Wednesday , 19 June 2013
PANAS
You are here: Home » Love Talk » Kenapa Cinta Tidak Mampu Kekal?

Kenapa Cinta Tidak Mampu Kekal?

Korang pernah putus cinta? Dan kemudian tertanya-tanya mengapa cinta korang itu tidak kekal.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita pasti mempunyai alasan yang tersendiri. Cinta yang diharapkan sampai ke akhir hayat, namun akhirnya putus di tengah jalan.

Kenapa Cinta Tidak Mampu Kekal?

1) Penipuan – Kalau wujudnya penipuan dalam sesuatu perhubungan, lambat laun akan diketahui juga oleh pasangan. Dan bila pasangan mendapat tahu cintanya dikhianati, pastinya hati yang terluka itu sukar diubati.

2) Obses – Ada individu yang terlalu obses pada pasangannya, sehinggakan setiap gerak geri pasangan dikawalnya. Ini akan mengakibatkan pasangannya terasa terlalu dikongkong dah hilang kebebasan. Lama-kelamaan pasangan akan mula rasa jemu dan ini akan mengakibatkan keretakkan dalam perhubungan itu.

3) Mengungkit kisah lalu – Kata orang yang lepas biarlah berlalu. Ada individu yang suka mengungkit kisah cinta lalu pasangannya mahupun dirinya sendiri. Ada juga yang suka membandingkan pasangan sekarang ini dengan ex nya. Ini akan mengakibatkan berlakunya konflik dalam perhubungan itu.

4) Tiada chemistry – Adakalanya di awal perhubungan, pasangan boleh bertolak ansur dan saling memahami satu sama lain. Namun lama kelamaan wujud pula percanggahan pendapat. Hal-hal sebegini akan mengakibatkan pasangan sering berbalah.

5) Mendesak – Ada individu yang suka sangat mendesak pasangannya, sedangkan apa yang diminta itu diluar kemampuan pasangannya. Ini akan mengakibatkan pasangan tersebut rimas dan ini akan mengangggu keharmonian perhubungan itu.

6) Orang Ketika – Banyak hubungan yang hancur akibat orang ketiga (kaum keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling). Campur tangan orang ketiga dalam membuat sesuatu keputusan boleh mengakibatkan hubungan itu menjadi renggang dan akhirnya tidak kesampaian.

Dalam bercinta kita perlu ‘give and take’. Cinta umpama sekuntum bunga mawar..cantik di pandang, harum baunya, menjadi idaman semua namun durinya boleh membuat kita terluka.

Kalau korang mengimpikan cinta yang 100% perfect, korang pasti akan kecewa kerana cinta ada pasang surutnya.

Namun walau apa pun halangan yang perlu dihadapi dalam sesuatu perhubungan itu, cubalah sebaik mungkin untuk mengatasinya bersama. Jangan biarkan cinta yang disemai sekian lama, musnah hanya kerana kealpaan sendiri.

Apa pendapat korang?

 

SUMBER : entri bertarikh 15 Ogos 2011

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Kenapa Cinta Tidak Mampu Kekal?, 9.5 out of 10 based on 4 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. so, in relationship mesti lah ada kesefahaman :)
    Mish EIka recently posted..Hati ITUINISANASINI .My Profile

  2. Cinta dan mencintai…
    Ayat yang payah untuk difahami..
    Tapi hanya hati yang boleh menyedari..
    wasabi recently posted..Laskar PelangiMy Profile

  3. Tak kira apa jenis perhubungan pun..kalau takde keserasian memang susah nak kekalkan..saya setuju dgn info ni sbb semuanya betul :)
    kaishin recently posted..fasa terakhir pembinaan.My Profile

  4. mungkin sbb x ikhlas kot..
    langkawihomestay recently posted..Langkawi Bird Paradise and Wildlife ParkMy Profile

  5. puteri…yg ke-6 tu salah taip …(6) Orang Ketika – hehe

    ayie nak share laa puteri :)

  6. mungkin sebab , tiada niat yang betul2 serius dlm hubungan , sambil lewa , tidak matang , ader sedikit ego dan kurang perhatian plus mahukan kesempurnaan…

    itu yang menyebabkan cinta terputus di tengah jalan..
    Azie Namico recently posted..Kacip FatimahMy Profile

  7. Betul2. Dalam perhubungan perlu ada keserasian, kejujuran, dan kepercayaan antara pasangan :D

  8. benci watak pelakon cinta yg byk kepentingan…

  9. orang perempuan..bab cakap pasal cinta..memang hebat..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

  10. zaman ni banyak penipuan berlaku angkara FB,sms dan chatting,
    ladi susahlah nak kekal lama.
    thomas recently posted..An evening at Pasir Panjang Jetty.My Profile

  11. cinta yang hanya berlandaskan nafsu memang sentiasa tak kekal.
    Cikgu Hairul recently posted..Bila Kompang BerbunyiMy Profile

  12. dalam hubungan perlu jujur..itu yang penting ^^

    Ain dah pandai buat drama sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top