Thursday , 20 June 2013
PANAS
You are here: Home » Petua & Tips » Tips Penjagaan Muka

Tips Penjagaan Muka

Penjagaan muka adalah penting tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Muka yang bersih, bebas jerawat dan tidak berminyak pastinya diimpikan oleh setiap antara kita. Malah secara tidak langsung muka yang bersih akan membuat kita lebih yakin dan berketrampilan bila berhadapan dengan orang.

Krim-krim penjagaan muka yang di jual di pasaran adakalanya agak mahal dan bukan semua orang mampu membelinya. Ada juga yang mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit wajah seseorang. Namun itu bukan alasan untuk kita mengabaikan penjagaan wajah kita.

Untuk entri ini, puteri nak share ngan korang beberapa tips penjagaan muka yang menggunakan bahan-bahan yang boleh di dapati di dapur kita.

MENCERAH, MENGHALUS DAN MELICINKAN KULIT.

Ambil sebiji timun (dibuang kulit) kemudian kisarkan. Selepas itu tapiskan dan sapu ke kulit muka. Kemudian biarkan sekurang-kurangkan 20 minit. Lepas itu basuh muka dengan air. Seeloknya di amalkan sebelum tidur.

Atau korang juga boleh menggunakan kentang yang dikupas kulitnya dan dibasuh sehingga bersih. Campurkan dengan putih telur dan lumurkan pada muka. Biarkan kering. Lepas itu baru basuh dengan air.

Atau korang juga boleh gunakan air beras. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak beberapa sudu. Lumurkan ke muka ketika ia masih suam. Biarkan kering dan basuh sehingga bersih.

TANGANI MASALAH JERAWAT & HILANGKAN PARUT JERAWAT

Beras pulut di kisarkan. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan serbuk yang halus. Ambil sedikit serbuk yang telah di tapis tadi dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh sehingga bersih. (Boleh juga di gantikan dengan kacang hijau)

Tips ini mudah diamalkan cuma perlukan kerajinan dalam diri. Yang penting pastikan kita minum air yang secukupnya setiap hari agar kulit wajah tidak kering dan kusam.

Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah.

 

 

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Tips Penjagaan Muka, 7.9 out of 10 based on 10 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

29 comments

  1. owh..start mlm ni nak try lah..huhuh..tanks awak.. :)
    JR recently posted..ADNAN SEMPIT 2 FULL MOVIE DOWNLOADMy Profile

  2. bagus semua tips nie..maira dah penah buat pon..dan berkesan..
    maira queen recently posted..Tips Bercinta Buat Pasangan KekasihMy Profile

  3. alahai kak berkesan eh…

    nak try tapi cam biasa lah MALAS kikikiki
    cik katak recently posted..teringin tapi…. ~My Profile

  4. mcm nk try jugak la tp dh balik bangi ni mcm payah ckit.. huhu
    aisya recently posted..Siapa Minat Main Chess?My Profile

  5. Kalau duk kat hostel camne? takde blender. hehe
    Anyyss Shuhaimi recently posted..Wordless Wednesday #1My Profile

  6. hehe..macam nak try jeh..:)

  7. timun tu klau wt mamam dgn kuah rojak lagi best kn, hukk…
    caliph recently posted..bloglist puteri kasihMy Profile

  8. wahhhh…bagusnya tips kecantik kan puteri nih :)

    :)
    :)
    :)

    mudah diamalkan
    Ayie Abas recently posted..RABU KELU *6 Poster Drama AwesomeMy Profile

  9. info sangat berguna..mesti nak cuba…!! done follow u.. :)

    http://www.ramizahrahman.com

  10. Betul berkesan? hee agak fobia sebab bila guna produk yang “tv” duk iklankan tu semuanya tak menjadi dan makin teruk :/

  11. Akak sendiri amalkan..ramas tomato..pastu tenyeh slowly ke muka
    Then bilas dengan air suam
    InshaAllah
    fuZa recently posted..Koleksi Pre-Order Kain Sulam Indonesia : May 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top