entri puteri juga.
P/s di ambil dari entri lama dan direfreshkan semula sekadar untuk perkongsian dengan korang semua.
loading...
loading...

tq for the tips….(opssss…patot la rasa mcm kat london jer..hahah)..sayang puteri!!
welcome mama..hehehe
sayang mama juga dan rinduuuuu lama tak sembang ngan mama
INFO YANG BERMANFAAT PUTERI…



SENYUM BERTINGKAT laa
wahhhh…lama tak online blog…rindu pada senyuman bertingkat…hehehe
hihi..nice info kakak…
pe kate wat tajuk ros merah tapi kandungannya ros purple..haha
thanks dear…tak habis habis ngan ros purple..hehehe
tenkiu puteri sbb bagi tips. miza takde ikut format sangat pun. main tulis je. heheh.
tenkiu again atas perkongsian *=)
welcome dear…kadang2 main tulis pun best sebab ikhlas dari hati
WAHH..NAK JD SIFU PULAK..HUHU…PAPE PUN TANKS UTK INFO INI YE..
tak layak nak jadi sifu..hehehe. welcome
keep it nice & simple, rite
yup that’s rite
baik cikgu…
wah puteri dah ada anak muris baru rupanya…hehehe
good info..
thank you
artikel yg menarik….
terima kasih
tapi kalau tak pandai menulis mcm mana?
pasti setiap orang ada cara tersendiri
nais kak…menda wajib tuu…
thanks adik
thanks sis! =)
welcome dear
saya selalu tulis tajuk bila teringat apa apa entry yg mahu ditulis dimasa akan datang pastu simpan dalam bentuk draft, bila xda idea, tgk balik draft dah dapat idea pastu terus tulis entry, hehe
bagusla Juan ada cara tersendiri..puteri pun nak cuba la cara tu…hehehe
hehe…nak tulis blog pun ada panduan..thnks untuk maklumat ni ye
semuanya ada panduan…untuk memudahkan hidup kita
nak share ye nanti kak
boleh je apit
salam puteri ..baru jumpa entry awak pasal tips ni ..thanks ya…
neway, salam kenal … jemput singgah ke blog lisa
salam kenal juga dari puteri
moga tips ni bermanfaat ^_^