You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 18

Cinta Ini Takdirku – Bab 18

 

Kamalia duduk berseorangan di atas buaian yang terdapat di laman rumah neneknya. Suasana di perkampungan itu cukup mendamaikan. Udaranya yang nyaman dan kicauan burung yang bebas berterbangan amat mententeramkan jiwanya.

 

Fikirannya mula melayang memikirkan Zarin. E-mail yang diterimanya dari Zarin tempoh hari amat menghancurkan hatinya. Tak sangka Zarin sanggup menunding kesalahan padanya.

 

”B, kalau cinta sayang serapuh yang B sangkakan, tak mungkin hati sayang akan hancur sebegini B. Pilihan yang sayang buat, adalah untuk kebahagian B dan Wawa. Tapi kenapa sayang yang dipersalahkan. Hakikatnya cinta B yang rapuh. Mudahnya B berubah. Selama ini kata-kata B hanya ibarat tebu yang tertanam di pinggir bibir.” Kata-kata ini hanya bermain di minda Kamalia, namun tidak terluah pada Zarin.

 

E-mail dari Zarin itu tidak pernah dibalasnya. Email itu adalah luahan rasa marah dari Zarin. Kamalia yakin kalau dia membalas e-mail itu, ibarat dia mencurah bahan api kepada bara yang semakin hari semakin panas dan pastinya api akan lebih marak.

 

Biarlah bara itu terus menjadi bara, yang lama kelamaan akan terpadam dengan curahan kasih sayang dari Wawa. Kamalia rela di dipersalahkan Zarin. Tak guna kalau diperpanjangkan cerita. Makin banyak hati yang akan terluka nanti.

 

Demi rasa sayang yang masih wujud dihatinya untuk Zarin, Kamalia sanggup membiarkan hatinya terluka keseorangan. Dia yakin suatu hari nanti kelukaan itu pasti ada penawarnya. Doanya agar dia akan dipertemukan dengan seorang khalifah yang mampu membimbingnya dan menjadikannya seorang isteri yang solehah.

 

Tanpa disedari air matanya berlinangan. Dia segera mengesat airmatanya. Dia bertekad untuk tidak lagi mengalirkan air mata untuk lelaki yang kini bukan lagi untuknya. Namun dalam hatinya dia terus berdoa agar Zarin akan bahagia dengan pilihan hatinya.

 

Lamunannya tersentak bila telefonnya berdering. Di toleh ke skrin telefon bimbit yang ada di sisinya di atas buaian itu. Tertera nama Nia, teman serumah arwah Amira.

 

“Hello Nia”

 

“Hai Lia, Maaf kalau saya menganggu”

 

”Eh tak la, saya tengah berehat je ni. Ada apa Nia?”

 

“Begini Lia, Saya akan berpindah minggu depan. Jadi kalau boleh saya harap awak dapat datang ke sini untuk mengambil semua barangan arwah”

 

“Banyak ke barangan milik arwah?”

 

“Banyak juga Lia, lagipun awak pun tahu kan arwah tak ada ahli keluarga yang terdekat. Setahu saya hanya awak seorang sahaja yang rapat dengan arwah. Arwah Mira selalu bercerita tentang awak pada saya. Dia menyatakan awak seorang sahaja yang paling rapat dengannya malah dia dah anggap awak sebagai saudara kandungnya”

 

Sebak hati Kamalia bila bercerita tentang arwah Amira. Dah lama mereka bersahabat baik dan selalu bersama ibarat adik beradik. Mereka tak pernah berpisah. Mereka berjauhan pun cuma sekali je, itupun ketika arwah Amira ke Amerika kerana menyambung pelajarannya selama setahun. Walaupun jauh mereka selalu berhubung melalui e-mail dan panggilan telefon. Setahu Kamalia tidak pernah ada rahsia di antara mereka berdua.

 

Tapi kini Amira dah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Dia amat merasakan kehilangan Amira. Airmata Kamalia berlinangan lagi.

 

”Hello Lia, awak ok ke?”, Nia bertanya apabila mendapati Kamalia menyepi sahaja di hujung talian.

 

”Hah? Oh errr saya ok. Macam inilah Nia, sekarang ini saya di kampung. Lusa saya akan balik dan saya akan terus singgah sana yer”

 

”Ha elok la tu Lia, sebelum awak nak datang sini, awak telefon saya dulu yer. Takut saya tak ada pula kat rumah nanti.”

 

”Baiklah Nia. Nanti saya akan telefon awak.”

 

Telefon dimatikan.Kamalia kembali mengelamun. Mengharapkan esok akan ada satu sinar baru untuk dirinya.

 

jangan lupa klik pada penaja : PETRONAS

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

12 comments

  1. owh.. semakin sedih skg ni.. tapi apa-apa pun penaja dah di terjah..says!..haha

  2. ha’a dear…fyna da guna yg lain da,,senang… ;)

  3. memang kawan sejati laa kamalia nih…walau amira dh tiada kamalia tetap pikul tanggungjawab lagi… :)

  4. lia nnt mesti jumpa bkti2 irfan nk bunuh mira…:P

  5. tapi penjenayah masih bebas ddan menjadi tanda tanya…ermmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top