You are here: Home > E-Novel > Cinta Ini Takdirku – Bab 49

Cinta Ini Takdirku – Bab 49

 

Fahmi tersenyum memandang Kamalia. Dalam hatinya dia tertanya-tanya sama ada kata-kata Aswad selama ini benar. Riak wajah Kamalia nampak tersangat keliru dan resah. “Betulkah gadis itu menyintainya dalam diam? Atau adakah semua ini hanya satu permaianan yang diciptakan oleh Aswad untuk menguji hati gadis itu?”

“Awak marahkan saya ke? Kenapa senyap je ni?” Fahmi memberanikan diri untuk terus bertanya. Menebalkan mukanya di hadapan mereka yang lain.

“Tak ada apa-apa.” Ringkas sahaja jawapan Kamalia tanpa memandang ke arah Fahmi.

“Tak elok tau bakal pengantin buat muka monyok camtu, tengok saya ni ceria je.” Fahmi menyakat Kamalia. Dah lama dia tidak menyakat gadis itu.

Kamalia tersentak. “Ni mesti Abang yang dah beritahu tentang perkahwinan kami. Tapi kenapa Abang buat macam ni? Adakah kerana abang takut Fahmi rampas aku darinya? Tapi kenapa Abang bawa Fahmi untuk makan bersama malam ini?”

Walaupun minda Kamalia penuh dengan pelbagai persoalan namun tiada jawapan yang mampu diperolehinya. Fikirannya semakin buntu. Dia menguatkan hatinya untuk memandang mereka bertiga yang duduk bersamanya di meja makan. Masing-masing masih mengukir senyuman sambil memandangnya. “Adakah mereka semua di sini untuk mempermainkan aku?”

Kamalia menguatkan hatinya untuk bertanya namun jelas kedengaran suaranya agak terketar-ketar.

“Apa sebenarnya semua ini abang?” Kamalia memandang muka Aswad seakan meminta simpati darinya.

Aswad berasa serba salah. Sebenarnya niatnya hanya untuk membahagiakan gadis itu namun melihat wajah gadis itu yang semakin resah dan hampir menangis itu membuatkan Aswad terpaksa berterus terang juga padanya.

“Lia, abang nak minta maaf, kalau apa yang berlaku selama ini membuatkan hati Lia terseksa dan terluka. Tidak terniat di hati abang untuk melukai hati Lia. Abang cuma nak tengok Lia bahagia dengan insan yang Lia cintai.”

“Apa maksud abang ni? Lia tak faham?”

“Lia, Kak Intan ini isteri abang dan Fahmi adalah adik sepupu abang”

“Apa semua ini abang?”

“Begini Lia, masa Lia terlantar koma di hospital dulu, abang seringkali melawat Lia dan Fahmi. Satu hari tu selepas abang selesai solat di surau Hospital, abang terus berjalan ke wad untuk menjenguk Fahmi tetapi Fahmi tiada di katilnya. Jadi abang terus berjalan ke wad unit rawatan rapi dimana Lia ditempatkan. Sampai sahaja di pintu, abang ternampak Fahmi sedang duduk di tepi katil Lia sambil meluahkan isi hatinya. Masa itu abang tahu Fahmi berada dalam dilema kerana dia masih menjadi tunangan orang.”

Aswad terpaksa berhenti bercakap bila pelayan membawa makanan yang telah dipesan. Setelah pelayan itu pergi, Aswad menyambung ceritanya.

“Beberapa hari selepas itu, Lia pula yang sedar dari koma. Saat itu abang berada di sisi Lia. Perkataan pertama yang Lia sebutkan adalah nama Fahmi. Masa itu abang dapat rasakan yang Lia juga turut menyimpan perasaan yang sama seperti Fahmi. Saat itu juga abang nekad untuk berusaha menyatukan korang berdua dengan izin dariNYA.”

Kamalia hanya tertunduk mendengar cerita Aswad, airmatanya berlinangan. Air mata Intan turut mengalir. Fahmi pula diam seribu bahasa.

Aswad menyambung semula ceritanya. “Tidak lama selepas itu, abang mendapat berita bahawa Fahmi putus tunang. Masa itu abang dah pasang niat untuk bertemu Fahmi dan berbincang dengannya. Tapi malangnya, Fahmi lebih dulu bertindak dan datang ke hospital untuk berjumpa Lia. Waktu itu abang bersama Lia. Fahmi datang membawa bunga untuk Lia dan ternampak kita bersama. Fahmi segera menelefon Kak Intan dan menceritakan yang abang dan Lia ini ada skandal. Mungkin waktu itu perasaan cemburu telah menguasai Fahmi”

Fahmi tertunduk malu. Kesal dengan sikapnya dulu yang bertindak tanpa usul periksa.

Aswad sambung bercerita lagi setelah menjeling ke arah fahmi sambil tersenyum. “Syukurlah Kak Intan kamu ini seorang yang sangat penyabar. Dia memberi peluang pada abang untuk bercerita dan dia juga mempercayai setiap kata-kata abang. Akhirnya Kak Intan juga bersetuju untuk membantu abang menyatukan korang berdua.”

“Menyatukan kami? Tapi bukankah rombongan merisik tu dari abang?” Kamalia semakin keliru

“Memang rombongan itu dari pihak abang, tapi mewakili Fahmi dan bukannya abang. Malah abang la yang mengetuai rombongan itu.”

