You are here: Home > berita > Bunuh Isteri Hamil Guna Pisau

Bunuh Isteri Hamil Guna Pisau

Bunuh Isteri Hamil Guna Pisau | Bunuh Isteri Hamil 2 Bulan | Menikam Isteri Hamil 2 Bulan | Seorang suami dipercayai telah membunuh isterinya yang hamil dua bulan dengan menikam seluruh badannya menggunakan pisau.

Beliau kemudiannya menghubungi rakannya untuk memberitahu tentang kejadian tersebut dan meminta rakannya untuk datang ke rumah beliau di Pangsapuri Permai, Sungai Besi

Dalam kejadiaan yang berlaku sekitar 6 petang itu,  Si suami dikatakan membalut isterinya Ruzila Sabtu yang berusia 27 tahun yang berlumuran darah dengan plastik.

Rakan suspek yang bergegas ke tempat kejadian terkejut melihat mayat yang berlumuran darah di balut dengan plastik di ruang tamu sambil suspek sedang menangis di sisi mayat tersebut.

Pasangan yang berasal dari Melaka itu dikatakan baru berkahwin setahun yang lalu.

Suspek yang berusia 42 tahun ditahan untuk siasatan. Sebilah pisau turut ditemui di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati kes berpunca dari perselisihan faham.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

13 comments

  1. aik da bunuh nangis plak..
    itu namanya ikutkn amarah.

  2. skrg musim jiwa kacau ka.. byk citer bunuh2 jaa…

  3. tulah bahayanya bila tak berfikir sebelum bertindak

  4. ikut hati mati…ikut rasa binasa.

  5. dah jadi baru nk menyesal.. haihh

  6. pembetulan ; nama arwah Suzila Sabtu bukan Ruzila…
    arwah baru 6 bulan berkahwin iaitu pada 10 Sept 2011..
    Saya adalah sahabat baik arwah..arwah berhenti kerja di melaka semata2 nak ikut husbandnya ke kuala lumpur selepas berkahwin..arwah sememangnya rakan yang baik, sangat baik, tapi amat perahsia..walaupun sahabat baik, tapi terlalu banyak yang disorokkan arwah daripada saya…berita pembunuhan beliau amat mengejutkan dan tak terjangkau akal yang waras..
    Harap kes arwah dapat diadili dengan seadil adilnya..dan bersama la sedekahkan al fatihah semoga roh Allahyarhamah Suzila Sabtu di tempatkan bersama orang yang beriman…amin..

    • saya tumpang simpati diatas kisah tragis yang menimpa sahabat baik awak. semoga rohnya tenang di sana dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top