You are here: Home / Hiburan / Album Terbaru Maher Zain ‘Forgive Me’

Album Terbaru Maher Zain ‘Forgive Me’

Maher Zain Lancar Album Baru ‘Forgive Me’ | Album Kedua Maher Zain Forgive Me | Maher Zain, penyanyi warganegara Lebanon yang semakin popular di Malaysia telah melancarkan album keduanya bertajuk Forgive Me di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur semalam.

Kalau dulu album pertama Maher Zain yang bertajuk Thank You Allah berjaya menerima jualan berjumlah 250 000 cetakan di seluruh negara, pastinya album kedua ini juga mampu mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di Malaysia.

Album Forgive Me ini mengandungi 14 lagu kesemuanya. Lagu berjudul ‘Number One For Me’, dijadikan hit single pertama yang bakal menjadi siulan peminat-peminat penyanyi ini. Album ini juga mengandungi 2 buah lagu Melayu berjudul ‘Ku Milik Mu’ dan ‘Tuntutan Kepada Mu’. Selain daripada dua lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, album ini turut memuatkan beberapa lagu Arab juga.

Album terbitan Awakening Worldwide LTD dan diedarkan oleh InTeam Records Sdn Bhd dan Warner Music telah pun berada di pasaran mulai 2 April 2012 yang lepas dan berharga RM29.90.

Jadi kepada semua peminat Maher Zain di luar sana, jangan lupa dapatkan album terbarunya Forgive Me.

Jom layan hit single album ini NUMBER ONE FOR LOVE

p/s terasa nak beli album Forgive Me. Suka dengan lagu-lagu maher zain

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

10 comments

  1. suara maher zain memang unik dan tersendiri…lenggok suaranya memukau pendengar.:D

  2. yup, new album ni laa :)

  3. Album yang mesti dimiliki oleh peminat-peminat irama nasyid….
    Syabas Maher Zain…

  4. sis suka maher zain ye?
    tp betul, lgu2 die mmg mendamaikan.. =)

  5. saya minat sangat dengan Maher Zain ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top