You are here: Home / Hiburan / Zahida Ambil Tindakan | Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri

Zahida Ambil Tindakan | Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri

Zahida Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri | Zahida Ambil Tindakan | Pelakon Zahida Rafik akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet.

Dalam laman twitternya, Zahida berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.

Sebuah portal baru-baru ini melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.

Laporan polis tersebut telah didedahkan kepada pihak media oleh Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Hurmm tak tau nak kata apa. Kita tunggu dan lihat jelah yer. Semoga nanti akan terbukti jua siapa yang berada di pihak yang benar.

SUMBER

p/s tengah cari perkerjaan? mungkin korang juga leh cuba dapatkan RM500 ini

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

14 comments

  1. lama dah tak nampak zahida nih berlakon…

    nasib baik ada cerita….kalau tak

    tak tahu dia masih aktif atau dah bersara.

  2. saman jer sampai bankrap..bio sedar skit bhya fitnah ni..

  3. berani kerana benar kan..saman jgn tak saman :D

  4. isk..mcm2 perangai orang sekarang nih..

  5. rasanya harap harap kes ni x betul, ada ja org nak dengki, x faham

  6. walaupun sy ni xde la pndai sgt bab2 agama ni at least sy tau memfitnah tu lg berat dosanya dr membunuh.. hmmm.. xtau nk cakap ape la sis.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top