You are here: Home > Sunday Special > Sunday Special #2

Sunday Special #2

 

Happy Sunday korang :)

 

Rasa macam baru je puteri buat entri sunday special, ni dah masuk minggu kedua pula. Cepat benar masa berlalu. Pastinya dalam seminggu ada pelbagai kisah untuk dijadikan kenangan dan juga dijadikan topik untuk entri ini.

 

1) FIBOX
Kalau sebelum ini puteri ada meletakkan dua kotak shout di blog puteri iaitu cbox dan fibox namun beberapa hari yang lepas puteri terpaksa membuang fibox tu atas sebab-sebab tertentu. Rasanya sesiapa yang menggunakan fibox dan yang tengah blogwalking pada beberapa hari yang lepas pasti perasankan sesuatu. Semua URL yang ditinggalkan di kotak fibox tu bila dijejak balik akan keluar iklan ad.fly. Tak tahu sama ada fibox di hack atau ada sebab yang lain. Jadi buat sementara waktu ni blog puteri kasih kekal dengan satu shout sahaja iaitu CBOX

 

2)SUPRISE BIRTHDAY
Hari isnin (9/1/12) adalah harijadi nenek kesayangan puteri yang ke 84. Terima kasih pada korang semua yang wish dan juga yang mendoakan kesihatan nenek puteri.  Syukurlah nenek dah sihat sikit. Anyway masa birthday nenek tu, sempat la juga buat surprise untuk dia. Belikan kek, bunga dan KFC. Tak dilupakan coklat juga. Sekarang baru puteri tau kenapa puteri ni gilakan coklat, sebab nenek pun gila makan coklat…hehehe. Walaupun masa tu nenek tak sihat tapi nampak juga dia tersenyum bila kitorang sambut birthday dia.

 

3) Wayang
Puteri suka tengok wayang tapi biasanya suka layan cerita hantu je. Anyway dua hari lepas, adik sepupu ajak tengok Sherlock Holmes. Time tu puteri pun tengah free, so apa lagi temankan la dia je. Lama juga tak keluar ngan dia sebab masing-masing sibuk. Sesekali dapat berjumpa memang best.  Sebut tentang wayang, sekarang ni ada dua cerita seram tengah ditayangkan di pawangam (Sesuatu Yang Tertinggal & Keramat). Tak tahu nak tengok yang mana satu. Ikutkan hati nak tengok dua-dua. Harap dalam minggu ni dapat la gi tengok. Ada sesiapa yang dah tengok? Nak tahu best ke tak.

 

4)Churp churp dan Says.My
Dalam bulan disember, hampir 3 minggu puteri tak berblog dan juga tak berblogwalking. Bila tahun baru menjelma, puteri pun dengan semangat yang baru, kembali berblog dan dengan rajinnya berblogwalking semula namun ada  sesuatu yang buat puteri hilang mood. Ada beberapa blog yang saja nak cari income lebih, bila klik je kat shoutbox, mak aih berderet page baru yang buka, semuanya iklan churp churp dan says. Tak salah nak cari income tapi bukan dengan cara itu. Orang singgah blog dengan niat yang baik tolonglah jangan la rosakkan mood orang lain yang sedang asyik berblogwalking. Dah la lappy puteri ni uzur, asyik hang memanjang. Bila keluar je iklan camtu, makin teruk la jadinya. Sian puteri ni tau :(

 

5) SEGMEN
Seperti yang puteri beritahu di entri semalam, puteri nak adakan segmen baru di blog puterikasih ni. Kalau tiada halangan minggu akan datang ni puteri akan lancarkan. Segmen ni tak memerlukan korang buat entri. Cuma korang kena rajin berkongsi pendapat je untuk topik-topik yang akan puteri kemukakan nanti. Jadi di sini puteri nak tahu ada sesiapa yang suka bagi pendapat tak? Kalau ada yang suka bab-bab berkongsi pendapat ni silalah beritahu puteri. Nanti korang akan menjadi antara orang yang terawal di pilih untuk segmen puteri nanti :)

 

Ok lah korang, dah panjang dah puteri menaip. Letih dah jari ini. Lepas ni nak taip novel plak lagi. So see you guys later

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

20 comments

  1. spcial lah tu spcial la tu..hehe.. spcial yg no 4 tu gua dah hentam kira2 2 blog yg 1 ok lepas tu blogger tu dah bukak tp yang 1 lg ni degil..dia kata kita sama saja..apa yg sama ko maen tipu aku x tipu.. n x jawab lagi.. ingat2 nick name dia slalu guna firdaus… tapi x semestinya la.. sbb bnyak yang guna nick firdaus ni kan..

    mmm… segmen lain dari yg lain ni,,hehe.. gua ok je…. :)

    • puteri rasa macam kenal je siapa yg Jr maksudkan tu, sebab puteri pun pernah kena kat blog orang tu. Tapi semalam puteri balas jejak ke blog org tu..dah takde dah.
      Sekarang ni bila masuk blog orang yg chatboxnyer kena klik baru keluar, puteri fikir dua tiga klik juga nak klik ke tak…hahaha

      p/s sebab Jr kata ok..jadi wajib join segmen nanti…hehehehe :P

  2. Selamat pagi Puteri. Semoga nenek Puteri diberikan rezeki dengan kesihatan yang baik, panjang umurnya.
    Kak Amie datang ni bawa sepinggan Macaroni Goreng Sea Food untuk Puteri.

    • terima kasih Kak Amie kerana sudi mendoakan nenek puteri sihat :)

      wah sedap tu…nanti nak singgah ambil resipi…hehehe mekasih kak :)

  3. tengok sherlock holmes tak ajak.. =(

  4. satu kotak jerit pon dah memadai utk ramai2 menjerit di dalamnya…

  5. Wah! banyak betul activity,saya kat Bintulu lepak2 je menunggu kerja,
    belah ptg ambil gambar sunset kalau cantik.

  6. puteri…dua2 filem…sesuatu yg tertinggal dan keramat…ayie tgok tgh hangat promosinya di tv…ermmm…solekan momoknya ayie tgok okey jugak

  7. akk. chatbox tu takde limit kan klu org shout?

  8. jari jemari yang letih tu dah hilang ke??

  9. alahai..kesianya dia…kucing puterikan banyak…suruh la dia urutkan…

  10. nasib baik dia berjalan aje..kalau berlari , susah pulak pK nak mengejarnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top