
Setiap insan ingin dicintai, tetapi adakalanya cinta yang di nikmati tidak seperti yang diharapkan. Ada yang bercinta sehingga sanggup serah segalanya, asyik berkepit siang dan malam macam belangkas tapi akhirnya putus juga.
Agaknya apakah kesilapan-kesilapan yang biasanya wujud dalam sebuah ikatan percintaan?
Cinta Materialistik - Bercinta kerana harta dan wang ringgit. Selagi kita berduit, si dia akan sentiasa disisi. Tapi bila dah pokai..hmm jangan kata nak jumpa, call tanya khabar pun tidak. Dah nampak sangat dia sayangkan kita sebab poket kita yang penuh.
Cinta Kerana Nafsu- Mentang-mentang kita ni macam model(untuk ppn) atau berbadan sasa(utk lelaki), si dia terus terpikat. Luah rasa cinta..rasa sayang, semata-mata nak menikmati tubuh kita. Tapi kalau esok lusa badan kita dah mengelebeh sana sini, perut dah boroi…hmm terus dia angkat kaki.
Cinta Kerana Sudah Menjelang Senja- Usia dah makin meningkat, dah takut di gelar andartu atau bujang terlajak. Siapa yang di depan mata terus dia rembat. Walhal dalam hati langsung takde feel pun. Tapi dah terpaksa sebab takut expiry date dia dah dekat.
Cinta Balas Budi- Selama ni kita asyik bergatung segalanya pada si dia. Last-last terpaksa mengadai body sebab dah tak mampu nak balas budi. Dalam hati langsung tiada rasa cinta tapi terpaksa juga berkorban.
Cinta Simpati- Jauh bezanya antara rasa kesian dan rasa cinta. Jangan sebab asyik melayan ‘drama’ si dia sehingga akhirnya kita terpaksa jadi pak sanggup pula.
Kesilapan-kesilapan begini memang sering berlaku dalam sesuatu perhubungan. Betul tak?
Cinta yang lahir kerana keterpaksaan jarang sekali kekal.
Kan lebih bahagia andainya kita ikhlas mencintai seseorang
loading...
loading...
betul puteri cinta yang ikhlas tu penting , utk menjamin hubungan yang diredhai…
Azie Namico recently posted..Discover the new world
hubungan yang diredhai menjamin kebahagiaan kan
cinta yg ikhlas spt cintanya qais pd laila…hehe3
Ayie Abas recently posted..Ana Lelaki Kacak
banyak lagi cinta yang ikhlas kan
Ikhlas mencintai seseorang akan membuat kita lebih bahagia.

Sally Yatiey recently posted..I’m not single
itu semestinya
apa2 kerja kalo ikhlas mmg xkan bosannya..
Jebeng Otai™ recently posted..Realisasi Kenderaan Elektrik
semuanya perlukan keihklasan kan
kalau nak bercinta . kenalah ikhlas dengan pasangannya

Mish EIka recently posted..The Girl Soul
betul tu mish elka…keihklasan semenangnya penting
cinta perlu komitmen yg tinggi, klau x jgn buang masa…
caliph recently posted..artwork shin chan
yer betul tu awak..cinta bukan hanya untuk sehari tetapi selagi hayat yang ada
mendalam ni entry nih, hehe
mendalam ke? hehe
Cinta yg tersemai dgn keikhlasan akan segera berakhir ke jinjang pelamin…
koding recently posted..Penangan Cinta Online
selalunya memang begitu kan
bab ikhlas ni, susah nak jawab..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1
betul..sebab sukar nak menilai bab keihklasan
ikhlaskan diri hanya kerana Allah insyaAllah dilindungi dari godaan syaitan yg sesat lg menyesatkan..amin
kaishin recently posted..asal cuti je mesti kenduri.
betul tu..semuanya perlu ada keihklasan
memang begitu la kalau tak ikhlas
Razif recently posted..Imam Muda Musim Ketiga
keihklasan penting kan