TV3 Mohon Maaf Menyiar Adegan Bogel Emile Hirsch | Adegan Bogel Emile Hirsch Tersiar Di TV3 | Pihak TV3 telah memohon maaf kepada penonton-penonton di Malaysia kerana telah menyiarkan satu adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild pada 24 Mac lalu.
Menurut pihak TV3 mereka memandang serius insiden sebegini kerana mereka berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan semata-mata namun turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton.
Pengerusi Pertubuhan Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir telah membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan yang menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.
Malah ACCIN turut kesal kerana Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) gagal menapis adegan seperti itu.
Namun menurut LPFM, pihak mereka telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem tersebut sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Malah selepas pemotongan dilakukan, pihak LPFM telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula namun ianya terlepas pandang begitu sahaja.
Diharap di masa akan datang, isu-isu sebegini tidak akan terjadi lagi kerana penonton yang menonton rancangan-rancangan di stesen-stesen TV tempatan terdiri dari pelbagai golongan umur dan pastinya adegan seperti ini tidak sesuai untuk mendapat tayangan umum.
loading...
loading...

x tgk pun citer ni aritu, huh…
caliph recently posted..spontaneous thursday: kiasan
saya pun tak tgk…lagipun saya memang jarang tgk tv..hikhik
ehh,,putera terlepas pandang la nie sebab tak tengok tv…apapun manusia memang tidak akan lepas dari kesilapan.
hatiputera recently posted..Jadikan Blog Kita mesra SEO
puteri pula jarang tengok tv…ha ah kesilapan manusia memang sering berlaku
ayie pun x tgok citer nih…nasib baik jadi isu kalau x langsung x tau…hehe..
manusia mesti ada kalanya melalukan kesilapan terlepas pandang..human eror…ermmm
Ayie Abas recently posted..Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-14, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
tak dapat nak elak dari human error kan
tak tahu pun kewujudan cerita ni
cikguden recently posted..A part of the UNICEF family
puteri pun tak perasan ada citer ni ditayangkan
Kaki potong tertidoq, jadi lagu tu la


azwan recently posted..Getting Started With Google For Webmasters
lena sampai terlepas pandang
x tengok pun citer nih
gnesop recently posted..Join My Blog List gnesop.com
puteri pun tak tengok…terbaca kat berita online je
dh kat hostel mmg xla nk tgk tv.. movie sume download je.. ade je scene pelik2 terus forward kan.. huhu.. sbab tu lg suke download movie kartun, lg secure nk tgk.. hehe
aisya recently posted..Premier Screening : The Cabin in the Woods with Nuffnang
filem luar memang banyak scene pelik…huhu
aku tengok kat astro hari tu takder pun. macam mana boleh ada kat TV3? silap macam mana?
entahla…puteri tak tengok pun