Tuesday , 21 May 2013
PANAS
You are here: Home » berita » Gadis Hilang Ditemui Rentung

Gadis Hilang Ditemui Rentung

Gadis Hilang 20 Hari Ditemui Rentung | Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lalu, ditemui mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Jeram Tekoh.

Mayat Nor Aini Shafnie ditemui di tepi motosikal oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd semalam.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mangsa yang juga anak bongsu daripada 10 beradik kali terakhir dilihat keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal Kriss pada 3 April lalu.

Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada jam 4 pagi hari berikutnya.

Polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.

Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita, positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu.

Alahai sedih betul bila baca kes-kes sebegini. Teringat pula pada kes adik nurul nadirah beberapa pulan lepas. Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan mereka yang bersalah dapat dikenakan tindakan yang sepatutnya.

SUMBER

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Gadis Hilang Ditemui Rentung, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

14 comments

  1. banyaknye kes jenayah bunuh org sekarang ni..
    Aishah Jahirah recently posted..Rahsia Diri Berdasarkan cara Tanggalkan BajuMy Profile

  2. Emmm dia akan jd fenomena bakar dan bunuh sekarang ni. Mereka ingat dgn bakar boleh hapus bukti??? semuanya atas kuasa Allah S.W.T
    zuhanif recently posted..KAUNSELING KELUARGA (CARA GAYA KEIBUBAPAAN)My Profile

  3. dunia yg semakin kejam dan menakutkan.. T_T
    aisya recently posted..Warna-warni macam Pelangi!My Profile

  4. kes jenayah smkin menjadi2 ni…

  5. macam dah jadi trend je bakar orang nih..kiamat dah dekat :(
    kaishin recently posted..cara menaikkan berat badan.My Profile

  6. kejadian rogol, bunuh dan bakar makin menjadi2…

    wanita kena lebih hati2….

    elak keluar rumah berseorangan.
    Ayie Abas recently posted..10 Situasi Lelaki Perlu Wanita FahamiMy Profile

  7. kejam dan x berhati perut..
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : IlusiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top