You are here: Home / E-Novel / Cinta Ini Takdirku – Bab 31

Cinta Ini Takdirku – Bab 31

 

Kamalia sedang mengemas baju-bajunya di dalam beg. Malam esok dia dan Fahmi akan pulang ke Malaysia. Dia bersyukur kerana mereka bakal membawa boboy pulang bersama mereka. Memandangkan Boboy dah rapat dengan dia dan Fahmi, Kamalia yakin mereka tidak akan mempunyai masalah sepanjang penerbangan pulang nanti.

 

Semua barangan Boboy telah siap di kemas. Hanya dua beg kecil. Boboy tidak memiliki banyak barang. Hanya beberapa helai pakaian, kereta mainnannya, beberapa buku dan juga sebuah bantal busuk.

 

Boboy memang beria-ria nak pergi bersama mereka bila dia mendapat tahu yang mereka akan menaiki kapal terbang bersama

 

Sedang Kamalia berkemas, Sara masuk menjenguknya dalam bilik.

 

”Lia dah siap mengemas?”

 

”Dah hampir siap dah ni Kak Sara”

 

”Cepatnya dua minggu ini dah berlalu kan”

 

”Tulah kak, rasa macam sekejap je kan”

 

Jelas kelihatan riak kesedihan terpamer di wajah Sara. Kamalia berasa simpati. Dia terus memengang tangan Sara.

 

”Kak Sara, saya rasa bersalah sangat pada akak. Nampak seolah saya merampas boboy dari akak.”

 

”Eh kenapa Lia cakap camtu”

 

”Sejak boboy lahir, akak yang jaga dia kan. Kalau sehari dua takpe juga kak, ni dah bertahun-tahun akak jaga dia. Saya pasti akak dah pun anggap boboy macam anak akak sendiri dan bukan mudah untuk akak menghadapi situasi perpisahan macam ni kan”

 

”Memang berat hati untuk akak lepaskan dia pergi Lia. Dialah kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah ini.Malah dialah penawar kesedihan dan keperitan hidup akak dan suami. Tetapi sejak hari pertama boboy lahir, akak dah pun menerima hakikat yang suatu hari nanti arwah Amira akan membawanya pergi jua. Boboy bukan milik akak”

 

”Tapi besar tanggungjawab akak pada boboy. Peribadi dan perwatakkan boboy hari ini adalah berkat dari didikkan dan tunjuk ajar akak. Akak berjaya dalam mendidik boboy menjadi seorang kanak-kanak yang cerdik dan penyayang.”

 

“Ikutkan hati memang berat untuk akak lepaskan dia. Boboy telah akak anggap macam anak kandung akak. Tapi akak tak mampu nak membesarkannya. Lia pun tahu kan hidup akak ni macam mana. Selalu kesempitan wang. Sebagai seorang kanak-kanak yang sedang membesar, boboy perlukan satu kehidupan yang lebih sempurna. Dan sekarang ini tiba giliran Lia pula untuk mengambil tanggungjawab ini.”

 

”Akak, saya harap sangat saya dapat menjadi secekal akak dalam mendidik boboy.”

 

”Akak yakin Lia mampu melaksanakan permintaan arwah dengan baik sekali. Sekarang ni pun akak tengok boboy pun dah rapat dengan Lia. Sejuk hati akak. Sekurang-kurangnya akak tahu boboy akan selamat dan bahagia bersama Lia”

 

”Terima kasih atas segalanya yer kak.”

 

”Sama-sama Lia. Bila nak kahwin nanti jangan lupa hantar kad jemputan kat akak”

 

”Dengan siapa saya nak kahwin?”

