You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 13

Cinta Ini Takdirku – Bab 13

 

Kamalia melangkah keluar dari tanah perkuburun. Air matanya berguguran tanpa henti. Dia terasa amat kehilangan. Sahabat baiknya pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang sungguh tragis. ”Siapalah yang sanggup mencederakan Amira sekejam itu?”, detik hati Kamalia.

 

Rasanya seperti baru semalam Amira bersembang dengannya di telefon. Meluahkan rasa kerisauan yang melanda dirinya. Masih teringat lagi perbualan antara mereka.

 

”Lia, aku takutlah”

 

”Kenapa ni Mira? Kau takut apa?

 

”Aku rasa seperti ada seseorang asyik mengekori aku la Lia. Dari semalam macamtu, aku takut.”

 

”Kau ada nampak sesiapa yang mencurigakan?”

 

”Tak ada pula, tapi aku yakin ada orang yang sedang memerhatikan aku”

 

”Kalau macam tu, aku rasa lebih baik kau berhati-hati.”

 

”Lagi satu Lia, aku ada sesuatu nak beritahu engkau”

 

”Apa dia Mira?”

 

”Aku dah buat keputusan untuk berpisah dengan Ifran dan aku pun telah memberitahunya semalam. Aku dah tak sanggup nak teruskan perhubungan ini. Aku cintakan dia Lia tapi perhubungan kami ni dah tak ada harapan untuk diteruskan lagi. Walaupun aku sanggup menjadi isteri kedua, tapi Irfan tidak mahu mengahwini aku. Jadi rasanya lebih elok aku pergi dari sini.”

 

”Pergi? Kau nak kemana Mira?”

 

”Aku nak pergi jauh. Aku nak mulakan hidup yang baru. Aku dah tak sanggup lagi terseksa sebegini.”

 

Sebak hati Kamalia bila mengingatkan kembali kata-kata terakhir Amira. Amira memberitahu yang dia nak pergi jauh dan memulakan hidup baru seolah dia telah tahu yang dia akan pergi.

 

Kini Kamalia rasa amat kehilangan. Baru beberapa hari dia kehilangan Zarin. Insan yang dicintainya. Sanggup Zarin menghancurkan hatinya dengan mempermainkan cintanya. Kini sahabat baiknya pula pergi buat selamanya. Kenapa ujian sebegini yang perlu di hadapinya. Terasa dirinya amat lemah kini. Pada siapa ingin dia luahkan semua ini?

 

Tak mungkin dia ingin mencurahkan pada mak dan ayahnya mahupun ahli keluarganya yang lain. Kamalia terlalu sayangkan keluarganya. Dia tidak sanggup melihat mereka sedih. Tidak sanggup membebankan mereka dengan masalah yang dihadapnya.

 

Kamalia rungsing. Dia perlukan ketenangan. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan segala bebanan dijiwanya. Dia cuba mendail nombor Fahmi. Selain Amira, Fahmi adalah tempat Kamalia berkongsi masalah. Deringan telefon tidak berjawab. Kamalia hampa. ”Mungkin Fahmi sibuk agaknya” detik hatinya.

 

Akhirnya dia membuat keputusan untuk ke taman tasik. Dia segera menghidupkan ejin kereta dan memandu ke arah taman tasik yang selalu dikunjunginya bersama Amira.

 

Sampai sahaja dia di sana, dia mencari tempat untuk duduk. Dia membawa bersama laptopnya. Setelah menemui tempat duduk yang dirasakan agak selesa, dia segera melogin akaun facebooknya, mengharapkan ada rakan-rakan yang online untuk di ajak bersembang.

 

Hampa apabila tiada rakan-rakan rapatnya yang kelihatan online. Mungkin semua sedang sibuk bertugas. Kamalia membuka laman youtube pula, dia mencari lagu-lagu kegemarannya. Dia berharap agar dendangan lagu-lagu itu dapat mententeramkan hatinya yang sedang runsing.

 

Sambil mendengar lagu, dia teringatkan Amira semula. Perkataan yang terakhir di sebut Amira sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Irfan. “Adakah kerana Amira terlalu mencintainya atau kerana hatinya betul-betul terluka oleh lelaki itu? Mengapa Irfan tidak hadir ke pengebumian Amira? Dan mengapa telefon bimbitnya dimatikan?” Pelbagai persoalan bermain di minda Kamalia.

 

Sejak mengetahui Amira cedera dan dimasukkan ke hospital, Kamalia telah banyak kali cuba menghubungi Irfan. Tapi telefonnya asyik dimatikan. Malah disaat Amira pergi pun, Kamalia menghubungi Irfan dan juga menghantar khidmat pesanan ringkas. Namun tiada juga respon dari Irfan.

 

”Kemana Irfan pergi?” rungut Kamalia.

 

Semakin banyak yang difikirkannya semakin keliru dibuatnya. ”Jangan-jangan kejadian yang menimpa Amira itu ada kaitan dengan Irfan”, Kamalia cuba berteka-teki sendiri.

 

Sedang dia asyik memikirkan tentang Amira, tiba-tiba ada seseorang menegurnya di chat Facebooknya.

 

”Hai”

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

14 comments

  1. lah.. meniggal pula.. sedihnya…. x sabar nak tggu esok.. :)

  2. ye..kamalia nak dpt cinta baru..kiwi rasa yang bunuh mira, irfn..bukan bini irfan..umm

  3. ermmm…mesti kamalia dlm keadaan kusut…insan2 yg disyg telah pergi…but i knw kamalia strong!!

  4. kenapa laa kamalia tak ceritakan ayat terakhir amira…’irfan’ pd polis? itu klu yg memudahkan kerja polis cari suspek jenayah…ermmm

    mungkin puteri mahu buat sesuatu yg lebih suspen kot? diluar agakkan pembaca? :)

  5. irfan yang salah..jom serang irfannn..hehehe

  6. Saya sambung baca novel puteri….makin best plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top