You are here: Home / E-Novel / Cinta Ini Takdirku – Bab 38

Cinta Ini Takdirku – Bab 38

 

 

Fahmi mengemas pakaian dalam biliknya dan memasukkannya ke dalam beg. Dia dah sembuh sepenuhnya dan akan kembali semula ke rumah bujangnya di Seremban 2.

 

Peristiwa dua hari lepas masih segar bermain di ingatannya.  Setelah di fikir segala baik dan buruknya, akhirnya dia berbincang dengan ahli keluarganya untuk berjumpa dengan keluarga Yasmin untuk memutuskan pertunangan mereka. Masa itu terdetik juga dihatinya, “lebih baik putus tunang dari kahwin cerai”. Dia yakin dia tidak boleh hidup sebumbung dengan Yasmin.

 

Yasmin seorang wanita yang terlalu ego, penuh hasad dengki dan iri hati. Yasmin suka memandang rendah pada orang dan menganggap dirinya seorang sahaja yang terbaik. Malah Yasmin tidak pernah menghormatinya sebagai seorang tunang dan bakal suami. Jadi fikir Fahmi, lebih elok mereka berpisah secara baik dari asyik bertekak siang malam.

 

Pada awalnya keputusan Fahmi untuk memutuskan pertunangan itu menerima bantahan dari emak dan adik perempuan Fahmi. Cuma ayahnya sahaja yang menyokong kerana ayah Fahmi pun meluat dengan sikap bakal menantunya itu yang berlagak sebagai permaisuri di rumah mereka.

 

Emak Fahmi membantah keras dengan alasan Yasmin pasti akan berubah selepas berkahwin.Adik perempuan Fahmi pun menyokong kata-kata emaknya. Mereka berdua amat menyayangi Yasmin kerana Yasmin banyak membeli hati mereka dengan wang dan barangan berjenama. Mata mereka seakan tertutup dengan segala perbuatan Yasmin.

 

Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Fahmi telah mendapat sokongan yang hebat dari ayahnya dan adik beradik yang lain.

 

“Tak apa kalau mak kamu tak nak pergi jumpa keluarga Yasmin, biar abah sahaja yang pergi. Ikutan hati, abah memang tak nak ada menantu yang berperangai camtu. Lama-lama nanti jadi menantu hantu”

 

Semua ahli keluarga yang ada di rumah senyap sahaja. Tiada sesiapa yang berani membantah kata-kata ayah. Emak Fahmi pun membisu dan terpaksa mengikut kata suaminya.

 

Akhirnya selepas kedua belah keluarga berjumpa, pertunangan mereka putus juga. Yasmin memaki hamun Fahmi depan kesemua ahli keluarga mereka. Nama Kamalia turut di babitkan.

 

“Aku dah agak dah benda ni pasti akan jadi juga. Kau tu kan dah kena ubat guna-guna bangkai bernyawa tu. Ha elok la sekarang ni, kau dah bebas kan. Boleh lah kau gi sembah kaki bangkai tu. Entah esok lusa, kau akan melalak kat kubur dia. Masa itu kau jangan cari aku lagi. Ikutkan hati aku, aku pun tak hingin la laki cam kau ni. Ramai lagi lelaki lain yang tengah terhegeh-hegeh hendakkan aku”

 

Ikutkan hati Fahmi ingin sahaja dia menampar mulut celupar itu. Tapi memandangkan semua ahli keluarga mereka ada di sana, dia perlu menghormati mereka. Banyak hati yang perlu dia jaga. Mak dan ayah Fahmi telah mendidik anak-anak mereka agar sentiasa bersabar dan menghormati hati orang lain.

 

Fahmi hanya mendiamkan diri dan bersyukur perempuan mulut celupar itu bukan lagi bakal isterinya. Biarlah dia bujang sampai ke tua pun dia tak kisah asalkan dia dijauhkan dari mendapat isteri yang berperangai seperti itu.

 

“Mi, bila dah siap kemas tu meh turun makan.”

 

“Lagi sikit ni mak, jap lagi Mi turun”

 

Fahmi tersenyum keseorangan. Lagi sikit apanya, sehelai baju pun belum dimasukkan lagi ke dalam beg. Rupanya lama sungguh dia mengelamun mengenangkan peristiwa dua hari lepas yang kini hanya menjadi satu kenangan silam buatnya.

 

Fahmi berdoa agar tuhan mempertemukannya dengan seorang gadis yang baik, seorang gadis seperti Kamalia.

 

“Lia, agaknya macam mana keadaan lia sekarang? Dah sedar ke belum? Sihatkah dia? Bahagiakah dia?

