You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 40

Cinta Ini Takdirku – Bab 40

 

 

 

Setelah menghantar Kamalia dan Boboy pulang ke rumah, Aswad meminta diri untuk keluar. Katanya pada Kamalia, dia ada hal yang perlu diselesaikan. Dia berjanji akan balik semula petang nanti untuk membawa Kamalia dan Boboy keluar sebelum dia pulang semula ke Terengganu malam nanti.

 

Boboy yang kepenatan terus tertidur di atas sofa di ruang tamu.  Kamalia pula mengambil peluang untuk berehat di dalam bilik. Sudah lebih sebulan Kamalia bergerak menggunakan kerusi roda. Dia kini semakin dapat membiasakan diri dan tidak perlu meminta bantuan sesiapa. Kamalia bersyukur keluarganya banyak membantu dirinya dan juga Boboy.

 

Sambil duduk di dalam bilik dan melayan lagu, Kamalia teringatkan Fahmi. “Betul ke Aswad ternampak Fahmi di hospital tadi? Kalau betul itu Fahmi, mengapa Fahmi tidak datang berjumpa ku? Dia dah bencikan aku ke? Telah dua bulan sejak kemalangan itu, Fahmi tak pernah sekali pun melawat aku. Malah tidak pernah sekalipun menghubungi aku untuk bertanyakan khabar.”

 

Kamalia mencapai telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Fahmi. Talian di sebelah sana sedang sibuk. Kamalia mencuba lagi. Namun hampa,  masih juga sibuk. “Hurm dengan siapa Fahmi sedang berbual tu? Time nak call dia time tulah dia sibuk bergayut”, rungut Kamalia.

 

Telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja. Tidak sampai lima minit, telefon Kamalia berdering. “Ha ni mesti Fahmi call aku balik.” Kamalia mencapai telefon bimbitnya dan segera menjawab tanpa melihat nama pada skrin.

 

“Amboi, orang tu dah tak sayang kita dah yer” Kamalia buat-buat merajuk.

 

“Alahai, manjanya Lia ni. Tak sampai sejam je abang pergi, Lia dah cakap abang tak sayang yer”

 

Kamalia terus membisu. Rupanya yang memanggilnya tu adalah Aswad dan bukan Fahmi. Kamalia kehilangan kata-kata untuk bercakap semula.

 

“Lia, kenapa senyap tu?”

 

“Erm Abang, Lia cuma bergurau.” Kamalia terpaksa berbohong.

 

“Abang tahu Lia cuma bergurau. Bukan abang tak kenal perangai Lia tu, suka sangat sakat abang kan”

 

Kamalia mengurut dadanya. Bersyukur Aswad tidak sedar akan kesilapannya tadi. “Nasib baik aku tak sebut nama Fahmi”, Kamalia terfikir sendiri.

 

“Ada apa abang call Lia ni? Tadi kata nak berjumpa seseorang.”

 

“Abang call ni sebab nak ajak Lia dan Boboy ke taman tasik petang ni. Nak bawa boboy dan Lia bersiar-siar. Lagipun abang ada hal penting nak bincang dengan Lia”

 

“Hal apa abang?”

 

“Abang rasa tak sesuai untuk kita bercakap hal tu di telefon. Bila dah berjumpa nanti, abang akan ceritakan yer”

 

“Baiklah abang”

 

“Abang akan datang jemput pukul lima petang yer.”

 

“Baik abang”

 

Telefon bimbit di matikan. Kamalia mula terfikir apakah hal yang penting sangat yang ingin Aswad bincangkan dengannya? Entah mengapa tiba-tiba hatinya mula berdebar-debar.

 

“Amboi, anak mak ni, jauh sangat mengelamun”

 

Rupanya emak Kamalia telah lama berdiri di pintu sambil memandang Kamalia.

 

“Boleh mak masuk?”

 

“Masuk la mak.”

 

Kamalia tersenyum memandang ibunya. Senyuman itu di balas ibunya. Ibu Kamalia masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil.

 

“Mak nak bincang sikit boleh?’

 

“Nak bincangkan apa mak? Penting je nampaknya”

 

“Mak harap Lia tak akan terasa dengan kata-kata mak nanti”

 

“Ish mak ni, Lia nak terasa apanya. Mak boleh cakap apa sahaja dengan Lia. Lia akan ikut cakap mak. Lagipun selama ini Lia tak pernah membantah cakap emak kan.”

 

“Mak tahu, Lia memang anak yang baik. Tapi apa yang mak nak bincangkan ni agak peribadi”

 

“Apa dia mak?”

