You are here: Home > movie review > Date Dengan Puss In Boots

Date Dengan Puss In Boots

 

Pencinta kucing macam puteri ini tak mungkin ingin terlepas peluang untuk menonton filem PUSS IN BOOTS. Masa puteri tengok “The making of Puss in Boots kat TV pun puteri dah pasang niat nak menonton filem ini dan akhirnya semalam tercapai juga hasrat itu.

Bila tengok Puss, puteri teringat kat Baby. Baby adalah kucing puteri yang telah pergi untuk selamanya beberapa bulan lepas. Lapan tahun puteri jaga baby yang dianggap sebagai hero. Tapi akhirnya Baby mati kerana luka yang agak parah setelah bergaduh dengan kucing lain. Rindunya puteri pada Baby.

Berbalik pada tajuk entri ini. Puss in Boots, cerita animasi pertama yang buat puteri mengalir airmata. Aiyak macam mana leh sebak tengok cerita kartun ni. Buat malu je tau..huhu

Sebenarnya puteri tertarik pada jalan ceritanya. Persahabatan yang disulami dendam pasti akan menghancurkan. Puss dan Humpty mula berkenalan sejak kecil di rumah anak yatim. Persahabatan yang akrab mula terjalin. Mereka berjanji untuk bersatu selamanya. Namun persahabatan itu diuji apabila Puss menjadi hero setelah menyelamatkan seseorang. Humpty rasa tersisih dan bertambah kecewa apabila puss tidak menyelamatkannya ketika dia ditangkap kerana merompak bank.

Humpty berdendam dan mengambil keputusan untuk menjatuhkan puss. Berpura-pura baik di depan puss, namun di hati penuh hasad dengki. Puss tertipu dengan persahabatan dulu, dan rancangan Humpty untuk memerangkap puss berjaya.

Tapi kata orang kejahatan pasti tewas pada kebenaran dan kebaikkan. Akhirnya Humpty insaf  apabila dia menyedari yang puss masih menghargai persahabatan yang pernah mereka bina selama ini. Persahabatan itulah yang berjaya mengubah Humpty menjadi baik dan mengorbankan dirinya sendiri demi kebahagiaan yang lain.

Memang rasa berbaloi jugalah menonton puss in boots. Rasa macam nak pergi menonton sekali lagi. Ada sesiapa nak belanje tak? hehehe

P/s Ramai juga yang beratur beli tiket Petaling Street Warrior…korang dah tengok lom?

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

33 comments

  1. Selamat petang Puteri,
    sesekali layang filem animasi memang bestkan Puteri, Kak Amie pun kaki kartn jugak.. he hehehh

  2. Hehehe…memang best tengok citer ni….akak pun nak p sekali lagi..kalo tak..beli dvd jer la..hahaaa

  3. kesiannya kucen puteri tu…ermmm +__+

    puss ni asalnya salah satu watak dlm animasi shrek kan?

    • dah sampai ajalnya..nak buat cmna kan ayie..

      Ha ah puss memang watak dalam shrek

      • betul tu puteri..kalau dah ajal nk buat macam mana. ayie pun selalu jugak jadi PENANAM kucen yang dah mati…huhu

        • part tu memang puteri fail…walaupun puteri dah start bela kucing sejak kecil tapi tak pernah seekor pun yang puteri sanggup tanam..selalunya kalau kucing mati…ayah yang kena tanam..huhu

  4. wah best ker..nanti mama pon nk bwk ank2 g tonton wayang…lama x gi tgk wayang..sbb 2011 thn ank mama UPSR,so tahun kurang bersosial la…hihih

  5. best ker citer kucen ni…

  6. ala siannyer..takpe dah free nanti pergi tengok…memang best :)

  7. Diana dan best friend pun bercadang nak tengok cerita ni esok tapi kemudiannya masih berkira2 sama ada nak tgok twilight, ombak rindu atau puss..hehe :D

  8. waaa…org tu pegi tgk wyg lah.
    ptot la hilang. hehe :)
    *citer katon sume bez! hehe

  9. owh..puteri nnges ye..ngembeng rpenye..ahaha

  10. sy x tgk movie ni sbb tiap2 hari bole tgk 1/2 dozen ank kucing kt blakang umah, hikk…

  11. cantik nya gadis dalam gambar tu hehe…
    panjang rambut dia yer…hehe

  12. cerita ni memang terbaik..suka tgok muka kucing tu.. hmm.. mungkin cerita ni pengubat rindu untuk sis kt baby tu.. apa2 pun cerita ni memang kelakar..

  13. best ke cite ni…xde kesempatan lagi nk tengok…

  14. jom sis.. kte g tgk lg.. best sgt la cite tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top