You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 12

Cinta Ini Takdirku – Bab 12

 

Aswad Azrul membuka akaun Facebooknya. Rasanya dah berminggu-minggu dia tidak online kerana sibuk dengan tugas seharian. Lagipun akaun facebooknya ini masih agak baru dibuat oleh anak buahnya. Kalau nak mengharapkan dia membuatnya, memangla dia tak ada masa untuk semua itu.

 

Dilihatnya akaun facebooknya dah pun mempunyai beberapa orang rakan, semuanya di kalangan saudara maranya. Itupun semua anak buahnya yang buat. Tiba-tiba matanya tertumpu pada salah seorang senarai rakan yang ada dalam senarai.

 

”Siapa pula Nur Kamalia ni?

 

Setahu Aswad dia memang tak kenal dengan sesiapa yang bernama Nur Kamalia.

 

“Hurmm mungkin ada yang saja menggunakan nama lain”

 

Dibukanya profile Nur Kamalia. Cuba mencari gambar di sebalik nama itu kerana gambar profile pemiliknya hanyalah sekuntum bunga mawar merah. Ada lebih dari 10 gambar di album bertajuk ‘Aku Dan Mereka, tapi sayangnya kesemua gambar itu di ambil secara berkumpulan dan secara jarak jauh.

 

“Yang mana satu ni?” rungut Aswad

 

Sampai di gmbar yang terakhir, tertera gambar seorang perempuan berbaju kurung berwarna merah jambu sedang duduk di sebuah bangku di bawah pepohon rendang. Perempuan itu nampak seperti dalam usia awal dua puluhan, berambut lurus paras bahu dan berkulit cerah.

 

“Sungguh manis senyumannya, adakah ini Nur Kamalia?” Aswad cuba berteka teki sendiri.

 

Kalau betul itu Nur Kamalia, Aswad yakin dia tidak mengenali perempuan itu. Ni mesti kerja anak buahnya sengaja memasukkan perempuan itu dalam senarai rakannya ataupun adakah Nur Kamalia seorang kenalan anak buahnya?

 

Malas Aswad nak berfikir panjang. Dibiarkan sahaja perempuan yang bernama Nur Kamalia itu menjadi sebahagian dari senarai rakannya. Namun hatinya masih tertanya-tanya siapakah gadis itu? Jadi dia segera menaip sesuatu di wall Facebook milik perempuan itu.

 

”Thanks sudi berkawan. Salam Perkenalan”

 

Kalau ada balasan nanti bolehlah dia berkenalan. Sekurang-kurangnya boleh dia tahu siapa perempuan itu. Namun jika tiada balasan nanti, dia akan delete sahaja dari senarai rakannya. Mungkin anak buahnya tersalah ’sent request’ fikirnya.

 

Selesai melihat akaun facebooknya, Aswad segera logout kerana ada temu janji dengan klien di luar. Di kini berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Dua tiga hari lagi dia akan pulang semula ke Terengganu. Segera dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor rumahnya. Terasa rindu nak mendengar suara anak-anaknya.

 

————————————————-

 

Kamalia meminta kebenaran dari pengawal di luar wad Unit rawatan rapi itu untuk menemui Amira. Dah beberapa jam dia berada di hospital namun dia belum sempat melihat Amira kerana tadi ada beberapa orang doctor sedang memeriksa Amira dan tiada sesiapa dibenarkan untuk memasuki bilik rawatan itu.

 

Selepas mendapat kebenaran dari pengawal yang bertugas, Kamalia melangkah masuk. Terasa berdebar jantungnya. Hanya ada 4 pesakit di dalam Unit Rawatan Rapi itu dan terdapat pelbagai jenis mesin yang mengelilingi katil mereka. Permandangan seperti itu menambahkan lagi debaran di hati Kamalia.

 

Sampai sahaja dia katil Amira, airmata Kamalia berguguran. Ternyata kecederaan yang dialami Amira agak parah. Kepalanya berbalut, luka akibat kelaran dimukanya agak dalam. Ingin sahaja dia memeluk sahabat baiknya itu namun wayar-wayar dari mesin bantuan pernafasan menghalangnya.

 

Kamalia menyentuh tangan Amira dan ternyata ada tindak balas darinya. Jari-jari Amira bergerak. Betul kata doktor tadi, Amira tidak koma buat masa ini, namun kecederaan yang dialaminya itu agak parah dan boleh meragut nyawanya. Pihak hospital terpaksa memantau perkembangannya sebelum melakukan pembedahan.

 

”Mira, aku datang ni. Aku harap kau kuatkan semangat untuk melalui semua ini. Aku janji Mira, aku akan selalu ke sini untuk menemui engkau. Aku doakan kau akan cepat sembuh. Nanti boleh kita keluar bersama lagi yer”

 

Kamalia cuba memberi kata-kata semangat pada Amira. Dia yakin Amira dapat mendengarnya. Tiba-tiba Kamalia ternampak bibir Amira bergerak seperti ingin menyatakan sesuatu. Dia segera mendekati Amira untuk mendengar dengan lebih jelas.

 

”Irrrrfann”

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

20 comments

  1. irfannn?? adekah??

  2. ermmmm…senang laa kerja polis..dah dapat dah nama penjenayah nya…siap laa siapa yg bernama irfan…haha3 :P

  3. kesian mira..nk sebut irfan da la susah…sye rasa ada lgi smbongan tu..mesti..irfaaaaan…sengal…sambung cik puteri..

  4. ciss.. dah tinggal nyawa2 ikan lg pun maseh nak sebut nama irfan!..hhmm.. entah apa jenis lah frinsip amira ni… semoga cepat sembuh lah ehndaknya…

  5. Hai Puteri….rehatlah dulu, ni kak Amie bawakan Ayam Masam Manis untuk dinner.

  6. suspen betol! haha.
    tak sabar nk tggu esok :)

  7. eh ada novel ker puteri

  8. tolong la miraaaaa….irfan tu ke yg pukul awk? gtau maktehhhhh

  9. ni konfirm kerja c irfan.. bertambah bnci la pembaca dgn c irfan ni.. hehe.. keep it up, sis! :)

  10. makin lama makin seronok pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top