 

“Mak tengok sejak kebelakangan ni Lia dan Aswad dah semakin rapat. Mak bukannya nak menghalang, cuma Lia pun tahu kan Aswad tu suami orang”

 

“Lia tahu mak, tapi isteri abang dah tahu yang abang jumpa Lia selalu. Lia pun dah beberapa kali bersembang dengan isteri abang kat telefon.”

 

“Apa hubungan Lia dan Aswad sekarang? Hanya sebagai kawan atau kekasih?’

 

“Lia dan Abang tak pernah bercinta mak. Hubungan kami cuma atas dasar persahabatan.”

 

“Maksudnya Lia tak ada perasaan langsung untuk Aswad?’

 

“Jujurnya mak, Lia sayangkan abang. Abang memang baik di mata Lia. Tapi Lia sedar status abang, dan Lia tak sanggup nak menjadi pemusnah rumah tangga abang.”

 

“Bagaimana pula dengan Aswad?”

 

“Abang tak pernah luahkan apa-apa pada Lia. Selama ni pun kami cuma berkawan biasa je mak. Tak pernah melibatkan soal hati dan perasaan.”

 

“Kalau Aswad mahu menjadikan Lia isteri yang kedua, Lia setuju?”

 

“Mak, kalau jodoh Lia dah ditakdirkan bersama abang, Lia akan terima, mak. Sebab sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, keputusan sentiasa ditanganNYA kan mak”

 

“Mak cuma tak nak Lia kecewa. Bukan mudah untuk berkongsi kasih.”

 

“Lia tahu mak. Kalau boleh Lia pun tidak mahu menjadi isteri kedua. Tapi kalau dah itu takdir Lia, Lia tak mampu nak melawannya mak.”

 

“Mak cuma tak nak tengok hidup Lia merana”

 

“Mak doakan Lia yer. Doakan Lia mendapat jodoh yang  mampu menyayangi dan menjaga Lia dan Boboy”

 

“Mak tak pernah lupa doakan Lia. Kebahagiaan Lia adalah kebahagiaan mak juga”

 

“Terima kasih mak.”

 

Kamalia memeluk ibunya. Terlalu besar pengorbanan ibu untuk dirinya. Kamalia bersyukur dia mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan prihatin pada anak-anak. Kamalia berharap dengan berkat doa dari ibunya, dia kan dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang mampu menjadi Khalifah buatnya.

 

——————————————–

 

Fahmi sedang bersiap-siap untuk keluar. baru setengah jam tadi, dia mendapat panggilan dari seorang lelaki yang bernama Aswad dan mendakwa yang dirinya adalah kawan pada Kamalia.

 

“Kenapa dia cakap kawan je, kan lagi elok cakap kekasih atau bakal suami ke apa, kan senang” Fahmi merungut seorang diri dalam bilik.

 

Sejak ternampak Kamalia dan Aswad di hospital siang tadi, perasaan cemburu telah menguasai hati Fahmi. Dia teramat cintakan gadis itu, tapi sayangnya ada orang lain yang terlebih dulu berjaya memiliki hati gadis itu.

 

“Kenapa pula tiba-tiba laki tu nak jumpa aku eh? Nak bagi warning kat aku suruh jauhkan diri dari awek dia ke apa? Ke nak bagi kad kahwin untuk menyakitkan lagi hati aku ni?” Pelbagai persoalan timbul di minda Fahmi.

 

Sejak Aswad menelefon dan mengajak berjumpa tadi untuk membincangkan sesuatu yang penting, hati Fahmi di ulit resah. Kalau ikutkan hati, memang berat rasa hati Fahmi untuk berjumpa lelaki itu tapi kerana perkara itu melibatkan Kamalia, insan yang paling dicintainya, maka Fahmi terus bersetuju untuk berjumpa walapun fahmi sedar yang hatinya bakal terluka lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

15 comments

  1. uwaaaaa…
    tak sabar nk tunggu esokkkk..

  2. ermm..mak kamalia macam tak restu perhubungan kamalia dgn aswad.

    tapi tak apa ayah kamalia suka dgn aswad kan…? hehe :)

  3. tak terasa e-novel CINTA INI TAKDIRKU dah masuk episod ke-40… tahniah puteri
    :)
    :)
    :)

  4. wahhh…thank you wahai peminat setia e-novel puteri :P

  5. mcm tau2 je apa yg nak disampaikan aswad tu ke fahmi..huhu.. tp biar lah rahsia..hahaha.. er..esok jgn problem lg tau..tengok kalo bukan time tu memang susah nak luangkan masa nak baca..skg ni pun dah jam 10.34 malam..huhuhu..

  6. yeeeee…aswad msti nak satukan fahmi ngan liaaa.yeayyy

  7. makin lama makin best la cerita ni sis.. huhu.. dan makin complicated.. hehe

  8. pnjg lagi ke cerita ni sis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top