Friday , 24 May 2013
PANAS
You are here: Home » Pendapat » Beza Cinta, Sayang, Suka Dan Minat

Beza Cinta, Sayang, Suka Dan Minat

Kita sering terkeliru dengan perasaan sendiri. Bila seseorang tu berjaya bertapak di hati kita, kita akan mula tertanya-tanya “Eh aku ni dah jatuh cinta ke atau aku minat je kat dia tu?” Adakalanya sukar membezakan apa yang kita rasa kerana soal hati teramat sukar dimengerti.

BEZA CINTA, SAYANG, SUKA DAN MINAT

CINTA -Kita akan mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, semuanya akan kita ceritakan padanya, dan kita sedaya upaya akan mencuba untuk tidak menyakiti hatinya. Kita akan sering teringatkannya. Tanpanya kita akan berasa sunyi. Malah kita akan sering kali mencari alasan untuk berpeluang bersembang dengannya.

SAYANG – Kita akan mencarinya di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Namun perasaaan rindu tu tidak terlalu mendalam terhadapnya. Malah kehadiran mereka tidak menguasai sepenuhnya hati kita.

SUKA – Kita sukakan dia kerana mungkin dia ada persamaan dengan kita. Mungkin berkongsi minat yang sama. Namun tiada rasa cemburu bila dia lebih menumpukan perhatian pada orang lain.

MINAT – Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Selalunya kita mengenalinya hanya dari jauh. Dan besar kemungkinan dia itu tidak mengenali kita.

Ini cuma pandangan puteri. Apa pandangan korang pula?

SUMBER : Entri bertarikh 10 Julai 2011

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Beza Cinta, Sayang, Suka Dan Minat, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

33 comments

  1. Apa yg puteri kata tu , ader benarnya….tak salah juga klu kita gabungkan kesemua perasaan itu , mungkin ia nya akan lagi hebat….
    azie namico recently posted..HolidaysMy Profile

  2. cinta – tak semestinyer bersatu !
    aku recently posted..Apabila hanya gambar yang bercerita – 23-05-2012!My Profile

  3. betul3..kadang2 kita konfius nk bezakan apa perasaaan kita yg sebenarnye
    sayadisini recently posted..Wordless Wednesday : Kari Daging !My Profile

  4. rse nya bersetuju la dengan puteri… sy sokong 9/10 dari pndgn puteri…
    korn recently posted..SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORNMy Profile

  5. Cinta tak semestinya sampai ke jinjang pelamin..kita memang tak mampu membahagiakan hati semua orang…
    hatiputera recently posted..SEO ANALYZER DAH NAIKMy Profile

  6. Betul2. Kadang2 ada yang confuse tentang suka/minat/sayang dan cinta :D
    Sally Yatiey recently posted..Manusia biasaMy Profile

  7. cinta pencipta…sayang pd apa yg ada d sekeliling kita..minat pada apa sedia mmbantu kita utk melupakan pkar2 meletihkan kta..
    suri recently posted..Putus Bila PerluMy Profile

  8. cinta dgn kecacatan..syg dengan kesempurnaan.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Schedule PostsMy Profile

  9. current status awk skrg apa? huh…
    caliph recently posted..ada apa dengan botol mineral (part 2)My Profile

  10. ke empat2 sifat tersebut…
    cinta, sayang, suka dan minat sebenar boleh berlaku serentak mengikut tahap permulaan dan seterusnya… :)
    Ayie Abas recently posted..Ana Lelaki KacakMy Profile

  11. bila semua perasaan tu jadi satu insyaAllah bahagia datang menyusul :D
    kaishin recently posted..GA AmerCorner Free Domain and Aquapic Lomo.My Profile

  12. setuju ngan pandangan puteri.

  13. Aku sayang pada orang yang aku cinta…
    koding recently posted..Doa Anak Lebih Bererti Untuk Hargai Jasa IbuMy Profile

  14. jika kamu sayang kepadanya,
    kamu akan bahagia melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…

    jika kamu cinta kepadanya,
    kamu akan sakit melepaskannya jika dia bukan untuk kamu…

    jika kamu suka kepadanya,
    kamu tidak akan merasa apa-apa jika dia bukan untuk kamu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top