You are here: Home / E-Novel / Cinta Ini Takdirku – Bab 43

Cinta Ini Takdirku – Bab 43

 

Aswad mematikan telefon bimbitnya. Jelas terpamer senyuman di wajahnya. Akhirnya Fahmi telah pun membuat keputusan seperti yang diharapkannya. Aswad terasa seperti ingin melonjak kegembiraan. Dia yakin apa yang bakal dilakukannya adalah yang terbaik untuk semua. Terutamanya untuk gadis yang di sayanginya.

Aswad kembali menghadap tugasnya di pejabat. Aswad melogin masuk ke dalam akaun emailnya. Dia perlu menghantar beberapa email kepada klien-kliennya. Tiba-tiba matanya tertarik kepada satu e-mail yang datangnya dari Kamalia. Tanpa melengahkan masa, Aswad segera membuka dan membaca isi kandungan e-mail tersebut.

Aswad terharu membaca warkah Kamalia. Luahan ikhlas dari Kamalia itu betul-betul menyentuh hati lelakinya. Tanpa berfikir panjang, Aswad segera membalas e-mail tersebut.

Kehadapan Lia yang abang sayang,

Sebelum abang memulakan bicara, terlebih dahulu abang ingin menyusun jari meminta ampun dan maaf andainya sepanjang persahabatan kita, abang ada melukai hati Lia.

Seperti Lia juga, di hati abang turut wujud rasa sayang buat Lia. Terima kasih kerana Lia sudi memahami status abang dan menerima abang seadanya.

Betul seperti kata Lia, andai tertulis sesuatu takdir, siapalah kita untuk menghalangnya. Seperti Lia, abang juga redha dengan segalanya.

Terima kasih kerana Lia bersetuju menerima rombongan merisik. Abang harap semoga segalanya berjalan dengan lancar dan kebahagian yang diingini berjaya dimiliki.

Selesai menghantar email itu kepada Kamalia, Aswad mula bermonolog sendirian. ” Maafkan abang Lia, seadainya semua perbuatan abang ini bakal melukakan hati Lia. Abang cuma mengutamakan kebahagian Lia, dan kebahagiaan itu abang nak kongsi bersama.

Aswad segera mencapai telefon bimbitnya. Dia segera mendail nombor telefon rumahnya. Dia perlu bercakap dengan isterinya. Dia tidak boleh membelakangkan isterinya dalam hal penting seperti ini. Lagipun dia ingin isterinya turut sama dalam rombongan merisik itu. Dan dia berharap isterinya akan bersama untuk membantu hal perkahwinan nanti.

“Maafkan abang Intan. Mungkin permintaan abang ni terlalu berat untuk kamu laksanakan. Namun abang berharap Intan akan sanggup melakukannya demi kebahagiaan kita bersama” Aswad terlalu mengharap pengertian isterinya.

————————————————————————-

Kamalia duduk dilaman rumah sambil memegang surat khabar di tangannya. Dia tersenyum melihat telatah Boboy yang sedang bermain basikal berseorangan di laman rumah itu.

Boboy terperasankan Kamalia sedang memandang dan tersenyum kearahnya, Dia segera melambai tangan ke arah Kamalia. Kemudian Boboy turun dari basikal dan berlari anak menghampiri Kamalia.

“Mama Lia, jom la main basikal dengan boboy”

“Mama Lia tak boleh sayang. Kaki Mama Lia masih belum sembuh.”

“Boboy bosan la main sorang-sorang mama. Kalau ada Papa Aswad atau Papa Fahmi kan best. Mesti diorang akan main dengan boboy.”

Entah mengapa hati Kamalia sayu bila terdengar nama dua lelaki itu disebut. Aswad bakal menghantar rombongan merisiknya. Dia bakal menjadi isteri Aswad tapi mengapa hatinya masih mengharapkan Fahmi. Pastinya saat ini Fahmi sedang berbahagia bersama tunangnya malah mungkin Fahmi telah pun bergelar suami pada Yasmin. Tapi kenapa hati kecilnya itu masih mengharapkan cinta dari Fahmi? Kamalia cuba memandamkan apa yang dirasainya. Aswad terlalu baik padanya. Dia tidak boleh mengkhianati kasih dan sayang Aswad. Biarlah dia korbankan cintanya. Dia yakin Aswad mampu menjadi pelindung padanya dan Boboy. Biarlah dia cekalkan hati wanitanya itu. Dia tidak boleh mengharapkan pada sebuah cinta. Mungkin dia tak layak untuk memiliki cinta sejati. Dia redha dengan semua yang tertulis buatnya.

“Mama, Mamaaaaa”

“Yer sayang, kenapa terjerit panggil mama ni?

“Mama Lia ni, buat penat je boboy cakap. Mama mengelamun pula” Boboy memuncungkan bibirnya. Merajuk dengan tindakan Kamalia yang tidak memberi perhatian pada kata-katanya sekejap tadi.

“Ololo sori sayang mama, meh sini mama peluk”

Boboy terus memeluk Kamalia. Dia sayangkan Kamalia.

“I love you mama”

“I love you too sayang. Boboy gi main dulu. Nanti sebelum senja kita masuk dalam rumah yer”

“Ok mama.” Boboy berlari semula ke basikalnya untuk bermain.

Kamalia menyambung membaca suratkhabar yang dipegangnya tadi. Diselaknya halaman surat khabar itu satu persatu. Tiba-tiba matanya tertarik pada satu artikel yang bertajuk ‘Lelaki dijatuhkan hukuman gantung kerana mencederakan teman wanita dengan niat membunuh’. Kamalia membaca keseluruhan isi artikel tersebut.

Rupanya Irfan bakal berdepan dengan hukuman gantung setelah mahkamah berjaya membuktikan bahawa dia terlibat dengan kes pembunuhan Amira. Wawa pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana sama-sama bersubahat. Pihak polis berjaya menangkap mereka berdua apabila berjaya merungkaikan misteri panggilan telefon yang sering mengugut Amira.

Akhirnya selesai juga kes Amira. Syukurlah pihak polis berjaya menangkap mereka berdua. Sekurang-kurangnya terbela juga kematian Amira.

Tiba-tiba Kamalia teringatkan Zarin. “Agaknya bagaimana keadaan lelaki itu sekarang?” Sejak Kamalia berpisah dengan Zarin, mereka tidak pernah berhubung lagi. Kamalia mendoakan agar Zarin sihat dan boleh menerima semuanya dengan tabah.

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

8 comments

  1. alaaa…buat apa laa kamalia teringatkan zarin tu…entah2 dia tgh goda pompuan mana2 ntah..lupakn saja… :D

  2. alamak dah habis pulak.. hehe

  3. apa lah rancangan fahmi dgn aswad tu er.. ?.. hhmm… er.. zarin dah pegi bunuh diri lahh..hahaha

  4. lia jangan pikir la pasal zarin!!. hummm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top