“Jadi selama ini semua orang sembunyikan dari Lia untuk mempermainkan Lia?”

“Kami tak pernah nak sembunyikan malah jauh sekali nak permaikan adik.” Giliran Intan pula bersuara. Rasa simpatinya mula timbul bila melihat Kamalia mula menangis teresak-esak. Dia segera menghampiri Kamalia dan memeluknya.

“Salah Lia juga, tak nak ambil tahu apa-apa tentang perkahwinan tu. Biarkan je orang lain yang aturkan semua itu. Yelah nak buat macamana kan, dia tu bukannya nak kahwin dengan abang sebab dah ada insan lain dalam hati. Abang ni siapalah kan.” Aswad sengaja menyakat.

“Ha yang sorang lagi ni, dah jadi batu ke apa? Bakal isteri dah teresak-esak dah tu, pergilah pujuk. Ini tak, dia leh duduk membatu lagi. Buat malu kaum lelaki je.” Aswad menyakat Fahmi pula yang dari tadi asyik diam membisu.

“Ala bang, Fahmi tu malu la tu sebab kita ada kat sini. Jom la bang kita ke meja lain. Biarkan diorang berdua ini berbual dulu. Pastinya diorang ada banyak benda yang perlu dibincangkan.” Intan pula bersuara.

“Ha jom la Intan, kita ke meja sana, biarkan merpati dua sejoli ini berdua” Aswad bangun dan mula berjalan ke meja lain sambil membawa makanan yang dipesannya tadi. Intan mengekori suaminya dari belakang.

Fahmi mengambil peluang yang diberi itu untuk bercakap dengan Kamalia.

“Awak, kenapa awak pendamkan perasaan awak terhadap saya selama ini?”

“Awak milik orang. Siapa saya untuk menganggu hubungan awak itu”

“Tak salahkan kalau meluahkan.”

“Kalau awak tahu tak salah, kenapa awak pun pendamkan?”

“Sebab awak tu garang macam rimau, takut saya.” Fahmi sengaja menyakat Kamalia. Ingin sahaja dia melihat senyuman di wajah gadis itu.

Kamalia memasamkan mukanya.

“Ololo masamnya muka. Macam ini ke muka bakal isteri saya nak duduk atas pelamin nanti. Mau lari semua jemputan nanti” Fahmi terus menyakat lagi.

“Awak ni, suka sangat menyakat saya la. Kalau sehari tak menyakat tak sah ke?”

“Ha ah memang belum sah lagi. Kalau dah sah, dah lama dah saya peluk awak. Rindu sangat dekat awak”

Kamalia tersenyum manja. Lelaki yang dicintainya dalam diam, kini bakal menjadi suaminya. Terasa seperti dia berada di alam mimpi. Mimpi yang sungguh indah. Mimpi yang menjadi impiannya selama ini, untuk memiliki sebuah kisah cinta yang sejati.

Kini Kamalia rasa tidak sabar lagi menunggu hari perkahwinannya. Tak sabar lagi untuk menjadi isteri kepada lelaki yang amat dicintainya.

“Tumpang lalu, lupa nak cakap tadi. Abang ada kad kahwin lebih ni, Lia nak hantar pada kawan-kawan tak?” Aswad datang semula ke meja mereka untuk menyakat Kamalia yang telah mula kelihatan riak keceriaan di wajahnya.

 

 

 

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. haaa, kan betul ape yg sy teka.. instinct kuat kata Lia dgn Fahmi.. Sis, dah tamat ke sis?

  2. hahaha..akhirnya.. tapi mcm ada persoalan disebalik semua tu sejak dari hospital.. susah2 aswad menjaga kamalia lepas tu tolong hantar rombongan lg.. sebenarnya ada apa?..huhuhu..xpe2..yg penting skg ni hajat utk mereka disatukan sudh terlerai..kalo tamat pun xpe..hehehe…

  3. puteri ada 1 kesilapan ejaan abg nampak…
    [kenapa Abang but macam ni?] but? buat kot? :D

    babak romantis antara kamalia dan fahmi dlm siri ini agak longgar kurang menyengggat….mungkin sbb puteri mahu buat ringkas sbb nak habiskan cepat e-novel ini. (teka jer..maaf kalau salah)

    apapun puteri telah beri yang terbaik. sedih pulak citer dah nak tamat. dah ikutinya dari mula lagi..ermmm

    • ops tak perasan…nanti puteri betulkan :)

      sebelum kahwin, tak boleh buat babak romantis sangat…tunggu bab selepas kahwin :P

      Lom habis lagi tau abg, esok bersambung lagi :)

  4. yeay!!!!!!!!!!!!!!!. seronokkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!! suka lia kawin ngan pahmieeeeeeeeeeee!!

  5. -_-” puteri….link untuk AKHIR tak ble pakai….puteri, ble pengsan saya ni…ohhhhhhhh….di manakah chapter akhir ituuuuuuu…

  6. kenapa akhir tak dapat nak baca?
    harap sangat dapat tahu ending…
    macam mana ye??

  7. Macam mana.ye akhir tak dpt baca… harap sgt boleh baca…
    Ada penyelesaian dia tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top