 

“Fahmi”

 

“Eh akak ni, kesitu lak perginya”

 

”Betulah la apa akak cakap ni”

 

”Tak ada betulnya kak, saya dan Fahmi hanya berkawan baik. Jadi akak tak perlu la mengharapkan kad jemputan perkahwinan kami. Nanti kecewa pulak akak”

 

”Tiada peraturan yang mengatakan kawan baik tak boleh berkahwin kan”

 

”Itu saya tahu kak, tetapi memang antara kami tak ada apa-apa. Lagipun Fahmi dah bertunang dengan orang lain”

 

“Lia, sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai. Mungkin Lia rasa Fahmi bukan milik Lia saat ini tapi esok lusa, mungkin dia akan menjadi milik Lia untuk selamanya. Jodoh kita semuanya telah tertulis.”

 

”Lia tahu kak, tapi..”

 

”Tak ada tapi-tapi. Ingat Lia, sekarang ni Lia bukan lagi seorang anak dara yang penuh dengan kebebasan. Lia telah pun menjadi seorang ibu tunggal. Bukan mudah untuk membesarkan seorang anak tanpa sokongan seorang lelaki. Boboy perlukan seorang ayah. Dan akak yakin Fahmi mampu menjadi ayah terbaik untuknya. Lagipun akak tengok Fahmi tu memang sukakan Lia. Akak suka sangat tengok korang bersama. Memang sweet couple like a match made in heaven”

 

”Akak ni ada-ada jelah. Suka usik saya yer”

 

”Lia dan Fahmi, akak dah anggap macam adik sendiri. Lepas ni akak akan rindu korang berdua dan of course I will miss my darling boy. Janji dengan akak, take very good care of him.”

 

“I promise kak. Dan kalau ada rezeki nanti saya dan boboy akan datang melawat akak lagi”

 

“Boleh tak kalau akak nak korang bertiga yang datang?”

 

“Akak ni, suka sangat sakat saya eh”

 

”Hahaha, ok lah akak nak ke dapur dulu. Nak sediakan makanan untuk malam nanti”

 

”Akak, terima kasih sekali lagi yer. Thanks for everything”

 

Kamalia dan Sara berpelukkan. Walaupun baru dua minggu tetapi Kamalia rasa begitu selesa dengan Sara yang telah dianggap sebagai kakaknya sendiri.

 

—————————————————

 

Fahmi sedang duduk di laman rumah Sara. Jauh dia termenung. Semasa dia lalu depan bilik Kamalia tadi, dia terdengar Sara meminta Kamalia menghantar kad jemputan perkahwinan. Dia betul-betul tak sangka yang Kamalia telah pun menemui pasangan hidup. Patutlah dah beberapa kali dia melihat Kamalia bergayut agak lama di telefon. Pernah sekali dua dia terdengar Kamalia memanggil pemanggil tu dengan gelaran abang.

 

”Tetapi kenapa Lia tak pernah beritahu aku yang dia nak berkahwin? Kenapa dia berahsia dari aku? ” mula timbul pelbagai persoalan di minda Fahmi.

 

”Jauh mengelamun, teringatkan buah hati ke?”

 

Fahmi menoleh ke belakang. Ternampak Kamalia sedang senyum memandangnya.

 

Klik Pada Iklan Selepas Membaca : WWF &  PETRONAS

 

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. batul ape kata kak sara tu.. :)..**menyokong disini..haha

  2. ishhh. tolonglah jangan salah paham fahmi..lia suka kat awk la. rasa nak tolong gtau je

  3. nk lia dgn fahmi jugak.. huhu..

    saspens la sebab xtau hero cerita ni sape.. hehe

  4. aah.. sebab kalau bace novel mmg dah sedia sinopsis novel kt blkg.. hehe

  5. kalau tak pun bace novel boleh selak page terakhir tu kalau nk tau sgt.. haha!

  6. tak baik kamalia jadi penyebab fahmi putus tunang…ermm

    dari jadi pemutus tunangan org lebih baik jadi isteri kedua..sekurang2 hal itu di benarkan.

    jadi perampas tunang org berdosa.

    • jadi pemusnah rumahtangga org pun satu dosa kan…ermmm

      di pihak lelaki nampak mudah kalau seseorang wanita itu menjadi isteri kedua…tapi kita perlu juga fikirkan perasaan isteri pertama tu

      lagipun cerita ini masih jauh perjalanannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top