You are here: Home / Petua & Tips / Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

Ingin beli kasut namun tidak tahu memilih kasut yang sesuai? Kasut yang cantik di mata tak semestinya selesa di kaki.

Mengikut beberapa fakta, hampir 90% antara kita mengunakan kasut yang tidak sesuai dengan keadaan kaki. Ini bukan sesuatu yang elok memandangkan secara purata seseorang akan berjalan hampir empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.

Dengan berpandukan pada fakta itu maka pemilihan kasut yang sesuai sangat penting agar kaki kita terpelihara.

TIPS MEMILIH KASUT YANG SESUAI

1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.

2. Kedua kaki kita tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan korang membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar. Jadi bila mencuba kasut di kedai pastikan korang memakai sepasang yang lengkap dan bukan hanya mencuba dengan sebelah kaki sahaja.

3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari. Cuba berjalan sedikit semasa mencuba kasut di kedai untuk merasakan keselesaannya.

4. Pastikan tumit dan tapak kaki korang selesa memakainya. Permukaan kasut korang sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.

5. Jangan biasakan memakai kasut tumit tinggi kerana ianya akan menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Puteri harap dengan tips sebegini dapat membantu kita semua memilih kasut yang sesuai untuk kegunaan setiap hari.

p/s La Tahzan Kerana Cinta

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

13 comments

  1. Selalu pakai wedges je. Teringin nak pakai high heel. Tapi Ibu tak suruh :p hehe. Thanks for sharing ^_^

  2. akak ni pakai yang selesa je.tapi mmg beli time tengahari @ petang la.

    Lagi satu nak cari kasut kaki akak ni punya la ssh sebab jenis kembang kat depan.hehehhe jenuh memusing nak dpat sepasang kasut pun :)

  3. keselesaan kaki mmg penting utk elakkan sakit2 kaki..agpon kaki byk saraf..tkut terganggu kalo pki yg sempit..

  4. ayie pakai selipar jer….hehe3

  5. pomot kasut pink, hikk..

    *wah, aktif mbaca buku baru rupanya :)

  6. puteri pun tak gemar sangat pakai high heels

  7. Pilihlah kasut yg sesuai dgn majlis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top