You are here: Home / E-Novel / Cinta Ini Takdirku – Bab 21

Cinta Ini Takdirku – Bab 21

 

Aswad merenung laptopnya. Dah beberapa hari Kamalia tidak kelihatan online. Adakah gadis itu sibuk atau sengaja ingin mengelak dari berchatting dengannya. Sedangkan sebelum ini, setiap hari dia boleh melihat gadis itu seringkali online.

 

Aswad masih ingat lagi kata-kata Kamalia, ”Abg boleh chat dengan adik bila-bila saje sebab adik memang selalu online.”

 

Tapi kini dah beberapa hari dia tidak dapat berchatting dengan Kamalia. “Eh kenapa aku ni asyik nak chat dengan dia? Sejak bila aku suka berchatting ni? Buang tebiat ke aku ni?” Aswad menyoal dirinya.

 

“Jangan-jangan aku ni dah..hurmmm” Tak sanggup dia nak menafsirkan apa yang tersirat dalam hatinya saat ini. Telah dia cuba untuk membuang jauh perasaan itu, namun makin dia cuba melenyapkannya semakin kuat perasaan itu datang menggetuk pintu hatinya.

 

“Maafkan abang yer adik, tidak terniat di hati abang untuk mempunyai perasaan sebegini terhadap adik. Tapi perasaan ini muncul tanpa abang sedari. Abang cuba padamkan perasaan ini. Abang sedar abang suami orang dan juga seorang ayah namun abang..hurmmm.” Terasa ingin dia meluahkan semua itu pada Kamalia, biar gadis itu mengerti apa yang dirasainya. Namun Aswad cuba bersikap rasional. ”Kalau aku cakap dengan dia camtu, tak pasal-pasal dia ingat aku ni something wrong. Baru je kenal dah angau. Hurmm apa kes dah aku ni?” Aswad mengaru kepalanya yang ternyata tidak gatal.

 

Di capainya telefon bimbitnya. Di carinya nombor telefon Kamalia. Syukurlah mereka pernah menukar nombor telefon beberapa hari yang lepas. Ingin sahaja Aswad menekan butang call tapi terasa berat hati je. Akhirnya telefon bimbit di letakkan semula di atas mejanya.

 

——————————————————————————-

 

Kamalia masih di bilik Amira. Dia yakin dia mampu untuk mencari jawapan pada semua persoalan yang sedang bermain di mindanya. Laci meja tulis dibukanya sekali lagi. Di keluarkan semua fail yang terdapat didalamnya. Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh ke lantai. Kamalia segera mencapainya.

 

Rupanya ia adalah sepucuk sampul surat. Sampul surat itu berwarna biru dan tertera nama Kamalia diluarnya. Terkejut Kamalia melihat namanya tertulis di luar sampul surat itu.

 

Tanpa berlengah, dia segera membukanya. Dia mengeluarkan dua helai kertas yang terlipat kemas. Dengan tangan yang terketar-ketar, Kamalia membaca surat itu.

 

Salam Lia,

Di saat surat ini berada dalam genggaman tangan kau, aku yakin aku telah tiada lagi. Biarlah surat ini sahaja menjadi pengganti untuk aku menceritakan semuanya pada kau. Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih sebab selama hidup aku kau seorang sahaja yang menjadi sahabat baikku. Malah aku dah anggap kau macam saudara kandung aku sendiri. Terima kasih kerana sentiasa sabar melayan kerenah ku yang sangat keras kepala. Masih ingat lagi kau pernah cakap yang batu pun tak sekeras kepala aku..hehehe

 

Lia, selama ini kita berkongsi segala suka dan duka, segala tawa dan airmata. Kau menjadi tempat aku menceritakan segala rahsia dan begitu juga sebaliknya. Namun masih ada satu rahsia yang aku tak pernah ceritakan pada sesiapa termasuk engkau. Maafkan aku Lia. Tidak terniat di hati ini untuk berahsia dari engkau namun aku terpaksa.

