You are here: Home / E-Novel / Cinta Ini Takdirku – Bab 20

Cinta Ini Takdirku – Bab 20

 

 

”Lia, ni semua barangan arwah. Aku pun tak tahu nak buat apa dengan barang ni semua. Memandangkan Amira tiada keluarga, aku rasa lebih elok kau sahaja yang buat keputusan tentang semua barangan ini. Biar aku ke dapur dan buat air dulu”

 

”Sebenarnya Nia, aku pun tak tahu nak buat apa dengan barangan arwah. Aku tak sanggup nak bawa balik kesemuanya. Setiap kali memandangnya nanti, pasti aku akan sayu terkenangkan arwah. Mungkin barang-barang arwah, aku akan sedekahkan pada mereka yang memerlukan. Aku yakin Mira akan setuju dengan keputusan aku kalau dia masih hidup.”

 

”Terpulang pada awak la Lia, kalau perlukan apa-apa bantuan nanti, just let me know”

 

Nia meninggalkan Kamalia berseorangan dalam bilik Amira. Kamalia memandang sekeliling bilik itu. Ada sebuah katil bujang yang bercadar putih bercorak bunga ros kuning, sebuah almari pakaian, sebuah meja solek dan sebuah meja tulis.

 

Kamalia menghampiri meja tulis tersebut, di ambilnya sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja. Gambar arwah sedang memotong kek bersama Irfan di sisi. Jelas terpamer kebahagiaan di wajah arwah.

 

Bingkai tersebut diletakkannya kembali di atas meja. Dia menoleh kepada laptop milik Amira pula. Dibukanya laptop itu. Namun wallpaper pada skrin laptop tu membuat Kamalia tertanya-tanya. ”Siapakah bayi yang didukung Amira itu? Anak siapakah itu?”

 

Buntu fikirannya buat masa ini. Segera dia menutupkan laptop itu dan memeriksa laci meja pula. Banyak fail-fail yang kemas tersusun. ”Fail kerja agaknya”, fikir Kamalia. Diletakkan kembali fail-fail tersebut di dalam laci.

 

Kamalia berjalan pula pada almari pakaian Amira. Dibukanya almari itu, penuh dengan baju-baju Amira. Mata Kamalia tertarik pada sesuatu yang tergantung di antara baju-baju Amira. Sepasang pakaian bayi yang berwarna biru muda.

 

Kamalia semakin keliru. ”Tadi gambar bayi, yang ni pula baju bayi. Rahsia apa yang diselindungkan Amira ni?”

 

Dia terus membuka sebuah laci yang terdapat di dalam almari tersebut. Ada sebuah album gambar di dalamnya. Kamalia mengeluarkan album tersebut. Dia segera ke katil dan duduk di situ. Album gambar itu dibukanya. Gambar Amira sedang mendukung seorang bayi, gambar yang sama seperti di skrin laptopnya tadi. Di beleknya gambar-gambar yang terdapat dalam album tersebut. Semuanya gambar bayi. Yang jelas kelihatan, bayi itu semakin membesar. Gambar terakhir, seorang budak lelaki yang sedang meniup sebatang lilin di atas sebuah kek.

 

“Apa kaitan bayi ini dengan Amira? Adakah ini anak Amira? Kalau betul ini anak Mira, di mana dia sekarang?”

 

Pelbagai persoalan mula timbul di minda Kamalia. Dia harus mencari jawapan pada semua persoalannya itu. ”Tapi di mana pula dia nak cari jawapan? Nak bertanya pada siapa? Amira pun dah pergi buat selamanya?” Buntu Kamalia dibuatnya.

 

Terdengar ketukkan di pintu bilik, Kamalia segera membukanya. Nia sedang berdiri diluar dengan dulang yang berisi segelas air dan sepiring kuih cucur udang.

 

Kamalia menyambut dulang tersebut. “Buat susah-susah jelah awak ni Nia”

 

“Eh tak apalah Lia, awak pun pasti lapar kan berjalan jauh tadi. Awak minum la dan jamah kuih tu dulu. Maaflah itu je yang ada. Ni pun aku beli kat gerai seberang jalan tu. Sejak arwah tak ada, aku tak ada mood lagi nak masak kat rumah ini” sayu je kata-kata Nia tu.

 

”Ni pun dah cukup Nia, terima kasih yer.”

 

”Sama-sama. Ok la Lia awak teruskan la memeriksa barangan Mira, saya nak gi mandi dulu.”

 

”Ermm, baiklah Nia. Oh ya, ada sesuatu saya nak tanya awak ni”

 

”Apa dia Lia?”

 

”Amira pernah cerita apa-apa pada awak tentang seorang bayi?”

 

”Hah bayi?”

 

Lepas baca jangan pula lupa klik pada penaja:  ORANGES & MAS

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

10 comments

  1. hah..bayi.. suspen gua dibuatnya… anak amira ke.. eh x sabar nak tau.. :)

  2. haha..tgh sabar lah ni.. er.. npa er komen luv ko x kuar entry gua kat sini?..

  3. wahhhh…kisah amira belum lagi berakhir….malah makin suspen. byk rahsia yg akan terbongkar nanti… :)

  4. hajatnya nak baca gak,tapi terpaksa mengalah,sebab tidak dilahirkan sebagai pembaca novel..haha

  5. ummm. mira ada anak?????????????????….bertambah suspen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top