You are here: Home > Hiburan > Drama Ameera | Sinopsis Drama Ameera

Drama Ameera | Sinopsis Drama Ameera

Drama Ameera | Sinopsis Drama Ameera | Drama bersiri Ameera akan mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 melalui slot Samarinda di TV3 setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.

Drama Ameera akan ditayangkan sebanyak 25 episod, diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production. Menampilkan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Dan dibantu oleh Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah.

Drama Ameera mengisahkan tentang kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari alam perkahwinan selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Kehidupan mereka agak mewah memandangkan mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama. Namun ibu Ameer, Puan Suraya sering membuat mereka tertekan kerana mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha dengan alasan Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Ameera disahkan mandul tetapi Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer tidak bersetuju. Puan Suraya pula semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Akhirnya Ameera mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Namun Ameer menganggap Ameera sekadar bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Mulanya Zila keberatan namun akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada membantah kerana masih menaruh harapan agar Ameera boleh mengandung. Namun setelah Ameera merayu, Ameer akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zila.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila diberi syarat untuk hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja malah dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Namun zila mula jatuh cinta padadan bercadang merampas Ameer daripada Ameera. Malah Ameer mula memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Apakah kesudahan cerita ini?

Sama-sama kita ikuti drama bersiri Ameera mulai malam ini di slot samarinda TV3.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

14 comments

  1. dasat laa drama ni.. bila kemewahan bole beli apa saja, huh…

  2. drama2 di tv3 memang selalunya mantap :)

  3. cite ni mantap la…xsbr nk tgk ni hehe

  4. tengok tak?

  5. Aku x suka la zarina….lupa daratan…amer pula ikut cakap mak nye pula….kesian ameera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top