You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 37

Cinta Ini Takdirku – Bab 37

 

Dah hampir sebulan Aswad berulang alik dari Terengganu ke Seremban. Maksudnya dah hampir sebulan Kamalia masih berada dalam keadaan koma. Selain ahli keluarga Kamalia, Aswad juga sering menjadi penunggu setia di sisi katil Kamalia.

 

Setiap kali dia berdoa agar Kamalia membuka mata semula. Ingin sekali dia melihat gadis itu sembuh. Banyak perkara yang ingin diluahkan pada gadis itu. Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan banyak perkara juga yang perlu di selesaikan.

 

Seperti telah menjadi rutin wajib buatnya. Hari ini Aswad menemani Kamalia lagi. Di renungnya muka gadis itu mengharapkan gadis itu akan sedar dan bercakap dengannya. Dia rindukan suara Kamalia.

 

Tiba-tiba Aswad rasa seperti dia ternampak jari-jari Kamalia bergerak tadi. “Aku ni mimpi ke apa?” Di gosok-gosok matanya untuk mendapatkan kepastian. Di pandangnya muka Kamalia, ya memang betul apa yang dilihatnya tadi. Badan Kamalia seakan bergerak sedikit, maksudnya mugkin Kamalia akan sedar.

 

Aswad segera mencari jururawat yang bertugas untuk memberitahu mengenai Kamalia. Jururawat tersebut segera memanggil doktor. Aswad di minta untuk menunggu sahaja di luar sementara doktor membuat pemeriksaan ke atas Kamalia.

 

Sementara menunggu di luar, Aswad menghubungi keluarga Kamalia untuk memberitahu tentang perkembangan Kamalia.

 

Rasa seperti masa bergerak terlalu perlahan sekali. Aswad tak sabar menunggu doktor selesai memeriksa Kamalia. Selepas hampir 20 minit akhirnya doktor itu keluar juga. Aswad segera mendapatkan doktor itu untuk mengetahui perkembangan Kamalia.

 

“Doc, macam mana Kamalia sekarang?”

 

“Syukur dia dah sedar. Cuma keadaannya masih lemah dan masih perlu berada di bawah pemerhatian selama 24 jam.”

 

“Maksudnya?”

 

“Kalau selepas 24 jam, keadaan pesakit dah stabil, dia akan dipindahkan ke wad biasa”

 

Aswad menadah tangan dan berdoa tanda bersyukurnya doanya dimakbulkan.

 

“Boleh saya jumpa dia Doc?”

 

“Boleh tapi jangan paksa pesakit untuk banyak bercakap. Biarkan dia berehat.”

 

“Terima kasih doc”

 

Aswad berjalan semula ke unit rawatan rapi itu. Hatinya berdebar-debar. Dah sebulan dia keluar masuk bilik itu dan dah sebulan juga dia mengharapkan Kamalia akan sedar. Tapi kini bila doanya telah di makbulkan, hatinya pula yang berdebar-debar.

 

“Apa yang aku nak cakap pada dia? Macamana aku nak mulakan bicara?”

 

Dari jauh kelihatan Kamalia masih terbaring. Aswad menghampiri katil gadis itu. Jelas kelihatan gadis itu agak lemah, matanya pun seakan tertutup, tetapi bibir gadis itu sedang bergerak-gerak seperti sedang menyebut sesuatu.

 

Aswad membongkokkan badannya dan mendekatkan telinganya  ke bibir Kamalia untuk mendengar dengan lebih jelas.

 

“Mi”

 

Percakapan Kamalia tidak jelas. Aswad hanya dapat menangkap perkataan Mi. “Mi? siapa Mi? Apa yang mi nyer?” mula wujud pelbagai soalan di mindanya.

 

“Lia, ni abang ni. Lia dengar kan. Lia nak apa? Lia lapar ke?’

 

Sekali lagi kelihatan seperti Kamalia ingin menyatakan sesuatu.

 

Aswad cuba memasang telinga sekali lagi.

 

Kali ini kata-kata Kamalia lebih jelas. Aswad dapat mendengar dengan teliti apa yang cuba dikatakan Kamalia. Tak sempat Aswad membuka mulut, mak dan ayah Kamalia menghampirinya.

 

“Macam mana keadaan Lia, Aswad. Doktor cakap apa?”

 

Aswad menerangkan pada mak dan ayah Kamalia tentang keadaan Kamalia seperti yang diberitahu oleh doktor tadi. Kemudian Aswad meminta diri untuk keluar dan membiarkan mereka untuk bersama Kamalia.

 

Aswad yakin sebagai ibu bapa Kamalia, mereka pasti bersyukur dan gembira anak mereka telah sedar dari koma.

 

Aswad sendiri bersyukur. Selama ini memang itu yang dia harapkan. Mengharapkan Kamalia akan kembali sihat dan ceria seperti dulu. Baru sebentar tadi hatinya bersorak riang, Kamalia dah sedar tapi kini kenapa hatinya tiba-tiba terasa seperti retak seribu.

 

Kata-kata Kamalia tadi seakan belati tajam yang begitu menghiris hatinya. Aswad melangkah keluar dari unit rawatan rapi itu. Buat masa ini dia perlukan masa seketika untuk mententeramkan hatinya.

 

———————————————————————-

 

Fahmi kecewa dengan sikap Yasmin. Semakin hari kata-kata Yasmin semakin menyakitkan hatinya. Telah dia cuba bersabar dengan tunangnya itu. Telah dia cuba memberi peluang namun semuanya di sia-siakan Yasmin. Makin diberi muka, makin menjadi-jadi Si Yasmin tu, ditambahkan dengan sokongan dari mak Fahmi, makin besar kepala Yasmin tu.

 

“Ni baru tunang, dia dah layan aku macam ni. Kalau sok lusa dah kahwin nanti, makin teruk la perangai dia. Aku tak boleh biarkan dia pijak kepala aku dan kuasai pemikiran mak aku, sebagai lelaki aku kena bertindak”

 

Fahmi nekad, dia perlu bertindak cepat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

14 comments

  1. yaehhh…caiyoo fahmi..

  2. sakit2 perut ni sanggup lg online nk baca smbungan novel sis ni.. rasa tak puas pulak baca.. huhu

  3. syukur..sedar pun ko..hehhe… yeahh..betul tu fahmi..hak sebagai seorang lelaki!…

  4. masuk angin rasanya..dari pg kol 3 ptg baru mkn.. hehe.. skrg dh ok ckit..

  5. aswad tak perlu terasa sgt dgn kata2 kamalia yg baru sedar dari koma yg pjg. dia kn lelaki dewasa yg pastinya dah matang corak pemikirannya.

    yang penting ahli keluarga kamalia dh menyukai aswad..hehe3 :)

    terbaik laa puteri. :)

  6. humm. makteh tau..mesti kamalia sebut nama fahmi. tu yg sentap sgt si aswad..hehehe

  7. nk diet sgt la tu. ble dh perut masuk angin pdn muke.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top