You are here: Home > Sharing > Khasiat Mulberry

Khasiat Mulberry

Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Namun setakat ini puteri masih tidak tahu tentang keberkesanannya sebab masih belum mencubanya. Tetapi dah ramai jiran-jiran puteri yang telah mencubanya dan mengikut kata mereka ianya memang mujarab.

 

p/s Kepada para peserta just for fun, Aisya, Ieyla, Caliph, Ayie, Jr dan Azmi Khan, inilah jawapannya pada gambar yang puteri suruh korang teka. Tiada siapa yang teka betul kali ni yer. Tapi Aisya dah buat homework dan dia berjaya mendapat jawapan yang betul. Namun puteri terpaksa ambil jawapan yang pertama. Harap Aisya tak kecil hati. Anyway puteri suka cara Aisya yang rajin sangat untuk buat homework.

Kepada korang berenam, jangan lupa pusingan terakhir minggu ini. Lepas itu kita akan tahu siapa pemenang top three.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

20 comments

  1. yeay.. betul jugak! xkesah la sis.. yg penting puas hati sebab dpt jwpn yg betul.. hehe

  2. kat rumah MIL ada pokok mulberry ni. suka makan buah yang merah baru nak masak tu. Suka letak garam kat tapak tangan pastu petik je buah tu terus cicah dgn garam, makan. sedap.

  3. hahaha,,hampir2..memang x pernah jmpa buah mulberry ni.. awak lain kali jgn susah2 ye.. :)

  4. Baru jek makan ritu…sedapnya tak terhingga…. :)

  5. buah beri pun salah ke puteri…? kan sama..buah beri dalam bahasa malaysia. :D

  6. siyes byk spesis buah beri ni.. aritu cari jawapan dpt hampir2 jaa, x dpt yg btul2 tepat, huh…

  7. first time dengar mulberry ni..:)

  8. hurmm..mulberry upenye..
    baru g survey handbag mulberry ritu..
    haishh…xde rezki lak..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top