Sunday , 19 May 2013
PANAS
You are here: Home » Resipi » Apam Polkadot

Apam Polkadot

Happy Saturday korang.

Rasa macam dah lama puteri tak publish entri resipi kan. Hari ini nak kongsikan satu resipi yang sangat ceria dan comel :)

Semalam buat pertama kalinya puteri telah mencuba resipi ini dan sangat gembira apabila berjaya membuatnya dengan jayanya.

Jadi pagi ni nak kongsi la resipi ini dengan korang semua.

Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovallette
1 sudu teh esen vanilla/pandan/oren/ros ikut citarasa
3 cawan tepung gandum
3 sudu teh serbuk penaik
1 cawan susu segar
pewarna mengikut kegemaran
filling secukupnya (strawberry/blueberry/choc/srikaya dll)

sebelum dikukus

selepas di kukus

comel tak?

Cara-Cara Membuatnya :

1) Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian ketepikan
2) Putarkan telur, gula,ovallette dan esen hingga kembang dan berkrim.
3) Masukkan tepung yg telah diayak tadi berselangseli dengan susu sehingga habis. Kacau sebati
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna kegemaran
5) Masukkan ke dalam beg plastik dan gunting hujungnya.
6) Picit adunan hingga 1/2 bahagian papercup
7) Picitkan pula filling
8  Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh papercup
9) corakkan dengan warna yg berlainan
10 Kukus selama 10 – 15 min

Siap. Boleh dimakan.. yummy

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Apam Polkadot, 3.5 out of 10 based on 2 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

30 comments

  1. ala, dah kt hostel.. nk try cmne… huhuhu
    aisya recently posted..Festival Sanjungan Satria XIMy Profile

  2. nampak comel la apam tu..rasa sayang nak makan:)

  3. ermm sedaap tuu…
    jagau recently posted..TemanMy Profile

  4. sedap ke benda ni?..hehehe… nak cuba buat bila ada masa la..
    JR recently posted..KEPUTUSAN PENUH PKNS VS PERAK 3 MAC 2012 | LIGA SUPER MALAYSIAMy Profile

  5. sedap kan puteri.. aania selalu buat kat rumah. mula2 tak jadi tau..lepas tu cuba n cube..adik2 semua suka.. masa buat tahlil kat rumah aania buat n ramai puji.. cuma cerewet time nak piping kan dia.. huhuhuuh.. try buat nenas plak ..sedap sangat…

    • yer aaina..memang sedap..yang ni puteri letak filling strawberi…lepas ni nak try letak kaya lak…jem nenas ke?

  6. biar puteri yang jadi tukang buatnya…ayie tukang makan jer..boleh? :D
    Ayie Abas recently posted..OMBAK DI JIWA #4My Profile

  7. pndainye buat apam :P
    ayampenyek recently posted..Promosi Jualan Baju Kotak-KotakMy Profile

  8. coklat nak cuba ah..nak cari filling coklat~yumyummm mesti sedap! :)
    coklat recently posted..entry khas untuk budak SPM 2011My Profile

  9. sedapnya apam polkadot.. akak pernah buat skli.. tp xjd sgt… mls dh la.. hehe
    nurulhanif recently posted..BABY BARUMy Profile

  10. mak teh suka makan ni jugakkkk!!!!. kat kelntan bayak jual kak. sedap. dalam dia kadang kadang ade perisa. ade yang tak. mak teh paling suka perisa blueberry..:P
    cikkiwi recently posted..Iman dan bumbo~My Profile

  11. pandai PK buat kek.pandai masak, pandai nyanyi..untunglaaaa huhuhu
    Afzalsukasuki recently posted..Hati Itu Merah Jambu #2My Profile

  12. klau geng smurf tgk apam ni msti abis diorg mamam, hikk…
    caliph recently posted..heart & loveMy Profile

  13. sedanya ! puteri pos cnie cikit. hee :D D

  14. norhayati salleh

    Salam. Saya try buat, tp x jadi. Mgkin sy xde acuan apam. Sy terus letak cup cake dlm kukus, tp tgk lepas kukus, jadi leper apam tu. Sedih, huhu,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top