Friday , 24 May 2013
PANAS
You are here: Home » Petua & Tips » Tips Kekal Cantik Untuk Wanita

Tips Kekal Cantik Untuk Wanita

Setiap wanita ingin kelihatan cantik. Namun ramai yang tersilap bila mengaitkan kecantikan dengan hanya memandang paras rupa dan solekan di muka.

Kecantikan luar dan dalam ibarat satu pakej lengkap buat seorang wanita. Kecantikan luaran amat mudah diperolehi dengan pilihan pelbagai jenis alat solek di pasaran.

Namun bagaimana pula untuk memastikan kecantikan dalaman turut dipelihara sebaiknya?

Kekalkan Kecantikan Semulajadi - Kecantikan luaran dengan menggunakan alat solek yang tebal semata mata tidak akan kekal lama. Sebagai seorang wanita, gunakanlah masa yang ada untuk perkara yang berfaedah dan tentukan objektif hidup,  jangan sekadar berangan-angan. Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama.

Jaga Suara - Latih diri kita untuk bercakap dengan nada yang lembut dan tidak terlalu kuat. Tak elok andainya seorang wanita bercakap dengan intonasi yang kuat dan gaya percakapan yang kasar. Biasakan diri untuk menggunakan perkataan seperti ‘tolong serta minta maaf’. Jangan menggunakan perkataan yang tidak baik atau menggunakan kata-kata kesat

Jaga Kulit - Kulit melitupi seluruh anggota badan kita dan perlu sentiasa dipelihara. Banyakkan minum air suam, makan buah buahan, sayur sayuran dan ulam ulaman segar. Gunakan sabun yang lembut yang tidak merosakkan dan mengeringkan kulit.

Jaga Kehormatan Diri - Elakkan dari berkawan dengan orang yang salah yang boleh menyesatkan. Jagalah diri sewaktu keluar dari rumah. Berpakaian sopan dan elakkan balik terlalu lewat ke rumah. Jaga maruah dah jangan bergurau keterlaluan dengan insan yang berlainan jantina.

Diharap dengan mengamalkan tips sebegini, kaum wanita (termasuk diriku) dapat mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman agar dapat menjadi wanita idaman.

SUMBER

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Tips Kekal Cantik Untuk Wanita, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

18 comments

  1. tips yang berkesan puteri utk mengekalkan kecantikan luar dan dalam..

    p/s:-tak salah mencantikan diri , ia untuk kebaikan diri sendiri…tapi awas! kena berpada2 dan mengikut tempat dan suasana..yeaahh..

    you + me = gojes
    azie namico recently posted..Love poem to your Friends.My Profile

  2. Saya setuju ni….kecntikn bermula dr dalam…

  3. entry yg mengujakan pompuan…puteri..:)

    pompuan memang teruja bila nampak tips2 yg berkaitan dgn kecantikkan…hehe3
    Ayie Abas recently posted..Ana Lelaki KacakMy Profile

  4. jagalah pemakanan dan aurat agama dg baik pun boleh juga ya
    suri recently posted..Rosa Rossa Jadi BotakMy Profile

  5. Cantik luar, cantik dalaman :D Cantik dalaman lebih baik. Tapi tak salah jugak kalau nak mencantikkan luaran dengan bermake-up :)
    Sally Yatiey recently posted..Cintailah seseorang kerana kekurangannyaMy Profile

  6. cantik dalaman amat penting, klau luaran pun cantik kira bertuah laa tu :)
    caliph recently posted..minggu akhir versusMy Profile

  7. selain cantik..kesihatan akan terjamin dgn amalan pemakanan sihat.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Kopitiam EkonomiMy Profile

  8. tips yang sangat baik.. ^__^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top