You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 15

Cinta Ini Takdirku – Bab 15

 

Kamalia mengambil cuti seminggu untuk mencari ketenangan. Banyak perkara yang terjadi dalam hidupnya yang menghancurkan hatinya. Dia tidak mahu bebanan yang dihadapinya mengganggu prestasi kerjanya. Tidak mudah berdepan dengan klien dan melaksanakan tugasnya bila jiwanya dihimpit pelbagai masalah. Akhirnya dengan alasan ingin balik ke kampung bersama keluarga, dia dibenarkan untuk bercuti seminggu.

 

Kamalia selalunya fokus pada kerja dan jarang bercuti. Oleh yang demikian cutinya itu dengan mudah diluluskan oleh pegawainya.

 

”Puan, saya nak minta kebenaran untuk bercuti seminggu?”

 

”Kamu nak kemana Lia? Nak kahwin ke?” Puan Nora, pegawai di pejabat Lia berkerja sengaja menyakatnya.

 

”Eh, tak la puan. Saya nak balik kampung je. Lama saya tak balik ziarah atuk dan nenek. Rindu pada mereka”, Kamalia memberi alasan.

 

”Kamu pun jarang nak bercuti, pergilah balik. Cukup ke seminggu?”

 

”Cukup la Puan, lagipun minggu depan saya ada meeting dengan klien kita dari Korea, mengenai pembinaan cawangan baru kita di sana.”

 

”Oh ya, saya pula yang terlupa. Kalau begitu baiklah. Saya luluskan permohonan cuti kamu selama seminggu.”

 

”Terima kasih puan. Saya minta diri dulu ya.”

 

Kamalia bersyukur cutinya di luluskan. Dia dah buat keputusan untuk balik ke kampungnya di Johor. Ingin sahaja dia mencari ketenangan di sana. Mungkin dengan persekitaran yang berbeza dan suasana kampung yang aman dan damai mampu mententeramkan jiwanya yang sedang berkocak.

——————–

 

Kamalia sampai ke kampung halamannya hampir lewat malam. Syukurlah atuk dan nenek telah diberitahu lebih awal tentang kepulangannya. Kalau tidak tentu atuk dan nenek akan tidur awal dan dia terpaksa bermalam dalam kereta.

 

Lampu rumah atuk dan neneknya masih terpasang. Pasti mereka tengah menanti kepulangannya. Lagipun sejak kebelakangan ini Kamalia jarang dapat balik ke kampung akibat bebanan tugas yang ada kalanya agak melampau.

 

Kamalia segera mematikan ejin kereta. Dia turun dan segera memberi salam, namun tiada siapa yang menjawab salamnya.

 

”Mungkin atuk dan nenek di dapur agaknya”, fikirnya

 

Dia berjalan ke pintu depan dan mengetuk pintunya sambil memanggil atuk dan neneknya. Terdengar bunyi tapak kaki dari dalam rumah.

 

”Kejap, nenek datang ni”

 

Pintu dibuka oleh neneknya.

 

”Ha dah sampai pun cucu kesayangan nenek ni”

 

Kamalia tersenyum mendengar kata neneknya itu. Dia segera memeluk neneknya. Terasa teramat rindu pada wanita tua itu.

 

”Nenek sihat?”

 

”Dah tua-tua ni, nak kata sihat pun tak. Asyik lenguh badan je”, rungut Nek Jah

 

”Atuk mana nek? Dah tidur ke?”

 

“Atuk kamu awal lagi dah tidur. Letih katanya”

 

“Oh ye ke, maaflah nenek, lewat pula Lia sampai sini”

 

”Ish kamu ni Lia, tak perlu nak minta maaf. Nenek gembira sangat tengok kamu dah balik. Lama kamu tak datang. Eh apa masih tercegat depan pintu ni, meh masuk dalam”

 

Kamalia terus tersenyum dan segera mengikut neneknya kedalam rumah.

 

”Dah lewat ni Lia, kamu tu pun pasti penat memandu. Pergi la bersihkan badan lepas itu masuk tidur. Esok kita sembang lagi yer”

 

”Baiklah nenek, selamat malam”

 

Setelah memeluk neneknya sekali lagi, Kamalia terus ke bilik air dan membersihkan diri. Kemudian dia masuk kedalam bilik untuk merehatkan badannya. Lama juga Kamalia baring tapi matanya tidak boleh lelap. Pelbagai perkara yang difikirkannya.

 

Tiba-tiba dia teringat pada Aswad Azrul, jejaka yang menegurnya di Facebook semasa dia berada ditaman tasik meratapi pemergian Amira.

 

Saat itu, dia memang memerlukan seseorang untuk berbual dan sapaan Aswad seperti tepat pada masanya.

 

”Hye”

 

”Hye”

 

”Terima kasih yer sebab sudi menjadi kawan saya di Facebook”

 

“Sama-sama. Terima kasih kerana sudi menghantar friend request kepada saya. Tapi boleh saya tahu macam mana awak kenal saya?”

 

“Oh maaf, sebenarnya saya masih baru menggunakan Facebook ni. Akaun facebook ini pun anak buah saya yang tolong buatkan. Jadi ada kemungkinan dia yang menghantar friend request kepada awak. Maaf kalau awak tak suka.”

 

“Oh begitu, tak apa, saya tak kisah.”

 

”Jadi kalau begitu kita boleh la berkawan yer”

 

”Boleh” ringkas sahaja jawapan Kamalia.

 

”Maaf kalau saya bertanya, berapa umur Cik Kamalia?”

 

”Tak perlulah ber cik cik pula. Umur saya dalam dua puluhan. Dan kamu pula?”

 

“Saya empat puluhan”.

 

“Ohh, kalau begitu saya kena panggil awak ni abang la. Tak elok saya panggil ‘awak’. Nampak sangat saya tak hormat.

 

“Saya tak kisah. Oleh sebab awak panggil saya abang, izinkan saya memanggil awak adik…boleh?”

 

“Boleh abang. Adik tak kisah’

 

Kamalia tersenyum. Walaupun dia baru berkenalan dengan pemilik nama Aswad Azrul namun dia mula rasa selesa nak berchatting dengannya. Mereka berchatting tentang diri masing-masing. Dengan jujurnya Aswad memberitahu yang dia dah pun berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

 

“Adik dah berpunya ke belum?’”

 

Soalan Aswad membuatnya tersentak. Tiba-tiba hatinya sebak.

 

“Hurmm” itu sahaja jawapan yang terluah namun ianya penuh persoalan.

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. soalan yang berat tuk diberi jawapan tuk saat tu~~

  2. aswad pun aswad lah..huhuh….

  3. sate permulaan yg kurg bagus bila berkenalan..hehe.. jgn la tnya dulu..nmpk sah nk cucuk jarum..

  4. ya Allahhhh…..betul ke aswad ni dah 40 an?..hehe..alaaaaa…takkan kamalia nnt jadi bini no 2..best2..tak dapat nak agak jalan citer seterusnya kak..:P

  5. Haha… Biar betul Kamalia will be the 2nd for Aswad ? Apa jd dgn Encik Zarin tu ? Haha… *Excited*

  6. dah muncul watak baru tapi sayang dah kawin dan punya 4 anak…ermm

  7. 20 vs 40 hurm….nanti 40 – 60…pastuh 60-80 -_-“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top