Saturday , 25 May 2013
PANAS
You are here: Home » Hiburan » Drama Seindah Sakura | Sinopsis Seindah Sakura

Drama Seindah Sakura | Sinopsis Seindah Sakura

Drama Seindah Sakura | Sinopsis Drama Seindah Sakura | Bermula hari ini, 7 Mei, Slot Akasia di TV3 akan menayangkan sebuah drama terbaru yang diadaptasi dari novel karya Liza Zahira yang bertajuk Seindah Sakura.

Seindah Sakura akan menampilkan gadingan pelakon hebat Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha. Drama Seindah Sakura ini mengisahkan tentang Shakira yang terpaksa melalui satu kehidupan yang sedih bersama neneknya setelah ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Shakira tetap cekal meneruskan kehidupan yang daif bersama neneknya. Namun Shakira sering tertanya-tanya mengapa ibunya meninggalkannya sebegitu sahaja dan terus hilang tanpa khabar berita.

Di sekolah Shakira sering didenda oleh seorang guru baru yang bernama Cikgu Airil kerana Shakira selalu tidak hadirkan diri ke sekolah. Shakira menerima hakikat bahawa orang seperti Cikgu Airil tidak akan memahami situasi yang dihadapinya.

Suatu hari seseorang yang bernama Pak Jamil telah menceritakan tentang kehidupan Shakira pada Cikgu Airil. Setelah itu barulah Cikgu Airil memahami apa yang Shakira terpaksa lalui dan terus berasa bersalah. Selepas itu Cikgu Airil mula menjadi pembakar semangat Shakira dan sering menemani Shakira ke hospital sehingga mula wujud perasaan di hati masing-masing.

Nak tahu apa kesudahannya nanti? Sama-samalah kita menonton drama Seindah Sakura di Slot Akasia TV3 pukul 7 malam ini.

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Drama Seindah Sakura | Sinopsis Seindah Sakura, 7.7 out of 10 based on 6 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

18 comments

  1. nak tgok sllu jer smpi umaj jam 7 huhu..org lain dh selamat smpi jam 6 aduii
    suri recently posted..Petua Hilangkan Bau Dan Rasa Pada BlenderMy Profile

  2. ka puteri dua2 [elakon hebat.sy suka yg llki berlakon tu heee..

    pst..mmg sllu tgok tv ke ptg2 jam 7mlm gitu?
    suri recently posted..Perlukah Dibayar ?My Profile

  3. tajuk dh ok, patutnya cover tu letak pic menara tokyo.. mentang2 laa kota cinta, menara eiffel yg masuk cover, hikk…
    caliph recently posted..sepintas lalu: tips exam PTDMy Profile

  4. adoi, balik2 adaptasi novel. tak ada ke skrip yang fresh dari oven nak dibuatkan drama/filem? byk sgt dh drama/filem adaptasi ni..
    aisya recently posted..Sunan Musafir Edisi Terhad Kulit KerasMy Profile

  5. ada juga tengok….tapi belum fokus lagi…

    ada berlakon di Pariskan?…..lebih kurang mcm drama ariana mikhail kat tv9 dulu…
    Ayie Abas recently posted..BERSIH 03 | GALLERY Heheheh…Goodddddd!!!My Profile

  6. tv terpasang siar cerita tu tapi tak tengok pun, tak sempat huhu
    kaishin recently posted..sakit belakang.My Profile

  7. hehehe… even xsuka fasha tapi kerana dia berlakon bez..nak tengok la citer nie..
    domu recently posted..Dear, kebenaran itu menyakitkan…!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top