 

Pelbagai persoalan mula terbit di minda Fahmi. Cepatnya masa berlalu, rupanya dah dua bulan sejak peristiwa tragis yang menimpa dia, Kamalia dan Boboy.

 

Rindunya Fahmi pada Boboy. “Mesti dah semakin comel budak itu”, fikir Fahmi. Dan pastinya Fahmi terlalu merindui Kamalia.

 

Fahmi nekad, bila dia kembali ke Seremban nanti, tempat yang pertama harus ditujunya adalah ke rumah Kamalia.

 

————————————————————

 

Aswad menunggu di luar bilik terapi sambil mendukung boboy.

 

“Papa, lamanya mama kat dalam tu. Boboy dah lapar la”

 

“Ala cian anak papa ni, lapar dah eh. ok jap lagi mama habis terapi, kita pergi makan sama-sama yer cayang”

 

Aswad mencium pipi boboy. Anak kecil itu cukup manja dengannya. Malah Aswad dah menganggap boboy seperti anak kandungnya. Aswad menoleh ke bilik terapi apabila mendengar pintu terbuka.

 

“Ha tu mama dah keluar” jerit boboy keriangan

 

Terlihat seorang jururawat  sedang menolak kerusi roda Kamalia. Kamalia yang kini terpaksa berkerusi roda mungkin buat sementara atau selamanya, tersenyum pada Aswad dan Boboy.

 

“Boboy turun yer, papa nak tolak mama tu”

 

“Ok papa, boboy pun nak tolong tolak mama”

 

Aswad segera menolak kerusi roda Kamalia selepas mengucapkan terima kasih kepada jururawat tadi.

 

Boboy pula terus naik atas kerusi roda itu untuk duduk di ribaan Kamalia.

 

“Kalau tak silap papa, tadi ada sorang tu gitau nak tolong tolak mama dia, tapi sekarang ni orang tu dah duduk berehat pula di atas mama dia” Aswad menyakat Boboy.

 

“Boboy jadi driver la papa, driver mana boleh duduk belakang, nanti tak boleh nak tengok kereta lalu kat depan” giliran boboy pula menyakat Aswad.

 

Kamalia dan Aswad tergelak melihat telatah boboy yang berpura-pura seperti sedang memandu kereta.

 

“Macam mana Lia, apa perkembangan terapi tadi? Aswad bertanya pada Kamalia sambil menolaknya keluar dari hospital.

 

“Kata doktor, kalau Lia rajin buat terapi, ada kemungkinan besar Lia boleh berjalan semula nanti.’

 

“Syukurlah, abang doakan semuanya selamat nanti”

 

“Terima kasih abang. Segala jasa abang, tak mungkin Lia balas. Abang terlalu baik pada Lia. Lia rasa bersalah sangat sebab seumpama Lia menyusahkan abang. Hampir setiap minggu abang kena berulang alik dari terengganu semata-mata untuk meneman Lia ke terapi.”

 

“Dah, jangan cakap macam tu. Lia tak pernah susahkan abang. Abang ikhlas nak tolong Lia. Lia tak perlu nak membalas apa-apa, cukup dengan melihat Lia kembali seperti dulu. Itulah hadiah paling bermakna untuk abang.

 

Kamalia tersenyum. Lelaki yang berada di sisinya saat ini telah banyak membantunya dan memberi semangat padanya. Bagaimana caranya untuk dia membalas semua pengorbanan lelaki itu, detik hatinya.

 

Dari jauh seseorang sedang berdiri dan memerhatikan Kamalia, Aswad dan Boboy. Kemesraan antara mereka bertiga cukup menghiris hati insan yang sedang memerhatikan mereka itu.

 

 

 

 

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. jgn Lia ni termakan budi plak lepas ni dah la.. huhu.. bagus la fahmi dah putus tunang dgn pmpuan tu.. bace je pun dah geram dh dgn perangai die..

  2. bab 1 da abis..bab ke dua pulak..haizz fahmi..tkkn tgk je..

  3. ciss.. bg kahwen percuma pun gua x hingin dgn wanita jadian tu..hahaha….

    wah..kecewa fahmi lepas mellihat kebahagian diorang tu er.. :(

  4. takut nanti yasmin buat sesuatu yg tak baik pd kamalia…yer laa org tengah baran dan sakit hati mcm tu..mcm2 dia boleh lakukan untuk puaskn hatinya.

  5. betul betul betul.. dah celupar, kurang ajar pulak tu.. huhu

  6. bagus yasmin ngn fahmi da putus. n now pg la kat lia!!. n u aswad. p balik kat bini ang!!!. grrr

  7. betul tu sis.. harap2 kita tak la jadi mcm tu.. minta2 dijauhkan.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top