
FILEM MAN SEWEL DATANG KL | SINOPSIS DAN TRAILER FILEM MAN SEWEL DATANG KL | Filem Man Sewel Datang KL (MSDKL) merupakan sebuah filem bergenre komedi arahan Abdul Rahman Adam dan diterbitkan oleh Work Move Production Sdn Bhd.
Filem Man Sewel Datang KL ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung, Osman lebih dikenali sebagai Man (Shuib ‘Sepahtu’) yang mengikuti teman sekampungnya, Salim (Razali Hussain) pulang ke Kuala Lumpur (KL).
Man yang sememangnya berperangai gila-gila tinggal bersama Salim yang banyak mengajarnya selok belok kehidupan di KL. Namun, segalanya berubah apabila Man mula mengenali kawan Salim iaitu Nadia (Julia Ziegler).
Banyak duit perbelanjaan yang diberikan ibu Man dihabiskan untuk Nadia.
Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.
Apa akan terjadi pada Man seterusnya?
Filem ini turut menampilkan pelawak wanita terkenal, Rosnah Mat Aris dan yang istimewanya, isteri Shuib sendiri iaitu Siti Sarah Raisuddin turut berlakon dalam filem ini.
Filem Komedi Man Sewel Datang KL akan ditayangkan di pawagam pada 31 Mei ini.
Jom kita layan trailer filem Man Sewel Datang KL
P/s macam dah lama tak ada filem genre seram kan
loading...
loading...
wah mesti best citer ni.. shuib tu kelakar.
Ayue recently posted..-Khas Buatmu Bonda dan Mereka yang bergelar Ibu-
nanti leh la gi tgk kat pawagam
baru je tengok adnan sempit 2 hari tu.. tu pun tak habis2 lg.. nk habiskan drama korea dulu baru nak update tentang movie melayu ni.. tak terkejar dah.. huhu..
aisya recently posted..Tutorial : Widget Top Commentator untuk jangka masa tertentu
yang genre lawak ni sis jarang tengok..sis lebih suka tengok genre seram…hehe
ayie minat dgn razali hussein…lakonan dia memang tersendiri…

Ayie Abas recently posted..ILUSTRASI STYLO #2 Cikgu Jaja
cuma payah untuk dia senyum..hikkk
Mesti best kalau pelawak yang berlakon. Hehe

Sally Yatiey recently posted..Anuar Zain, Jaclyn Victor & Hafiz Zainal
minat filem komedi eh?
hehe…Shuib je yang best dalam filem ni, foul sikit sebab banyak babak dilihat seakan2 dipotong or ‘meloncat’…tp still kelakar uh..
jemput baca review di Kakiwayang.com jugee…=)
Kakiwayang.com recently posted..Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??
yang lain tak best ke?