 

Tapi dalam surat ini aku akan ceritakan semuanya. Aku perlukan kau Lia dan aku yakin kau seorang sahaja yang boleh membantu aku. Mungkin kau sedang tertanya-tanya kenapa baru sekarang aku nak menceritakan semuanya. Entah la Lia, sejak kebelakangan ini, aku rasa ada orang yang sering memerhatikan aku dan sering mengekori ku. Dah banyak sms dan panggilan ugutan yang aku terima.

 

Hati aku semakin tak tenteram Lia, terasa seperti aku akan pergi jua nanti. Aku dah dapat rasakan hidup aku tak lama lagi di dunia ini. Tapi aku perlukan bantuan kau untuk melindungi Irfan.

 

Kau mungkin terkejut kan mendengar aku menyebut nama Irfan. Aku bukannya mahu kau melindungi Irfan kekasih aku, tetapi aku mahu kau melindungi Irfan Abdullah atau aku hanya memanggilnya sebagai boboy. Boboy anak kandung aku. Aku melahirkannya sewaktu aku membawa diri ke luar negara untuk setahun. Aku pergi sebenarnya bukan untuk belajar tapi aku pergi sebab perut aku dah ada nyawa di dalamnya.

 

Irfan meminta aku menggugurkan kandungan itu tapi aku tak sanggup. Cukupla segala dosa yang aku lakukan bersamanya. Aku tak sanggup nak menjadi pembunuh anak ku sendiri. Sebab itu aku bawa diri ke luar negara, dengan alasan aku nak sambung pelajaran aku. Tapi sebenarnya aku ke sana untuk menyelamatkan nyawa dalam perutku.

 

Selepas 7 bulan aku di sana, aku lahirkan boboy dengan selamatnya. Syukurla aku ada seorang kawan bernama Sara di sana dan dia banyak menolongku. Selama aku berada di sana, aku menumpang kat rumahnya. Setelah Boboy berusia dua bulan, aku kembali ke Malaysia. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku saat aku terpaksa meninggalkan boboy bersama Sara.

 

Irfan tak tahu yang dia ada anak, sebab itu aku tak boleh membawa boboy pulang ke Malaysia. Aku tak nak boboy menjadi mangsa keadaan. Anak itu tak berdosa Lia. Yang berdosanya adalah aku dan Irfan. Tapi aku dah nekad, untuk menyelesaikan semuanya dengan Irfan dan saat itu barulah aku akan bawa boboy kembali ke Malaysia.

Tapi ….

 

Kamalia terpaksa berhenti membaca surat itu apabila telefon bimbitnya berdering.

 

 

Seperti biasa, jangan lupa klik pada penaja selepas membaca : PETRONAS & WWF

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

12 comments

  1. uhh 3 hari tk dpt baca cite ni..awk tulisla pnjg sikit..suka ehhh buat suspen…kamalia shouldnt give her phone no…dia suami org..even though nk kwn je..nnti kena serang..haha

    • saya ni memang suka buat suspen..hehehe. nape 3 hari tak dpt baca? awk cuti thn baru cina ke? hehe

      ok2 nanti saya sampaikan pada kamalia…hahahaha :P

  2. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..aswad ni kacau laaa..org dok syok3 baca ni!!!

  3. ish.. ada lg tapi2.. pejam je tpon tu..hehe.. boboy skg dah besar kot.. :)

  4. ooo….nama irfan yg disebut amira sblm menghembus nafas terakhir rupa2nya irfan anak dia…..ermmm …

    pandai laa puteri kembangkn cerita jadi lebih menarik dan sukar diduga jln ceritanya oleh pembaca :)
    :)
    :)
    :)
    senyum bertingkat laa

  5. awak..gua tiap ari lepas baca novel gua klik sponsor tu..awak jgn lupa klik sponsor gua juga ye..hahahaha…

  6. a’ah masih ingat..walau dah masuk bab yg ke-21… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top