You are here: Home / Sharing / Sarapan Pagi

Sarapan Pagi

 

Selamat pagi wahai sayang-sayang puteri sekalian.

Korang dah sarapan belum? Ramai juga antara kita yang suka skip sarapan dengan alasan tak cukup masa, belum rasa lapar, diet dan sebagainya.

Kita memandang remeh sahaja mengenai isu bersarapan pagi. Tapi tahukah korang betapa pentingnya bersarapan pagi?

Sarapan pagi ibarat bahan api untuk memberi tenaga pada kita untuk memulakan aktiviti seharian.

Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan kita akan cepat letih dan tentunya bila badan letih, kecekapan minda akan turut terjejas. Kita juga akan hilang tumpuan pada aktiviti seharian.

Apakah menu sarapan pagi yang sesuai?

Seeloknya kita mengambil makanan yang agak ringan untuk sarapan pagi untuk memudahkan proses pencernaan dan mempercepatkan pembakaran kalori.

Menu yang sesuai untuk sarapan pagi adalah bijirin seperti nestum dan cornflakes. Roti bakar dan telur separuh masak juga sesuai.

Seeloknya kita mengelakkan menu yang berat seperti nasi lemak dan sebagainya kerana pengambilan makanan yang berat di awal pagi akan membuatkan kita cepat mengantuk dan letih.

Namun apa yang penting sekali adalah memastikan kita minum air atau jus yang secukupnya untuk mengelakkan badan kita dari kekurangan air. Almaklumlah badan kita sememangnya kekurangan air setiap kali bangun tidur.

Jadi kepada korang semua (termasuk peringatan buat puteri sendiri), puteri harapankan lepas ni korang tak skip sarapan lagi. Jadikan ianya antara masa makan yang wajib buat korang.

Untuk permulaan, apa kata kita pergi sarapan sekarang. JOM

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. aish…dah terliur ni..bye2 masuk dapur dulu..=)

  2. hari ni bekpes meehun goreng dan air suam je.. ;)

  3. makan roti dgn telur jer…ok per…

  4. selalu brunch je terus.. huhu.. xde la makan byk2 kali..

  5. salam..
    suri mesti ada air dulu tak kisah air apa tapi klu tak der minum air badan tak rasa segar..slu mkn mee atau mihun sesekli nasi lemak..

  6. ada makan oat tapi agak sukar membiasakan dri makan makn tu huhu..

  7. abg ayie selalu terlepas sarapan pagi…minum jer x apa kot? :P

  8. kiwi minum HL tiap2 pagi..:))

  9. terasa lapar pulak malam-malam nie bila tengok artikel puteri

  10. zaman skolah dulu, sy kerap skip bekfas, huh…

  11. Koding Berkata:
    Sesekali sarapan kokokruch sedap jugak kan???

  12. herbalifemalaysia

    sarapan yg sihat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top